Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

menantu vs mentua

Logo Design by FlamingText.com 
Hubungan kurang mesra antara menantu dan mertua seolah-olah menjadi rempah ratus yang menyedapkan adat berkeluarga. Selagimana tidak sampai memutuskan silaturahim, konflik-konflik kecil dianggap sebagai lumrah hidup yang mesti dilalui dengan tenang, banyak bersabar dan tak perlu merungut untuk hal-hal remeh-temeh yang tak penting.

Tetapi, wanita sekarang pantang dikongkong. Jangan sekali masuk campur hal rumahtangganya walau ibu bapa mertua sendiri. Apakah hal ini sesuai dengan ajaran agama?


Islam meletakkan ‘kuasa mengurus rumahtangga’ di tangan isteri, bukan ibu atau ibu mertua. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Akan tetapi, tidaklah dia boleh berbuat sesuka hati hingga memutuskan hubungan silaturahim. Ramai yang menyangka kewajipan terhadap mertua tidak sama dengan kewajipan terhadap ibu bapa sendiri. Pandangan sebegini nyata tidak tepat.

Hakikatnya kedudukan ibu bapa kandung dengan ibu bapa mertua adalah sama di sisi Islam.


 Hal ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Antara dosa-dosa besar adalah seorang anak yang menghina kedua orang tuanya.” Para sahabat bertanya: Apakah ada orang yang mencela ibu bapanya sendiri? Baginda bersabda: Ya, apabila seseorang menghina ayah orang lain maka sama seperti dia menghina ayahnya sendiri. Dan seseorang yang menghina ibu orang lain sama seperti dia menghina ibunya sendiri.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)


Islam meletakkan keadilan bagi semua, bukan untuk menantu saja tetapi juga kepada mertua dan ibu bapa kandung mereka. Masing-masing mempunyai tugas dan peranan, tidak boleh menceroboh wilayah yang bukan wilayahnya. Ibu bapa dan mertua hanya berperanan menjadi penasihat, jika memang tercetus konflik tanpa memihak dengan berat sebelah. Apa-apa keputusan berada di tangan suami dan isteri tanpa campur tangan pihak lain yang tidak sejalan dengan mereka.

Ibu bapa yang beriman, tidak akan membebankan anak-anaknya dengan kerenah yang menguji kesabaran mereka. Jika ada seorang ibu yang suka membakar api permusuhan, selalu bertegang leher dengan anak dan menantunya, maka seolah-olah dia telah membuka pintu neraka untuk mereka. 


Hal ini pernah terjadi kepada diri seorang sahabat Rasulullah SAW. Dia bertanya kepada NAbi SAW: “Wahai Rasulullah, saya memiliki hubungan kekerabatan, saya selalu berusaha menyambungkannya namun mereka selalu memutuskannya. Saya selalu berusaha berbuat baik kepada mereka, mereka pula membalas dengan berbuat jahat kepada saya. Saya sentiasa santun kepada mereka, tetapi mereka tidak mempedulikan saya. Nabi SAW bersabda: Seandainya benar apa yang kamu ucapkan itu, maka seolah-olah kamu menyuapkan abu panas kepada mereka (mereka berdosa). Allah SWT sentiasa berada di belakangmu, sepanjang mereka melakukan perbuatan itu kepadamu” (Hadis riwayat Muslim)


Boleh jadi yang mahu memutuskan silaturrahim itu ibu bapa atau mertua ataupun anak menantu sendiri, terpulanglah kepada niat mereka masing-masing. Yang penting ialah belajar bersabar dan reda menerima satu sama lain dengan harapan mendapat pertolongan Allah SWT. Kadang-kadang setelah bertahun-tahun pintu hati ibu bapa mertua tidak juga terbuka kepada menantu. Atau pun sebaliknya kedegilan menantu tidak juga berubah walaupun mertua berusaha meluruskan salah faham di antara mereka.


sumber : Dr Juanda

Logo Design by FlamingText.com

Janganlah Kita tergolong dalam 6 golongan wanita ini

 Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.


Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

sumber : FB

10 Tips Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Bergaduh Dengan Pasangan


1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.


2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!


3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.


4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat "terasa", jangan terlalu sensitif atau "take it too personal". Keadaan yang tengah "panas" boleh buat anda terlepas cakap. Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu, kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja "melepas" cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.


6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!


8) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.


9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.


10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

think before you speak!

Logo Design by FlamingText.com 
pernahkah kita sihat, dan kemudian kita jatuh sakit?

pernahkah kita senang, dan kemudian kita ditimpa kesusahan?

kalau sakit tu mestilah pernah kan? tapi kalau orang yang dah memang asal usulnya dah senang, memang jarang nak ditimpa susah..

sudah menjadi sikap kebanyakkan manusia samaada muda atau tua, bila sihat dan senang, kadang-kadang ataupun selalu percakapannya agak melampau, seakan-akan riak dan takabur. Suka merendahkan dan memperkecilkan orang lain, suka meninggi diri dan mengkritik tanpa mengira hati dan perasaan orang lain. 


Kenapa?

bila ditimpa musibah seperti jatuh sakit dan susah, tahu pula menyesali setiap perbuatan yang lampau. Alhamdulillah, masih diberi hidayat dan petunjuk kepada mereka ini. Mereka mula mendekatkan diri mereka dengan-Nya. Saban 1/3 malam solat sunat taubat dikerjakan. Alhamdulillah. Mereka mula menjaga percakapan mereka, dan orang-orang disekeliling mereka yang sebelum ini sering dipandang rendah, diperkecilkan mula berasa selesa untuk bergaul bersama mereka.

tapi, adakah sifat insaf dan redha itu berterusan?

ada yang kekal begitu, maknanya mereka benar-benar insaf dan bertaubat. Alhamdulillah.

malangnya, ada juga bila sudah dikembalikan kesihatan dan kesenangan mereka kembali riak dan takabur. Mereka mula memandang rendah dan memperkecilkan kembali orang-orang disekeliling mereka. Orang-orang ini mula merasa jauh hati kembali. Jauh di sudut hati orang-orang ini begitu simpati akan mereka yang kembali kepada sifat riak dan takabur. Orang-orang ini tetap mendoakan mereka ini kembali insaf. InsyaALLAH dengan izin-Nya. Walaupun sakit hati orang-orang ini dengan setiap patah perkataan yang terpacul dari mulut mereka itu.


QS. Al-Hujurat [49]:11
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
  


inilah yang terjadi kat diri anis sendiri, sedih dan terkilan. sebab sering dipandang rendah dan diperkecilkan. kadang-kadang buat anis rasa sangat terhina. apa yang anis ada, apa yang anis pilih, apa yang anis rancang semuanya tidak kena pada pandangan matanya. dikondem, dikritik dan dibandingkan untuk sesuatu yang tidak masuk akal kadang-kadang sangat menyakitkan. kalau dari seorang remaja atau kanak-kanak, anis tak kisah, yelah dah terang-terang belum matang usia dan pemikirannya, apatah lagi dari segi pengalaman hidup. tapi, kalau dari seseorang yang sudah cukup matang dari segi usia, pemikiran dan pengalaman hidupnya, bagaimana? hurmmmm, sabarla anis. Allah sedang menguji kamu sayang. Tabahkan hati, kuatkan iman.

Logo Design by FlamingText.com

Bubbly & Associate Giveaway


SYARAT2 PENYERTAAN

1) Follow Blog Farah's Bubblynotes

2) Follow Blog Sponsors:

3) Klik Kesemuanya Di Bawah Ini:


(WAJIB FOLLOW & WAJIB LIKE - AKAN DISEMAK)

4) Dah settle follow mengfollow & main klik-klik... Sila buat satu entri bertajuk:
Bubbly & Associates Giveaway

5) Copy coding HTML di bawah ini dan paste ke HTML post... Contoh..." Kakak +Mia Liana pinjam tutorial... "

Credit pada Kakak +Mia Liana / Mia Liana

6) Lepas dah copy + paste... Publish entri...Siap...

