Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

prosedur kahwin, memeningkan!

Logo Design by FlamingText.com
hye comels and B2B sekalian!!
hehehe.. macamana ngan persiapan wedding u all ek? dah setel ke belum?anis punye relax2 sudah.. sebab kenduri and sanding lambat lagi kan? nikah je dulu.. so no need to rushing2..
cuma.. urusan2 isi mengisi borang je la.. yang buat pening kepala sikit..
okay, ape yang anis tau.. kalau groom n bride dari negeri yang sama, and nak kahwin dalam negeri yang sama.. prosedur dia sangat senang.. (bagi selangor senangla anis rasa..hehehe)
anis ngan cinta ati both selangor (walaupun bukan asal selangor, tapi address lam ic dah tukar), and semestinya nak kahwin pun kat selangor jugakla..


1. borang
okay, kalau kat selangor.. mulai Jan 2013, borang permohonan kahwin bagi lelaki (borang 2A) dan perempuan (borang 2C) dah boleh apply online ye.. takpun u all boleh download form tu.. ataupun u all boleh pergi sendiri kat pejabat agama ambil borang tu..
kalau pemohon bukan dari negeri tersebut, pemohon kena la isi borang maustatin (Borang 2B) dan juga lupa borang Wali (Borang 2D)
selangor, tak ada borang HIV.. just guna form yang kita kena isi masa kat klinik kesihatan tu je.. negeri lain rasanya kena ambil borang HIV ni kat pejabat agama, contohnya KL.
so, kesimpulannya.. u all kena ambil Borang 2A(lelaki WAJIB), Borang 2B(bagi yang bermaustatin SAHAJA), Borang 2C(perempuan WAJIB), Borang 2D (wali@wakalah), Borang HIV (bagi negeri yang menyediakan borang ini di pejabat agama)


2. PPN dan Saksi
PPN -Penolong Pendaftar Nikah
okay dah siap isi form tu, cari 2 orang saksi.. saksi mestila lelaki, baligh, dan bagi saksi untuk perempuan, saksi hendaklah mengenali wali, saksi boleh jadi sesiapa sahaja.. tidak semestinya ahli keluarga.. saksi borang dan saksi semasa akad nikah tidak semestinya saksi yang sama..

okay, dah dapat 2 saksi.. call PPN bagi kariah masjid masing-masing...yang lelaki call la PPN kariah masjid korang, yang perempuan pulak call la PPN kariah masjid korang... unless u all punya kariah masjid adalah sama.. haaa, senang cerita,, kahwin ngan anak jiran or satu taman or satu kampung.. dapatlah kariah masjid yang sama... hehehe...

mana nak dapatkan no PPN kariah masing2?
haaaa... masa pergi ambil borang kat pejabat agama tu tanya la siap2.. they all ada senarai untuk satu negeri tau.. bagitau alamat rumah, then die cekla.. u all termasuk dalam kariah mana..
takpun, online sudah.. dunia hujung jari maaa...

 then, buat temujanji.. untuk urusan tanda tangan pada borang permohonan kahwin masing-masing.. jangan lupa untuk fotostat IC saksi2 u all tu.. sebab nak attach sekali ngan borang permohanan nikah u all..  bawak saksi jumpa PPN, dan time tu la pemohon, saksi dan PPN akan sign and chop kat form permohonan kahwin tu.. bagi perempuan pulak, bawakla wali sekali time tu dan juga jangan lupa fotostat IC wali ye

jangan lupa! bagi perempuan.. make sure form lelaki sudah di sign n chop oleh PPN kariah masjid die dulu tau.. then bawak sekali form encik abang u all mase u all g jumpe PPN kariah masjid u all tu.. baru PPN u all akan cop n sign form perempuan :)


3.HIV test
HIV test ni u all kena buat kat Klinik Kesihatan Kerajaan je.. setahu anis la.. tapi ade gak yang cakap skang dah boleh buat kat private.. betul ke tak, yang tu memang anis tak tau.. huhu.. sekejap je buat test ni.. tak payah appointment dah skang, walk in je.. tapi better u all call tanya dulu, sebab sesetengah klinik dia buat test HiV ni belah petang je.. anis aritu pergi KK Bandar Tun Razak, Cheras.. pergi pagi terus buat..

