Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

tempahan dewan

meh kite cakap2 sal sewa dewan pulak.. nak kahwin lambat lagi.. tahun depan..
plan date 13 & 14 September 2013..
tapi kalau pegi wedding exhibition, mesti orang tanya, kahwin bila dik, kat mana nak buat?
umah ke dewan.. bile aku cakap dewan.. they all pun mesti tanya dewan dah tempah ke belum..
aku cakapla belum lagi.. awal lagi.. pastu mesti most of them feedbacknya camni "dik, area KL or Selangor ni, setahun sebelum dah kena book dah".. aku semacam tak percaya.. awal sangat kot setahun dah nak kena booking ke?
 kat bawah ni adalah dewan2 yang aku sendiri try call tanya.. =)



Kinrara Golf Club, Puchong
Dengar golf club mesti rasa teruja kan? Cinta ati lah yang sibuk suruh call tanya.. serious nok worth it buat wedding kat sini.. hehehe.. sebab mahal and kecik je tempatnya.. RM5500.00 for 4hour, extra charge depend on usage.. hall dia just muat 6 buah meja bulat (lepas di deco dan ditambah pelamin and meja beradab) another 10 meja doletakkan kat luar.. berminat boleh jugak kalau nak call 03-80762100



Dewan Perdana, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Okay dewan ni kat jalan sungai merab, bangi.. apa yang best ngan dewan ni? Cantik :) Murah :) Rate dia cuma RM1500.00 + RM200.00 (cleaning service).. untuk pre and post preparation bagi yang nak setup pelamin and so on, cuma di charge RM80.00/hour.. kalau nak call tanya and booking boleh call no ni 03-89261996



Dewan- dewan Kompleks Kejiranan Presint 8, 9 & 16 Putrajaya
so, semalam aku try la call dewan2 yang ada kat area putrajaya.. memule aku call Dewan Serbaguna Presint 16, ape yang surprise.. booking sampai bulan Oktober next year dah penuh.. kalau ada kosong pun hari ahad sahaja.. tu pun tak banyak.. dalam 2 slot camtu je.. haishhh
so aku call pulak Dewan Serbaguna Presint 9 & Presint 8.. and jawapan they all pun same je.. sabtu semua fully booked dik, kalau ada kosong pun bulan puasa... ciss..
rate for weekend RM250.00/hour, weekday RM200.00/hour, pre and post usage RM50.00/hour
tapi, dewan ni kalau katerer nak masuk sehari sebelum setup meja tetamu, tak boleh sebab belah malam dewan ni digunakan untuk badminton.. pelamin je boleh masuk pasang sehari sebelum.. sebab pelamin duk kat atas stage, tak kacau badminton court
nak tahu rental rate detail untuk ketiga-tiga dewan ni? KLIK SINI

 presint 16


presint 8

presint 9

p/s : Presint 11 ada dewan, tapi bukan untuk weeding punya event tau! I call already :)
Hall kat Putrajaya untuk penduduk putrajaya @ bekerja di putrajaya sahaja :)
Kalau nak booking bayar deposit RM175.00 dulu ye..
 for more info feel free to call them at 03-8887 7000



Dewan Seri Seroja - Presint 15
RM 3000.00 kalau weekday n RM3500.00 kalau weekend, rate dikira per day
nak call n tanya detail 03 8887 7229






Dewan Seri Endon Presint 8
Dewan Seri Endon ni, starting dari RM5000.00 - RM8000.00/day, depend on usage kat dewan tu..
panjang jugak akak operator ni explain, aku pun pening dengar..
so apekate u all pun peningkan kepala u all, try call sendiri dengar explaination akak tu :)
call saja 03 8884 0300







Dewan-Dewan Dalam Perbadanan Presint 3
Harga untuk Dewan Seri Siantan, Seri Melati kat presint 3
u all boleh KLIK SINI, lagi detail rasanya kalau u all tengok sendiri
nak call sama jugak nombornya 03 8887 7000