7) TAG SEORANG BLOGGER & PASTIKAN BELIAU TAHU MENGENAI GA INI

+Anis Zainudin  kamu di tag dear! *

8) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entri ini...

Pemenang akan dipilih berdasarkan Random.ORG... (baik doa yang Pakcik Random sayang uols... ) dan bagi senarai hadiah sila tekan SINI dan SINI

cancel caterer and bridal boutiqe

Logo Design by FlamingText.com 
hye comels.. hye again.. kali ni still soal wedding preparation..

kali ni, anis nak gitau yang anis terpaksa cancelkan booking caterer and bridal boutiqe yang anis dah tempah tempoh hari..

ini semua adalah di atas sebab-sebab tertentu..

luckily, anis dapat pakej yang lagi menarik and jauh lebih murah dari apa yang sepatutnya anis spent nanti.. pakej ni include caterer and bridal service.. plus, baju pun dapat baju yang baru.. design sendiri pulak tu.. awesome kan? namanya ISDA Creative.. 



cuma, kali ni takde dah hadiah untuk honeymoon.. hehehe, takpela kan? honeymoon nanti-nanti boleh pikir lagi.. tapi untuk event ni nak guna duit banyak.. so kena lah pandai budget takut over budget.. hehehe

photographer and videographer pun anis dah cari yang lain, iaitu Langit Crew Production.. sebabnya yang disediakan dalam pakej asal tu, cam main-main je dia punya video... gambar pun xde kasi album, kalau nak kena tambah duit lagi.. 



bila dikira-kira.. banyak sangat anis dah save daripada yang asal tu.. kualiti kali ni pun anis boleh tengok sendiri, sangat puas hati.. 

nak kahwin ni susah kan? macam-macam kena pikir.. mungkin haritu anis ni kelam kabut sikit.. main serkap jarang je.. hehehe.. teruk betul.. nasib baik di analisis balik, cewahhh! 
  Logo Design by FlamingText.com

DIY Mini Pelamin?

Logo Design by FlamingText.com 
hye comels!

huhuhu, 2 3 minggu ni kepala otak anis ni kusut ya amat.. pikir macam-macam.. bila semua menda nak DIY kan? mula la kena pikir banyak and lebih sikit.. dahla anis ni tak berapa nak creative orangnya.. huhuhu

last weekend baru setel hal-hal hantaran, dari barang hantaran, dulang hantaran, deco hantaran.. dulang-dulang and deco hantaran untuk both side semua anis diy and deco sendiri..pergi Jalan TAR cari barang dah 2 3 kali.. hahaha.. penat sungguh.. ini semua nak save punya pasal laaa...

dah setel pasal hantaran, mula la terfikir fasal mini pelamin untuk akd nikah.. hadoi!

anis nanti nikah kat masjid, so.. anis ingat lepas akad nikah tu anis nak la balik umah snap-snap pic kat mini pelamin.. mana nak cari mini pelamin yang murah-murah ek? cari punya cari.. tak ada yang menarik hati.. kalau ada pun mahal sangat, cam tak berbaloi lah pulak kan?

tengah duk usha-usha tu, anis terjumpa satu blog ni, Irjue Online Blogshop...



hurmm, terjah kejap.. menarik.. kat blog ni ada disewakan barang-barang untuk DIY pelamin kita sendiri.. anis pun mula la berkira-kira.. bagus jugak, banyak dah save budget kat situ..

anis tak buat keputusan lagi, tapi dah aim dah blog tu, still survey-survey pilihan lain.. tapi tak dapat macam apa yang anis idam and gambarkan.. so, anis pun terus contact owner blog tu kat FB die dan tanya barang-barang DIY yang anis nak tu available tak on 15 JUNE 2013.. alhamdulillah semua ada..

apalagi, malas nak cerita panjang.. anis terus proceed dengan payment deposit 50%.. dan sudah dikira comfirm! sungguh lega rasanya.. setel satu masalah.. :)

 tunggu pick up barang-barang tu je la nanti, 3 hari sebelum majlis.. thanx to Sis Jue 
  Logo Design by FlamingText.com

sharp shooter!

Logo Design by FlamingText.com 
hye comels! you all tau tak.. anis dulu sharp shooter tau! haaaa.. jangan pandang rendah ngan kerendahan diri anis ni tau.. hehehe

actually, couples day ago.. anis ada kemas-kemas kotak harta harun.. suddenly terjumpa pic ni
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

hehehe, pic ni masa anis gi camping kadet polis peringkat negeri kat Kuala Lipis, tahun 2005.. time ni we all semua kat lapang sasar.. well, sharp shooter la katakan.. hehehe :)

  Logo Design by FlamingText.com

Legionnaires' Disease or H7N9?

Logo Design by FlamingText.com 
hye comels semua.. :)

not much to say and merepek here.. just nak share pasal wabak baru yang sudah meragut nyawa seorang wanita berusia 40-an di ibu kota KL kite ni awal bulan ini..


u all tau tak? ada yang cakap ianya adalah disebabkan H7N9 yang tengah melanda China sekarang, tetapi siasatan mendapati mangsa tak pernah pergi ke sana dalam tempoh terdekat.. selepas ujian dilakukan, mangsa didapati -ve virus H1N1 dan yang serupa dengannya tetapi +ve untuk ujian Legionella


apa itu Legionella?

Legionellosis adalah nama kolektif yang diberikan kepada penyakit seperti radang paru-paru yang disebabkan oleh bakteria legionella. Ini termasuk penyakit Legionnaires paling serius, serta keadaan yang sama tetapi kurang serius demam Pontiac dan demam Lochgoilhead. Penyakit Legionnaires 'adalah satu bentuk yang boleh membawa maut paru-paru dan semua orang mudah terdedah kepada jangkitan. 



golongan berisiko tinggi, termasuk:

- golongan berusia lebih 45 tahun
- perokok dan peminum berat
- golongan yang mengalami pernafasan kronik (asma dll) atau penyakit buah pinggang
- sesiapa sahaja yang mempunyai sistem imun terjejas

Bakteria Legionella pneumophila dan bakteria yang berkaitan adalah biasanya terdapat dalam sumber air semulajadi seperti sungai, tasik dan takungan air, tetapi biasanya dalam jumlah yang rendah. Mereka juga boleh didapati dalam sistem air yang dibina seperti menara penyejuk, kondenser penyejatan dan spa whirlpool.



dari mana ia datang?

Bakteria Legionella  hidup meluas dalam sistem air semula jadi, contohnya sungai dan kolam. Wabak ini berlaku daripada pendedahan kepada legionella berkembang dalam sistem yang dibina di mana air dikekalkan pada suhu yang cukup tinggi untuk menggalakkan pertumbuhan, contohnya menara penyejuk, kondenser penyejatan, kolam renang spa dan sistem air panas yang digunakan dalam semua jenis premis (kerja dan domestik).


bagaimana ianya memasuki badan kita?

Orang ramai boleh menghidap penyakit Legionnaires ' dengan terhidu titisan kecil air yang digantung di udara, yang mengandungi bakteria. Syarat-syarat tertentu meningkatkan risiko dari legionella, termasuk:

- suhu air antara 20-45 ° C, yang sesuai untuk pertumbuhan
- aerosol yang dicipta oleh menara penyejuk, atau air di kedai yang disimpan dan / atau air diedarkan semula
- sumber nutrien untuk organisma cth. Kehadiran lumpur, skala atau fouling


Apakah tanda-tanda?

Tanda-tanda yang serupa dengan selesema, iaitu demam pada suhu yang tinggi, demam dan menggigil, batuk, sakit otot dan sakit kepala. Dalam kes yang teruk, mungkin juga terdapat pneumonia, dan kadang-kadang cirit-birit, serta tanda-tanda kekeliruan mental. 





sumber : WHO dan KKM
  

prosedur kahwin, part II

Logo Design by FlamingText.com 
hye comels semua... okay.. ini adalah sambungan prosedur kahwin yang memeningkan haritu..

okay, lepas dah register on9 dan lengkapkan semua form bolehla si pemohon lelaki dan perempuan pergi ke JAIS untuk serahkan permohonan.. ingat, sesama negeri je yang boleh disetelkan sekaligus..

lepas dah submit borang, pendaftar nikah kat JAIS akan luluskan permohonan u all dan akan keluarkan satu borang kelulusan berkahwin untuk lelaki dan perempuan

borang 3A

borang 3C

ini maknanya u all dah dapat kebenaran untuk berkahwin dari pendaftar nikah.. tinggal satu saja lagi borang yang perlu diisi, iaitu borang catatan rekod akad nikah (borang 4A) dan borang ini perlu diserahkan pada PPN yang u all jumpa untuk isi borang kebenaran kahwin tempoh hari.. serahkan pada PPN di kariah yang anda ingin berkahwin

borang 4A

dah setel.. tunggu masa untuk akad nikah je lagi.. :)
  Logo Design by FlamingText.com

tak serasi? macam mana?

Logo Design by FlamingText.com 
hye.. hye.. hye and hye my comels!

okay, comels-comels yang ada buah hati pengarang jantung kat luar sana tu.. tak kesahla pakwe ke, makwe ke, tunang ke, husaband or wife ke.. still buah hati right? you all serasi tak together-gether? (Oh my english!) Serasi? Alhamdulillah. baguslah tu... mesti happy selalu kan?

penting ke ada keserasian dalam sesuatu perhubungan ni?

pada pendapat anis, sangat-sangatlah penting.. kalau tak serasi macam mana kita nak dapatkan komunikasi yang berkesan? betul tak? 


tapi! itu semua tidak semestinya.. sebab.. anis dengan cinta hati anis mula-mula kenal dulu pun tak adalah serasi sangat.. just, we easily get going together.. sebab 'things' yang tak serasi tu lah we kept talking and arguing! and example, about football.. team or club that he was so fanatic and obsessed about where my fav team or club's enemy! 

bila tak serasi at first, we learn to know him for being himself.. not like a man who pretending to be like what u like on the first date..

we learn about give and take, forgive and forget.. if everything looks so perfect, that's mean someone is pretending to make it look perfect for all the time.. come on! sedangkan lidah lagi tergigit right?

we learn something new, like.. what he likes that we don't and what we like that he don't.. doesn't it seems so sweet? ouhhh... hehehe.. when he talk about motorbike, then  i talk about make up.. he loves western, while im enjoying eating nasi with ulam + budu! hehehe..

this thing keep going until, we were serasi together!

  Logo Design by FlamingText.com

sedar kemampuan diri

Logo Design by FlamingText.com 
setiap manusia mempunyai keinginan masing-masing.. kadang-kadang keinginan tersebut mungkin melebihi dari kemampuan diri... tapi, bagi yang sedar diri baguslah.. tahu apa yang mampu di adakan dan yang mana tidak..

bagaimana pula kalau keinginan orang lain, tapi diletakkan ke atas bahu kita? pernah tak situasi macam ni terjadi kat diri kamu? 

cerita ni terjadi kat anis sendiri, cuma ingin berkongsi perasaan.. tidak ada yang lebih dari tu..


okay, anis bukan orang senang.. apatah lagi orang berada.. sekarang anis menyewa sebuah rumah dan tinggal bersama keluarga anis.. memang, dengan anis yang baru bekerja tak sampai dua tahun sebagai penjawat awam ber gred 29, sememangnya anis belum mampu untuk membeli sebuah rumah.. yang mampu hanya menyewa buat sementara waktu..

rumah yang anis sewa, tak adalah besar.. cuma rumah teres 2 tingkat, dengan 5 bilik dan 3 bilik air.. bunyi macam besar kan? tapi tak lah, ruang tamu sangat sempit bila dimuatkan dengan perabot rumah.. tapi, bagi anis dan keluarga, kami dah cukup selesa dengan apa yang ada..

apa yang anis terasa, bila ada pihak ketiga beria-ria suruh anis pindah dan cari rumah yang lebih besar dan selesa.. katanya rumah anis sewa sekarang sangat sempit.. terima kasih di atas keprihatinan hamba Allah tersebut.. susah payah dia dapatkan no telefon penyewa rumah baru tu untuk anis.. beria-ria benar nak suruh anis pindah.. alasannya, rumah anis sekarang sempit sangat lepastu  taman perumahan anis jauh ke dalam.. 

rumah yang di khabarkan selesa tu pun, hanya mempunyai 3 bilik dan rumah teres setingkat.. kalaulah dia boleh berfikir secara logik, anis punya adik beradik yang ramai.. 3 bilik memang tak cukup and takkan selesa.. lagi satu, bila saudara mara datang mana diaorang nak tidur? kalau rumah anis sekarang ni.. still ada satu bilik tidur yang free untuk tetamu yang datang.. anis rasa itu lagi selesa..

okay, jangan lupa.. anis hanyalah penjawat awam ber gred 29, berapa sangatlah gaji kalau nak pakai kereta baru dan mewah.. mampu memang mampu.. tapi anis dah fikir, kalau separuh gaji anis digunakan untuk bayar monhly kereta baru punya installment, berbaloi ke? bukan anis tak ada niat nak ambil kereta yang lebih besar.. ada niat tu, tapi bukan sekarang.. suatu hari nanti.. anis dah ada perangcangan anis sendiri..

sedih.. bila pihak ketiga tadi, lagi sekali berkali-kali menyuarakan hasratnya yang suruh anis lego je kereta anis sekarang ni and ambil kereta baru..sekali dua.. anis boleh buat pekak.. tapi kalau tiap kali jumpa, menda sama je yang diperkatakan? hati mana yang tak sakit?

awak orang senang, untunglah.. saya orang kebiasaan saja.. nak beli kereta pun nak tunggu bank approve loan dekat sebulan.. perasaan itu, orang yang pernah laluinya je saja yang faham.. dah dapat, bukan main excited! Allah je tahu perasaan tu.. belum setahun pakai kereta tu, baru-baru ni anis ada calarkan sikit kereta anis tu, hehehe.. so niat di hati nak spray kereta terus membuak-buak.. niat dihati "ter" diceritakan kepada pihak ketiga tadi.. jawapan dia, buat anis speechless.. " nak pakai lagi ke kereta tu? jual je la" ya Allah.. macam pakai baju agaknya, jual beli kereta ni kan?  

tak apalah, buat masa sekarang itu je yang anis mampu.. at least anis ada jugak harta atas nama sendiri.. dan yang lagi penting anis tak pernah susahkan sesiapa pun untuk dapatkan semua tu.. bukan tak ada niat di hati nak pakai kereta baru dan besar, ada.. tapi.. anis nak terus beli yang betul-betul puas hati.. tukar kereta baru setakat beli yang naik 5 orang pun dah tak selesa tak da guna jugak.. betul tak?

biarlah, mulut orang kan? sabar je la.. anis lebih tahu apa yang anis nak, apa yang anis cari dalam hidup anis ni.. apa yang penting, anis SEDAR KEMAMPUAN DIRI.. 

 
  Logo Design by FlamingText.com

mee udang mak jah!

Logo Design by FlamingText.com 
hye comels semua.. hehehe.. ini adalah entry yang dah basi.. tapi nak jugak post and share ngan comels semua.. 

2 minggu lepas (7 april 13) anis ke Kuala Sepetang, Taiping.. pergi pekena mee udang, kat Mee Udang Mak Jah..

taknak bebel banyak.. layankan aje picture-picture yang ada okay :)

mee + udang

nyummy2

inilah Restoran Mee Udang Mak Jah (MUMJ) hahaha


kami dah kenyang :)


peace!
okay lah.. sesapa yang belum pergi and try bolehla pergi.. harga dia reasonable.. sedap pun sedap.. udang bersepah-sepah.. dah macam "ada mee disebalik udang" hehehe.. sebab banyak sangat udangnya
  Logo Design by FlamingText.com

childish things!

Logo Design by FlamingText.com 
hye comels... as usual, no wordless wednesday from me, everyday is meaningful word day.. haha hentam sajalah labuuu...

tengok.. dari cara tulis blog pun dah tahu yang anis ni belum matang! 

memang anis belum matang, walaupun usia dah mencecah 25 tahun dan beberapa bulan... belum matang dari segi attitude mungkin.. kenapa anis rasa macam tu? sebabnya adalah..


ketawa macam cik ponti
anis ni, kalau dah geli hati sangat mula lah ketawa tak sedar diri.. kadang-kadang samapi cramp perut and pipi, habis mata pun berair.. tengok wanita-wanita sebaya kalau ketawa sopan and ayu je, tutup-tutup mulut,  ketawa pelan-pelan.. bila la anis nak sopan macam tu kan? nampak macam matang je..

loyar buruk
seriously, anis ni kuat loyar buruknya.. kadang-kadang tunang anis pun sampai malas nak layan.. (eleh, padahal die pun sama je kalau dah start meloyar buruk)

buat kerja takda pekdah
bila sangat bosan, mula la anis buat kerja yang langsung tak bagi manfaat.. contohnya, meniru aksi-aksi sesiapa saja yang anis suka.. worse bila anis mula berdialog dan monolog sorang-sorang.. selalunya bila tengah drive sorang-sorang.. LOL!

berangan-angan yang tak logik
parah sungguh anis ni.. suka berangan menda yang mustahil.. contohnya, jadi pelumba rally wanita malaysia yang glamour.. takpun berangan menyelamatkan dunia.. ala-ala the avengers gitu.. hihihi

main game
ada ke wanita sebaya anis ni main game? ade tak nampak wanita sebaya anis ni duk pegang PSP kat tangan? takde PSP, fon pun jadilah.. bila dah start main, susah nak berhenti.. pulak tu siap dengan memek muka dan reaksi-reaksi yang tak boleh blah.. banyak kali dah budak kat tempat kerja tegur.. aisehh, malu mak! alaaa.. biasalah tu, menjiwai dan menghayati namanya.. hehe

kuat merajuk
memang anis kuat merajuk! tanyalah cik tunang.. merajuknya kalah budak tadika.. nasib baik dia tak meluat.. tapi, merajuk anis tak lama.. tak pujuk pun takpe, baik sendiri.. tapi lagi afdhal kalau dipujuk! hahaha

cemburu buta
ye! memang anis seorang yang sangat-sangat kuat cemburu.. cemburu buta pulak tu.. 
dengan encik tunang dulu, masa mula-mula kenal.. encik tunang cepat jugak melenting bila anis duk cemburu bukan-bukan.. tapi skang, encik tunang just senyum and cubit-cubit je pipi bulat anis ni bila anis start meroyan.. sabar je lah.. thanx to encik tunang yang sangat-sangat penyabar and memahami.. hehe, i love you +Mohd Furzani Md Shamsuri!!


see, memang anis belum matang dari segi attitude.. encik tunang pun dah masak dengan attitude anis.. kadang-kadang "childish" anis tu lah yang buat hari-hari we all together happy and lot's of laugh.. tapi ada certain thing yang anis rasa perlu untuk anis berubah.. :)
  Logo Design by FlamingText.com