tapi sebelum tu isi borang dulu la, borang tu la nanti yang akan kita attach sekali dengan form nikah tu.. bayaran cuma RM1 bagi yang bukan penjawat awam.. result dapat tau terus.. takyah tunggu lama pun.. yang lama tunggu turn nak jumpa doctor je la.. doctor just nak tanya sikit.. apa itu HIV and AIDS.. tapi anis malangla.. mentang2 anis nurse, kaw2 die tanya.. macam2 soalan.. hampeh tol.. cinta ati kena tanya sikit je..huhuhu.. tak aci!!


4. submit form di Pejabat Agama
form semua dah isi, ppn dah sign and chop (berserta sign pemohon, saksi dan wali bagi perempuan), HIV test dah setel.. u all bolehla hantar borang tu kat Pejabat Agama..

hantar borang permohonan lelaki (borang 2A) untuk dapatkan kebenaran bekahwin.. kemudian,
terima borang kebenaran kahwin
 (Borang 3A bagi lelaki dalam negeri @ Borang 3B bagi pemohon lelaki yang kahwin luar negeri selangor)

Borang 3A @ 3B kemudian diserahkan kepada pihak perempuan..
lepastu turn perempuan pula serahkan borang permohonan kahwin (Borang 2C) dan borang kebenaran berkahwin lelaki (borang 3A@3B)

lepastu, perempuan akan terima borang kebenaran berkahwin (Borang 3C bagi perempuan dalam negeri @ Borang 3D bagi pemohon perempuan yang kahwin luar negeri selangor)
gi sekali pun boleh.. kalau satu negeri.. senang, hari yang sama dah setel..


5.akad nikah
dah setel semua tu.. bolehla decide date untuk ijab dan kabul.. :) masa ni baru Wali akan isi Borang Wali (Borang 2D)


dokumen sokongan yang diperlukan
1. salinan IC
2. salinan IC saksi
3.salinan IC wali
4.keputusan ujian HIV
5. surat nikah ibu dan bapa perempuan


surat akuan bujang?
Surat majikan akuan bujang tidak diperlukan bagi pemohon dalam negeri selangor... sebab dalam form permohonan kebenaran kahwin tu dah ada siap2 akuan bujang/duda/janda/balu dll.. senang cerita.. mehla kahwin kat selangor.. hehehe
Logo Design by FlamingText.com


21 comments:

ISMA ILYA AHMAD PUAD said... reply to comment

kiranya kan.. kalau B2B permepuan n lelaki 2-2 Selangor, borang 2B x payah isi la ek? betul x? tengah isi-isi borang juga ni.. hihi

by the way, Selangor, dah tade borang kat Pejabat Agama iye, just isi semua onlinee :)

ISMA ILYA AHMAD PUAD said... reply to comment

oh ye, masa kursus Januari awal tahun hari tu pegawai KKM dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor ada remind, mulai tahun ni, HIV Test hanya di Klinik Kesihatan Malaysia SAHAJA (klinik kerajaan)

So, tak boleh Test HIV dari Klinik Swasta iye semua ^_^

cik yaya said... reply to comment

nasib baik yaya selangor jugak..senang la sikit urusan..

Normi Nieza said... reply to comment

huwaa..nak kawen jgk..:)

anis suryanie said... reply to comment

ISMA ILYA AHMAD PUAD a'ah dear, kalau both groom n bride dari selangor or beralamatkan di selangor tak payah isi form maustatin tu...

aritu anis nak isi online still takleh masuk.. so anis just pergi ncr and download je form tu.. tapi, still kena ber type.. mmg JAIS taknak tulis tangan..

itula, setahu anis mmg xboleh wat HIV test kat private.. tapi anis ade terbaca kat blog sape entah die gitau die wat kat private.. hurmmm, musykil hamba sejenak.. hahaha


cik yaya hehehehe.. nasib baik selangor kan? senang citer.. ader negeri mana entah.. lupe dah.. siap kene interview bagai baru form diluluskan.. pastu ade negeri yang form dalam jawi pulak tu..hehehe

Normi Nieza jom kite men kawen2 sesame..hehehe

cenderamata dari hati said... reply to comment

idea DIY mudah:

lampu bola2 kecil (rotan/ benang pelbagai pilihan warna) boleh dijadikan hiasan bilik pengantin/pelamin/tempat mkn/ltk dlm pasu etc

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

Norsamsiah Marzuki said... reply to comment

Borang test HIV blh ambik kat mana?
Kat klinik or pejabat JAIS?

anis suryanie said... reply to comment

@Norsamsiah Marzuki kalau jais ade satu je form.. mase kat klinik nak buat test tu nurse akan bagi..

Pyja kocicka said... reply to comment

Salam..maaf nk tnye kalau sy buat test hiv di klinik kjaan area kl tapi nikah di selangor boleh ehh ? Sbb ade yg kate kalau nikah kat selangor kne amek test hiv di klinik kjaan selangor sahaje...huhu betoi kaaa?

pstudung said... reply to comment

Salam...nak tanyer...kalo buat HIV test dulu bley x? ke kena tunjuk borang 2B dulu ( sy org bmastautin di selangot, asal kelantan :P )

anis suryanie said... reply to comment

@Pyja kocicka boleh jerr.. anis pun buat hiv kat kk dlm KL.. nikah dlm sngor :)

anis suryanie said... reply to comment

@pstudung boleh je.. KK tak tgok pun borang maustatin tu.. die cuma nk chop borang HIV y pjabat agama punya je.. tp jaik anis tak tau la ade ke tak borang tu.. lain negeri lain prosedur n borangnya :)

Sha.OthMan said... reply to comment

@anis suryanie: Dear nak tanya. Masih perlukan surat akuan bujang ke, untuk Selangor? Terima kasih.. :)

Anonymous said... reply to comment

@anis suyanie: salam sis..nak tanye ea..saya berasal dari sabah tapi da lama bermastautin at selangor nie,tapi alamat ic still sabah..dan saya bercadang nak bernikah di sini(selangor)kerana bakal suami saya berasal dr sini juga..agaknya prosuder dia susah tak?

anis suryanie said... reply to comment

@Anonymous salam dear.. tak adalah susah pun, cuma awak kena isi borang 2B (borang maustatin).. kalau nak senang pergi je JPN tukar alamat.. lagi senang, tak payah isi borang maustatin tu..

anis suryanie said... reply to comment

@Sha.OthMan salam dear.. kalau selangor tak payah buat surat akuan bujang, sebab dalam borang dah ada siap2 bahagian akuan bujang, just isi yang tu je dear

Anonymous said... reply to comment

Salam sis! Nak tanya pasal Borang 2D. Borang tu kena isi semua part sebelum hantar kat Pejabat Agama atau kita print out borang tuh dulu tapi tak isi lagi? Ke kita isi setakat Persetujuan Wali je? Borang 2D nak kena dibawa sekali ke Pejabat Agama kan? Apa part yg nak kena di isi masa akad nikah tu?

Sorry ya klu mmg byk sgt soalan! Part yg lain kira dah faham gak tapi nih yg masih I pening lagi adoiii

anis suryanie said... reply to comment

Actually tak igt dah rupa borang wali tu.. Hehe.. Anis aritu isi semua kecuali tanda tangan je nanti dpn tok kadi..

anis suryanie said... reply to comment

@Anonymous masa akad nikah just tandatangan wali je lagi.. Masa g pjbt agama cuma nak wali dtg and fotostat ic wali.. Tapi borang wali tu always ade je dalam file.. Hope membantu ye my dear..

Nur Fyra said... reply to comment

Nk tanye la..sis area selangor kan? Borang utk hiv test tu dpt kt mane ye? Tq.

hanani fiee said... reply to comment

sis nk tye,mcm sis stiap dokumen mcm ic bkl suami dn ic kita wjib ke kena ada cop dulu sblm jmpe dgn jurunikah ?