Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Permohonan Perkahwinan Bagi Lelaki



PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)


  1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
  2. DAPATKAN BORANG 2A
  3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.     
  4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN (3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH
  5. DAPATKAN PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH QARIAH.
  6. DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID).
  7. SERAHKAN KEBENARAN KEPADA PIHAK PEREMPUAN


DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
  • SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
  • SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
  • KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
  • SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
  • SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat didalam kad pengenalan).
  • SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
  • SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  • SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis) 
  • SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)
***Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.


No comments: