Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

kenapa dia?

Logo Design by FlamingText.com 
hai u alls :) 

seperti yang kita semua sedia maklum, manusia diciptakan 2 jantina.. lelaki dan perempuan.. dan, masing-masing mempunyai pasangannya sendiri yang sudah ditentukan Allah SWT...

ramai yang anis rasa, bukan semuanya dijodohkan dengan cinta pertama mereka.. kalau ada pun sangatlah jarang..


kita berjumpa dengan ramai orang, kenal dan berkawan, kemudian jatuh cinta.. tak gitu? tapi tak semua yang kita kenal and berkawan tu akan timbulkan rasa cinta kan? kadang-kadang ianya lebih baik jika sekadar kawan.. bukan teman tapi mesra apatah lagi skandal.. OMG!


bila dah sampai satu tahap, dimana satu perhubungan tu dah matang.. maka kedua-dua akan buat keputusan untuk lebih serius.. seprti bertunang, ataupun teruskan dengan perkahwinan.. usia perkenalan yang lama atau sekejap.. itu bukan persoalannya.. soalnya.. BILA dah JODOH.. 


kenapa dia?
maksud anis kenapa pilih dia sebagai pasangan hidup? bukan orang lain?

sememangnya bagi anis tak ada sebab kenapa anis pilih dia.. eyh.. betul ke? cam tipu je kan?

cinta tu tak bersebab.. tapi, ada sedikit sebanyak faktor kenapa kita tertarik untuk memilih dia.. maksud anis, memilih untuk kenal di Facebook, memilih untuk keluar 1st date, memilih untuk lebih serius dan seterusnya..


rupa
tipu kalau tak tengok rupa! betul tak? tapi bukanlah nak yang macam Channing Tatum pun.. cukuplah sedap and sejuk mata memandang.. makin hari tengok, makin sayang.. bila tak tengok mula la meroyan.. hehehe.. poyo kan?

duit
tipu jugak kalau ada yang cakap tak pandang duit.. kalaulah nak serious, nak ke bersuamikan lelaki yang loser? i mean yang langsung tak bekerja.. dahla tak kerja, taknak pulak berusaha nak cari kerja.. hari-hari duduk rumah habiskan beras and duit mak ayah.. nak ke yang macam tu? at least biarlah ada kerja, kerja apa tak kesah.. janji halal.. tak harap pun nak dapat CEO.. bila sama-sama bekerja, akan ada rasa tanggungjawab tu bersama.. and soon, untuk family and of course bakal anak-anak.. pendapatan kecik bukan masalah, duit boleh dicari.. janji usaha bersama.. oh! so sweet :)


attitude
kalau rupa ada, duit or kerja pun stabil.. tapi attitude out... sorry to say.. memang out terus! maksud anis kat sini bukanlah harapkan someone yang romantic ke, pak lawak ke or ape-ape jelah.. tapi, biarlah attitude dia tu buat kita rasa selesa bila bersama-sama.. semua orang tak sama and of course tak perfect.. ada yang attitude boleh diubah untuk jadi lebih baik.. baguslah.. contohnya, suka cakap besar or berlagak! memang ada lelaki jenis macam ni.. apa-apa dia lah yang hebat, semua dia tahu, dh mcm Mr Know It All.. tapi, kalau rasa attitude tu boleh diubah.. cubalah ubah.. tapi kalau rasa sangat-sangat annoying tu, sampai kawan-kawan kita pun tak suka.. biarkan jelah.. kumbang bukan sekor right? 


ikhlas
rupa - ok, duit - ok, attitude - ok.. jom kenal hatinya.. ikhlas ke tidak.. susah kita nak tahu hati orang ni.. luarannya nampak sangat perfect.. layan kita macam puteri.. tapi.. ikhlas ke? 


kalau dia ikhlas.. sememangnya dia akan jujur.. tak kesah kita tanya soalan macam mana pun.. dia akan jawab secara jujur, walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.. walaupun disaat kamu dah jadi macam detective conan, dia masih tersenyum dan tidak melenting.. 


setia.. susah nak cari yang setia ni kan? mulut je cakap setia.. tapi perbuatan tidak setia.. kat Facebook bukan main poking-poking, hye sana, hye sini.. kat fon ade sms-sms orang lain yang menyakitkan hati.. ada yang cerdik, tau nak jumpa terus clear call log and delete sms-sms.. ataupun, diam-diam dia create account Facebook and email lain.. ish..ish.. kejam.. kalau tak ready nak bercinta and berkomitmen, tak payahla buat keputusan yang bagi harapan kat pasangan kita..


menerima seadanya.. masing-masing ada kisah dan cerita silam.. pahit manis.. hitam putih.. tapi itu semua yang dah lepas.. baguslah kalau dia tak pernah mengungkit dan menerima kita seadanya.. bukan semua orang boleh buat macam tu.. 


itulah sebab kenapa anis pilih dia dalam hidup anis.. walaupun belum sampai 2 tahun mengenali antara satu sama lain.. kami sangat serasi bersama dan kami sudahpun buat keputusan untuk hidup bersama secara suami isteri yang sah.. dapat dirasakan dalam hati, yang dialah pemilik tulang rusuk ini..

both of us, sangat bahagia.. walaupun hidup tidaklah mewah.. tapi keperluan asasi dapat dipenuhi.. waktu senang kami bersama, waktu susah pun tetap bersama..  anis bersyukur sangat-sangat sebab dia hadir dalam hidup anis.. dan sudi menerima diri ini seadanya.. yang kurang kami perbaiki sama-sama, yang silap kami perbetulkan sama-sama, yang patut diubah kami berubah demi untuk kebaikan bersama.. 

he is the one for me, he is the man +Mohd Furzani Md Shamsuri... thank you Allah SWT.. insyaAllah kami akan terus bersama di dunia dan akhirat.. minta dipermudahkan segala urusan kami untuk disatukan tidak lama lagi.. amin~~~

  Logo Design by FlamingText.com

4 comments:

Farah Waheda Wahid said... reply to comment

kenapa dia? kerana Allah dah jodohkan...kenapa bukan orang lain? sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya... ^_^ agreed?

Anis Zainudin said... reply to comment

sweet la kak anis >,<

Nory Zoulkefle said... reply to comment

syukur Allah temukan dgn Dia...
yang penting setiap pasangan kena terima pasangan seadanya..

Normi Nieza said... reply to comment

like your entry..:)