Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Permohonan Perkahwinan Bagi Perempuan


PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN

  1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
  2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D
  3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH
  4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
  5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
  6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
  7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
  8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
  9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
  • SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
  • SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
  • KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
  • SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
  • SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
  • BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
  • SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
  • SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
  • SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
  • SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  • SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
  • SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
  • SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).
Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti Berikut :-.

  1. Bapa Kandung.
  2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
  3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
  4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
  5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
  6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
  7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
  8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
  9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
  10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
  11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
  12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
  13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
  14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
  15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
  16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
  17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
  18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
  19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
  20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
  21. Wali Hakim.
***Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.


No comments: