Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

IC baru!

assalamualaikum! hye all..

okay, citernya macam ni, semalam aku pergi buat IC baru kat Pejabat Pendaftaran Putrajaya.. nasib baik skang ni weekend pun they all ni beroperasi jugak.. cuma sabtu ahad bukak pukul 9am sampai 2pm.. tapi okayla.. kalau nak tunggu weekday memang tak dapat la aku ngan cinta ati nak pergi buat IC baru..

dah sampai tuh, ambik no giliran then tunggu dipanggil.. bayar RM10.00.. lepas tu isi form kalau nak tukar alamat.. aku ngan cinta ati buat IC baru ni memang sebab nak tukar alamat.. senang esok2 nak daftar kahwin.. sebab alamat lama aku kat taiping and die pulak kat penang.. hehehe..

dah siap isi form tunggu amek gambar baru.. hahaha pulun aku duk praktis senyum.. nak make sure muka tak macam nak ambik exam dalam IC baru tuh nanti.. hehehehe.. sekejap je buat semua tu.. yang lama nak menunggu no giliran anda dipanggil je la.. huhuhu.. biasala tuh kan? huhuhu

sebelum, balik tu aku ada tanya encik tu.. boleh tak kalau nak ambilkan IC bagi pihak orang lain.. dia cakap boleh.. kalau selain daripada ibu bapa, kena buat surat pengesahanla.. bagi kebenaran kat wakil untuk ambil IC kat kita.. contoh surat ade kat kaunter, boleh ambil bawak balik

harini, tengahari tadi aku pun pergila JPN ambil IC baru tuh.. sebelum ambil tuh aku dah SMS nak tau status mykad we all tuh..
cek status mykad

dah cek and comfirm dah boleh ambik aku pun terus g JPN.. sampai tuh macam biasa, ambil no giliran dulu.. jangan lupa resit yang dia bagi masa buat mykad, then lampirkan sekali surat kebenaran bagi pihak untuk ambil IC tuh..
tak lama pun tunggu, sekejap je..cuma masa nak ambil IC si cinta ati tuh, kena isi form pihak ke 3.. tu je.. lepas tu setel! boleh balik umah.. hehehe

ni la IC baru we all :)

Nak Kurus part II

hye all!! assalamualaikum.. hehehe sambungan azam nak kurus 2013.. so harini produk yang aku cakap aritu dah sampai.. teruja wokkk! hehehe.. siap gi beli body weight scale tadi.. balik umah je terus timbang.. okay beratnya 59kg!! hahahaha.. awesome bukan? betapa besarnya aku.. 

malam ni aku akan start dengan fibre drink dulu sebelum tido.. esok pagi sebelum breakfast baru minum yang shape plus punya.. dalam package tu dia siap bagi body measurement tape siap ngan notebook yang kiut miut lagi.. cara2 minum, normal side effect, things to do and dont pun ade siap disertakan.. makin teruja aku nak kurus ni.. testimoni mereka yang berjaya pun ada disertakan :)

so taknak merepek banya.. try dulu baru tahu keberkesanannya!

shape plus with berry fibre drink :)

contoh surat permohonan menyewa dewan

Nak kurus part I

assalamualaikum! hai all.. okay entry kali ni aku nak citer sal keinginan aku nak kurus yang mebuak-buak.. dari dulu lagi nak kurus tapi tak berjaya.. susah rupanya bila dah kerja ni.. time student dulu senang je nak kurus.. 2 hari tak sentuh nasi dah nampak susut.. skang seminggu tak sentuh nasi pun duk besar macam beruang kutub jela aku tengok dalam cermin hari2.. huhuhu nasib badanla..
mungkin  time student dulu aku masuk taekwando kot, lepas tu petang2 je ade riadah, aerobic la, men badminton la, dan macam2 lagi.. weekend pulak g jogging naik bukit larut kat taiping tuh, takpun keliling taman tasik taiping tuh.. skang ni, tak dapatla.. bukan takda masa, tapi malas!! hahaha, so salah sape kalau badan dah montel cam beruang kutub tuh.. hahaha

tahun ni dah bermacam produk aku try tau.. memula sekali aku try D'herbs punya minuman tuh, ramai aku tengok yang berjaya..minum nih dia jadi cirit birit.. rasa kempis je perut tuhh.. hehe tapi aku satu je, tak boleh nak adapt rasa die tuh.. sekali dua okayla.. seminggu, 2 minggu, mula naik kembang tekak aku nak habiskan secawan air tuh... ewwww! seksa nak kurus nehhh...



kedua, aku try sendayu tinggi punya produk.. slim up ape entah namanya, lupa dah.. kotak itam kuning, dia rasa lemon.. yang ni takda cirit birit, dia buat kita rasa kenyang.. tapi, kita jadi lemah, kepala cam denyut2 and hanyut je.. tu yang tak suka tu.. mulala aku jadi lemau n cepat nak bebai.. so aku tak complete kan pun sekotak tuh.. terbengkalai je separuh jalan.. huhuhu



ketiga, aku try ABC plus collagen.. ala yang acai berry tuhh.. sampai skang aku tak tau produk yang aku ambil ni legal ke illegal...ada yang cakap jenis lagi satu, yang aku makan tu clinical test approve and legal untuk dipasarkan.. tapi seriously, memang menjadi la.. less in 2 weeks, aku ilang 4kg beb! sape tak seronok kan? tapi banyak sangat kencaman dan hentaman aku terima, termasuk cinta ati aku sendiri..
dia cakap acai berry aku makan tuh beracun,, dia suh aku stop.. so aku pun stop la...



keempat, dah stop acai berry, aku mula dengan strategi baru! jogging! ya aku jogging.. kadang2 aku main badminton.. boleh dikatakan setiap petang lepas kerja aku g jogging, weekend pun jogging.. bagus, bertahan dalam 3 minggu je aktiviti jogging ni.. hahaha.. lepas tu, asyik ujan n ada je halangan2.. so sampai harini aku dah lama tak berjogging.. nak main badminton, tak berapa nak ada partner.. tempat sesuai pun takda.. takkan nak pergi sewa court nak main ber2 je untuk 2 jam? gila kentang la tuh namanya.. huhuhu

kelima, jogging tak badminton tak.. aku minum pulak teh orang kampung.. hahaha, yang ni memang best dari dulu2 lagi aku minum on off teh ni.. dia lawaskan buang air besar n kecik.. tu yang best tu.. ringan je perut rasanya.. cuma tak tahan cirit dia tu la, sampai haemorrhoid aku dibuatnya.. haishhh.. macam2 rintangan nak kurus..



keenam! fellina inchloss.. hahaha tengok testimoni rasa tergugat.. beli la jugak aku si fellina inchloss lotion neh, lepas mandi n belum tido sapu la tang lemak2 degil tuh.. panas die sekejap je.. lepas tuh dah tak rasa ape2.. mungkin lemak aku tebal sangat kot.. huhuhu.. seminggu jugakla aku duk pulun sapu lotion fellina ni.. tp still takda sebarang perubahan, bukan 1 inci ukur lilit kurang.. tapi 1 inci lagi ukur lilit bertambah.. hai.. anis, anis.. sudah2 la ngan misi nak kurus tuhhh.. cinta ati duk bising cakap aku bukannya gemuk pon.. haaa, yela nak tunggu tengok aku jadi ahli sumo dulu kot.. huhuhu



ketujuh, ikat perot! no nasi on weekday.. hari2 bekerja aku makan bihun, roti, biskut dan lain2.. weeken baru aku sentuh nasi sikit.. sebulan mampu la... lama2.. tak tahan jugak kalau ari2 balik keje tengok mama aku masak lauk fevret aku.. dahtu macam mana? nafsu makan lagi besar dari keinginan nak kurus.. huhuhu

kelapan, beauty slimming shape plus.. yang ni aku baru order harini..esok budak tuh pos kot.. so kali ni aku betul2 nekad nak kurus.. ni kira zam tahun baru aku la ni.. azam 2013, nak kurusss! hope kali ni aku berjaya!! hahaha, chaiyok2 anis! :)


