Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

tarikh dalam bulan Islam :)


assalamualaikum! hye again :)
ok.. this time nak share info sal date yang baik dalam islam untuk urusan kita seharian

nowadays ni, aku tengok orang yang nak nikah kawen, tunang.. sume pakat duk kejar tarikh cun
termasukla aku jugak.. hehehe

jangan semua nak kejar date cun je, tanya jugak pendapat orang tua or ahli2 masjid ke ape, yang ade pandangan tentang date yang kite pilih tu

so kat bawah ni aku dapat info dari blog Sha Rya
date mana yang sesuai and tak berapa sesuai
thanks ya dear for info
mintak izin nak share jugak! heheehe :)

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

p/s : kalau bulan dalam islam, orang tua2 cakap tak digalakkan buat majlis dalam bulan MUHARRAM

AND!!

tak payahla taksub sangat, just sharing and for info, sebab...

"Perkahwinan dalam Islam adalah salah satu daripada syariat kerana ia telah menghalalkan hubungan dua insan lelaki dan wanita. Ia disusuli dengan rukun dan syarat tertentu.

Soal memilih ketika seperti hari baik, bulan baik dan waktu yang baik untuk melangsungkan suatu pekerjaan maka tiadalah dalam ajaran Islam yang sebenarnya. Bersempena baik dan bersempena jahat dilarang dalam Islam, yang dikehendakinya ialah kita berserah kepada ALLAH kerana tiada siapa yang tahu perkara yang tersembunyi dalam Iradat ALLAH, qadha dan qadar-Nya"

No comments: