Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

luahan hati : aku seorang nurse gov!


assalamualaikum.. and.. hye comels :)

okay, seperti yang tengah duk kecoh kat FB sekarang ni (dah macam kes pengganas sulu) tentang baby yang IV line @ branula leaking atau dalam bahasa biasa u all cakap "jarum" tercabut until caused bleeding..

okay, this is my NASIHAT!

to all orang awam out there yang desperately sangat nak apply SPA tu, better dont lah, especially kalau nak aplly as a NURSE!

sebab pertama
bak kata orang awam jugak.. NURSE gomen ni BODOH, TAK RETI WAT KERJA, MAKAN GAJI BUTA.. kan? and so on lah segala caci maki and kutukan yang orang awam duk bagi kat kami as a NURSE ni

sebab kedua
dahla kena maki free, pastu kena pulak buat kerja yang anis rasa u all pun tak sanggup nak buat.. we all sanggup je, dah memang tu kerja kami pun kan?

sebab ketiga
baru je NURSE nak duduk kat kaunter nak siapkan report untuk pass over report sebelum tukar syif "misi! ayah saya berakla, tolong tukar pampers"

baru je NURSE nak masuk pantry nak minum seteguk dua or makan kuih beli pagi tadi yang mungkin dah basi "misi! mak saya terkencing dalam seluar, tolang tukar seluar"

baru je NURSE nak masuk jamban nak buang hajat yang ditahan dari 1jam lepas "nurse! bini saya muntah atas katil.. tolong tukar cadar"

baru je NURSE nak tolak trolley medicine and injection "nurse, tolong bawak adik saya pergi tandas, die tak berani nak jalan.. takut jatuh" so, we all pun terlambatla bagi ubat and injection.. ade pulak yang tekan call bell tak henti-henti tanya kenapa lambat bagi ubat..

baru je NURSE siap-siap prepare set untuk dressing @ cuci luka patient "misi, anak saya taknak makan ubat.. boleh tak tolong pujuk?" so, we all pun terlambatla buat dressing.. ade pulak relative yang datang kat kaunter marah-marah, "nurse nape lambat sangat cuci luka suami saya? ulat dalam kaki die dah meloncat-loncat keluar tu!"

okayla, berdasarkan kes di atas.. cuba u all bayangkan kalau dalam satu wad ade dalam 28 orang patient, masing-masing dengan sakit yang tak sama, masalah yang macam-macam, complaint yang tak sudah.. sedangkan nurse satu syif paling ramai 5 orang.. paling sikit 2 orang! anis pernah kerja berdua camtu.. and memang macam disaster!!

ape? 5 orang ramai? haaa... yela ramai kan? okay.. kalau mase tu 1@2 orang nurse pergi ambik or hantar patient kat dewan bedah.. berapa yang tinggal? pastu, time tu jugak kena hantar patient pergi xray kat bawah.. kalau patient naik wheel chair senangla.. sorang2 pun boleh pergi.. kalau ngan katil? tak ke ke 2 orang kena pergi? berapa tulang kerat yang tinggal kat wad? yang nak attend semua 28 patient yang bermacam sakitnya, ragamnya, complaintnya.. ? tu kalau 5 orang satu syif.. kalau 2 orang satu syif? hahahaha..

sebab ke empat
sediakanlah telinga anda.. sebab bila pagi-pagi ikut para doctor buat round.. u all akan free-free je ditengking and dimaki depan semua patient, relative, student nurse practical, other nurse, houseman and medical officer, by specialist! nak nangis? air mata bergenang? tak malu go on lah.. semua orang tengok.. worse, kalau BHT (bed head ticket @ file patient) die baling je kat muka u all..

sebab ke lima
nak bercuti ngan family? berapa lama? one week? hahahaha... nasib korang baik dapatla.. tu pun lepas berkali-kali request ngan sister nak mintak cuti.. nak mintak cuti kahwin? honeymoon? berapa lama? 2minggu? kirim salam je la.. belum tentu dapat

sebab ke enam
kerja office hour? kalau nasib baik, dapatla posting kat clinic or department yang kerja 8-5.. kalau tak, kerja la 3syif.. setiap syif takde mase rehat.. kebulur? dahaga tahap nak dehydration? pandai-pandaila u all curi masa masuk pantry.. untungla bagi kaki mengular.. hahaha

sebab ke 7
balik kerja sharp on time? hahaha... nonsense!! jangan harapla.. kalau syif pagi yang patut balik pukul 2, pukul3 belum tentu boleh balik.. anis pernah sampai pukul5 tak balik-balik lagi.. especially incharge.. carry forward kerja yang mana boleh kat incharge next syif? kalau yang okay.. memang okay.. kalau dapat senior yang cam lion? selagi tak siap jangan harap nak carry forward or balik! plus, bukan dapat claim over time pun.. walaupun u all kerja sampai malam sekalipun.. nice kan?

itulah, memang kerja NURSE ni teruk.. tak payahla apply okay? anis takpe, anis suka ngan profesion ni.. BANGGA lagi bile pakai uniform putih nila tu.. lagi satu, esok-esok kalau parents, suami, anak2, ahli keluarga anis yang lain sakit.. insyaAllah anis boleh tukarkan pampers semua tu tanpa susahkan nurse lain..

apa guna jadi anak kalau tak mampu tukar pampers mak ayah u all kan? and so on lah.. bebel banyak pun tak guna.. sebab orang tetap akan cakap and kutuk NURSE

u can say what u want, think what u like, but.. only wise people 'think' what they like before they say what they want

1 comment:

Normi Nieza said... reply to comment

org ramai thu kutuk jer..klu diorang kerja nurse bru diorng thu keadaannya..huhu