purple and turqoise :)

engagement day dah settle, wedding day pulak lepas ni.. so dah lama dah pikir, nak buat color purple and turqoise ni sempena wedding reception aku nanti.. nampak macam sweet je.. memula ingat nak buat peach and yellow, tapi bila tengok and usha2, purple and turqoise gak jadi pilihan hati :)















hopefully! this will be my wedding reception theme color :)


untuk decoration plak, kalau boleh taknak dah roses.. bored! hehehe, kalau boleh nak lavender.. :)






tarikh dalam bulan Islam :)


assalamualaikum! hye again :)
ok.. this time nak share info sal date yang baik dalam islam untuk urusan kita seharian

nowadays ni, aku tengok orang yang nak nikah kawen, tunang.. sume pakat duk kejar tarikh cun
termasukla aku jugak.. hehehe

jangan semua nak kejar date cun je, tanya jugak pendapat orang tua or ahli2 masjid ke ape, yang ade pandangan tentang date yang kite pilih tu

so kat bawah ni aku dapat info dari blog Sha Rya
date mana yang sesuai and tak berapa sesuai
thanks ya dear for info
mintak izin nak share jugak! heheehe :)

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

p/s : kalau bulan dalam islam, orang tua2 cakap tak digalakkan buat majlis dalam bulan MUHARRAM

AND!!

tak payahla taksub sangat, just sharing and for info, sebab...

"Perkahwinan dalam Islam adalah salah satu daripada syariat kerana ia telah menghalalkan hubungan dua insan lelaki dan wanita. Ia disusuli dengan rukun dan syarat tertentu.

Soal memilih ketika seperti hari baik, bulan baik dan waktu yang baik untuk melangsungkan suatu pekerjaan maka tiadalah dalam ajaran Islam yang sebenarnya. Bersempena baik dan bersempena jahat dilarang dalam Islam, yang dikehendakinya ialah kita berserah kepada ALLAH kerana tiada siapa yang tahu perkara yang tersembunyi dalam Iradat ALLAH, qadha dan qadar-Nya"

my e-day


furz love anis :)

 
as planned before, on 22nd december 2012.. the ceremony was held without any interruption except it was a rainy day earlier.. and then its all back to normal during the ceremony.. syukur Alhamdulillah :)

sekarang ni aku dah bergelar tunangan orang, well darah manis orang tua2 cakap
manis macam mana tu entahla, mungkin dimaksudkan dengan banyak dugaan kot
we all berdua ni time couple pun macam anjing ngan kucing jugak
ade je nak bertekak kadang2 tuh.. padahal takde pape pun
katanya bosan kalau asyik romantik je, kadang2 kena gak gaduh :)
apa yang aku perasan, lepas gaduh mesti we all makin close to each other
tak pernah sekelumit pun perasaan benci tu datang
ada yang tak kena we all duduk berbincang elok2, takde nak cepat melatah
forgive and forget, give and take.. mungkin sebab tu we all boleh bertahan walaupun kalau tiap kali bergaduh macam tsunami jugakla kadan2 tu.. funny jugak bila piki2 balik :)

ok get back to the day of my e-day
haritu kak intan (bridal service & consultant) sampai dalam pukul 10.30am, budak2 dia sampai terus pasang canopy kat depan umah then kak intan sibuk pasang mini pelamin kat dalam rumah
 





muka ku sedang di setup oleh Kak Intan :)
dah settle mini pelamin kat ruang tamu rumah, lebih kurang pukul 1.00ptg Kak Intan mula setup muka aku.. hehe.. dekat satu jam jugakla muka aku ditempek berbagai jenis foundation and bedak2 yang akhirnya berjaya meng'cover' parut2 jerawat aku tuh.. bak kata adik aku.. aku 'fake' aritu.. ahhh, budak lelaki tau ape  sekali sekala je jadi fake on special day tak salah aku rasa.. huhuhu
kawan2 kolej kejururawatan dulu pun dah sampai untuk meng'happening'kan suasana..
dah siap mekap, tengah setting baju and tudung my cinta ati call cakap belah dia dah nak gerak rumah they all tak jauh pun, area puchong je.. so less in 30min sure they will get to my house.. kalau tak jam la, sebab lalu LDP kan? huhuhu

2.20pm, pihak lelaki sampai.. masa tuh hujan agak lebat.. they all pun sampai awal 10minint dari masa yang dijanjikan.. memang belah we all agak rushing la, mama tengah siap2 jugak macam tu.. papa pulak nak kena pergi ambik jurucakap untuk majlis sebab tak jumpa cari jalan nak ke rumah aku
so nampak macam we all tak ready dengan takda sambutan menunggu pihak lelaki, hope they all faham la..
masa pihak lelaki sampai aku dengan bestie aku, dari sekolah teknik dulu duk menunggu je penuh nervous kat atas dalam bilik.. phewww, ni baru e-day.. kalau reception n solemnization esok2 macam mana la kan? mau tercabut jantung aku kot.. huhuhu

lebih kurang jam 3.00ptg, makcik aku suruh aku turun.. dupdap, dupdap jantung aku
perghh, bukan main sopan aku turun tangga time tu, masa nak turun tu sempat lagi intai cinta ati aku kat luar rumah, sengeh2 dia tengok aku.. makin nervous dibuatnya
turun tuh elok2 aku duduk atas mini pelamin yang di 'deco' oleh Kak Intan, bersimpuh! sopan u all aku duduk.. hahaha, memang cam tak percaya je kan?

kata alu-aluan, pantun sekerat dua.. bermula la adegan sarung menyarung cincin dari maklang n mama
masa mama sarungkan cincin tunang tu dia nangis teresak-esak sambil peluk aku
kenapa? adalah sebab2 tertentu kenapa ia jadi begitu..huhuhu :)
maka, sahla aku sebagai tunangan orang
rasa macam artis sekejap, kawan2 sanak sedara sibuk snap pic. ewahhhh! hahaha glamer sekejap rasanya

Disarungkan cincin merisik by Mak Lang :)

Disarungkan cincin bertunang by Mama :)

my family in law to be :)

hantaran buah from me :)

sireh junjung from me :)

tart buah from me :)

daim n beryls from me :)

towel from me :)

red velvet cuppies from me :)

shirt from me :)

baju melayu for akad nikah from me :)

hantaran 2 belah pihak.. secret recipe also from me :)

me with my mama n papa :)

me with my grandma :)

me with my lil sister, auni :)

me with my sister, along :)

me with my sister, brother in law n nephew :)

mama, me, adam n along in da picta :)



mr fiance, auni and me :)

furz's fiance :)
sesi bergambar berterusan, sorang demi sorang, baik kawan2 or sedara mara.. berpeluh jugak aku dibuatnya atas mini pelamin tuh, senyum memanjang melawan sinaran pancaran flash dari lensa2 camera DSLR dan yang sewaktu dengannya.. cewahhhh! kelas kau ayat aku.. hahaha

aku duk sakan bergambar kat dalam rumah, kat luar tetamu2 duk sedap2 makan
menu haritu nasi kerabu ayam bakar (caterer dekat umah), nasi ayam, bubur kacang, kuih muih (caterer bridal), bihun sup (mama masak)... macam bukak kedai makan jugakla rumah aku haritu..huhuhu
sempat jugak aku keluar jenguk2 tetamu sedang menjamu selera
dapat jugak chocolate dari jiran, kawan2 kolej pun bagi chocolate, jiran chinese siap bagi ang paw lagi.. untungla kan? cinta ati aku bukan main jeles lagi sebab dia tak dapat apa2.. hehehe.. rezeki orang darah manis.. alhamdulillah :)

sesi bergambar diteruskan lagi ke sesi outdoor.. no professional cameraman pun
cuma adik aku je, just for fun and kenangan je kan? hehehe

 

Logo Design by FlamingText.com