Dewan-dewan Serbaguna MPSJ
dewan2 dalam MPSJ ni, aku berpuluh kali try call.. hampeh tak mau berangkat..
tapi aku dapat jugak la survey harga dia..
ada yang RM100/hour and ada yang RM150/hour (with aircond)
nak tengok list2 dewan dalam MPSJ and harga die boleh KLIK SINI
kalau nak try call sendiri dipersilakan..03-8026 3299/4355/4354... harap2 die angkatla u all call tu



Balai-balai komuniti dalam MPSJ
Tadi otw balik keje sempat lagi aku g survey Dewan @ Balai Masyarakat kat Bandar Kinrara 2..
Dewan ni kecik je, lam 10 meja camtu je muat.. lau lebih u all boleh letak meja tu kat luar dewan..
so u all kena tambah canopy la untuk meja kat luar tuh, unless u all nak open air.. hehe
ok.. back to story.. balai ni ada banyak.. yang aku tanya tadi ade kat kinrara, equine park, seri serdang..
dan banyak lagi.. u all boleh call sendiri tanya..
rate die RM100/hr, dicaj semasa majlis berlangsung..
let say org start datang pukul 12noon, habis pukul 4ptg, u all nak g outdoor shoot.. so die kire 4 jam je la.. pre n post wedding tu tak dicas...
unless caterer u all nak masuk one day before, and pengguna hall adalah maksimum..
so die akan cas rm100/hr.. kalau just letak2 barang die bagi free je..
nak tau detail call la no ni 03 8026 4397



Dewan-dewan Serbaguna DBKL
hurmmm, dah puas try yang kat atas.. aku call pulak DBKL ni, 1st sekali aku call Kompleks Sukan Bandar Tun Razak.. nasib baik berangkat..
rate die RM100/hr..  karpet RM500 (wajib!) deposit RM300.00..
then aku try call Kompleks Sukan Desa Tasik pulak, rate pun still sama..
die cakap sume rate dewan under DBKL same je dik..
so kalau u all nak try call mana2 dewan under DBKL boleh pilih kat SINI 
ataupun nak tengok sendiri rate die boleh KLIK SINI



Dewan-dewan Serbaguna MPS (Sepang)
 hurmmm... nak dewan murah? disini tempatnye..
semalam ade call MPS ni, tanye die punye rate..
hall yang besar untuk 1000pax kat bndar baru salak tinggi.. satu tu je yang besar
yang lain sume kecik2 je hall die.. kalau meja pun xmuat nak letak sampai 20 meja..
rate Dewan Serbaguna kat Bandar Baru Salak Tinggi tu,
with air-cond RM 80/hr deposit RM200
without air-cond RM40/hr deposit RM100
nak try call sendiri? dipersilakan 03 8319 0200/0300


Dewan Serbaguna Salak Tinggi, Sepang


Credit : Syok Kahwin and aku google je yang mana terlintas di kepala ni :)
takde no, call je call center mintak no yang mana aku nak.. hehe TQ Call Center

kesimpulannya, lau event wat kat DEWAN make sure ONE YEAR BEFORE
u all dah start survey and call tanya, kalau tak jadi cam aku ni..
belajar dari pengalaman! hooohoo yeahhh!!!! =)

4 comments:

zean anuar said... reply to comment

hye... thanx for the info...
=)

nk usha untuk in law nye wedding...

http://mrandmrssapic.blogspot.com/

Fiqah said... reply to comment

Thanks for the info.Berguna jugak

Mustaqim said... reply to comment

Ada dewan baru yang cantik di Cyberjaya.

Menawarkan pakej lengkap untuk tempat + makan + dan pelamin.

Boleh layari www.hikayatvilla.com atau facebook di www.facebook.com/hikayatvilla

MZH FunctionCentre said... reply to comment

Kemunculan lokasi majlis terkini di Ulu Kelang - THE MZH2 (MZH Function Centre)

Kami menyediakan kemudahan sewa dewan dan juga auditorium di The MZH2, sesuai untuk pelbagai majlis.

DEWAN PERDANA SURIA (1000 pax)
DEWAN SINARAN (240 pax)
AUDITORIUM MZH (200 pax)

Kemudahan seperti sistem PA, pentas, skrin LCD, projektor, parking kereta, surau, kerusi dan meja disediakan.

Tel: +603 4107 8580
Email: info.mzhfunction@gmail.com
Website: www.mzhfunction.blogspot.com