Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

sedar kemampuan diri

Logo Design by FlamingText.com 
setiap manusia mempunyai keinginan masing-masing.. kadang-kadang keinginan tersebut mungkin melebihi dari kemampuan diri... tapi, bagi yang sedar diri baguslah.. tahu apa yang mampu di adakan dan yang mana tidak..

bagaimana pula kalau keinginan orang lain, tapi diletakkan ke atas bahu kita? pernah tak situasi macam ni terjadi kat diri kamu? 

cerita ni terjadi kat anis sendiri, cuma ingin berkongsi perasaan.. tidak ada yang lebih dari tu..


okay, anis bukan orang senang.. apatah lagi orang berada.. sekarang anis menyewa sebuah rumah dan tinggal bersama keluarga anis.. memang, dengan anis yang baru bekerja tak sampai dua tahun sebagai penjawat awam ber gred 29, sememangnya anis belum mampu untuk membeli sebuah rumah.. yang mampu hanya menyewa buat sementara waktu..

rumah yang anis sewa, tak adalah besar.. cuma rumah teres 2 tingkat, dengan 5 bilik dan 3 bilik air.. bunyi macam besar kan? tapi tak lah, ruang tamu sangat sempit bila dimuatkan dengan perabot rumah.. tapi, bagi anis dan keluarga, kami dah cukup selesa dengan apa yang ada..

apa yang anis terasa, bila ada pihak ketiga beria-ria suruh anis pindah dan cari rumah yang lebih besar dan selesa.. katanya rumah anis sewa sekarang sangat sempit.. terima kasih di atas keprihatinan hamba Allah tersebut.. susah payah dia dapatkan no telefon penyewa rumah baru tu untuk anis.. beria-ria benar nak suruh anis pindah.. alasannya, rumah anis sekarang sempit sangat lepastu  taman perumahan anis jauh ke dalam.. 

rumah yang di khabarkan selesa tu pun, hanya mempunyai 3 bilik dan rumah teres setingkat.. kalaulah dia boleh berfikir secara logik, anis punya adik beradik yang ramai.. 3 bilik memang tak cukup and takkan selesa.. lagi satu, bila saudara mara datang mana diaorang nak tidur? kalau rumah anis sekarang ni.. still ada satu bilik tidur yang free untuk tetamu yang datang.. anis rasa itu lagi selesa..

okay, jangan lupa.. anis hanyalah penjawat awam ber gred 29, berapa sangatlah gaji kalau nak pakai kereta baru dan mewah.. mampu memang mampu.. tapi anis dah fikir, kalau separuh gaji anis digunakan untuk bayar monhly kereta baru punya installment, berbaloi ke? bukan anis tak ada niat nak ambil kereta yang lebih besar.. ada niat tu, tapi bukan sekarang.. suatu hari nanti.. anis dah ada perangcangan anis sendiri..

sedih.. bila pihak ketiga tadi, lagi sekali berkali-kali menyuarakan hasratnya yang suruh anis lego je kereta anis sekarang ni and ambil kereta baru..sekali dua.. anis boleh buat pekak.. tapi kalau tiap kali jumpa, menda sama je yang diperkatakan? hati mana yang tak sakit?

awak orang senang, untunglah.. saya orang kebiasaan saja.. nak beli kereta pun nak tunggu bank approve loan dekat sebulan.. perasaan itu, orang yang pernah laluinya je saja yang faham.. dah dapat, bukan main excited! Allah je tahu perasaan tu.. belum setahun pakai kereta tu, baru-baru ni anis ada calarkan sikit kereta anis tu, hehehe.. so niat di hati nak spray kereta terus membuak-buak.. niat dihati "ter" diceritakan kepada pihak ketiga tadi.. jawapan dia, buat anis speechless.. " nak pakai lagi ke kereta tu? jual je la" ya Allah.. macam pakai baju agaknya, jual beli kereta ni kan?  

tak apalah, buat masa sekarang itu je yang anis mampu.. at least anis ada jugak harta atas nama sendiri.. dan yang lagi penting anis tak pernah susahkan sesiapa pun untuk dapatkan semua tu.. bukan tak ada niat di hati nak pakai kereta baru dan besar, ada.. tapi.. anis nak terus beli yang betul-betul puas hati.. tukar kereta baru setakat beli yang naik 5 orang pun dah tak selesa tak da guna jugak.. betul tak?

biarlah, mulut orang kan? sabar je la.. anis lebih tahu apa yang anis nak, apa yang anis cari dalam hidup anis ni.. apa yang penting, anis SEDAR KEMAMPUAN DIRI.. 

 
  Logo Design by FlamingText.com

4 comments:

Farah Waheda Wahid said... reply to comment

nak buat sesuatu jangan jadi ikut2an, sebab kalau kita terlalu mengikut esok2 sendiri badan yang merana...orang tak tau apa yang kita tanggung, cakap jer bolehlah... do whatever we feel right dan ikut kemampuan kita... kalau ikut orang jawabnya huru hara lah hidup kita... just ignore jer... hanya kita yang tau beban yang kita tanggung...kalau kita susah pun bukan ada orang nak tolong...

Anis Zainudin said... reply to comment

mulut org mmg tak boleh nk tutup kak :)
p/s : da lame tak nampak kak anis update blog..rindu la..hehe :D

Normi Nieza said... reply to comment

hurm..cili jer klu mulut mcm tu..huhu

anis suryanie said... reply to comment

Farah Waheda Wahid betul tu akak.. anis setuju sangat-sangat.. ignore sehabis mungkin.. tapi kadang-kadang bila teringat tu ase sentap sekejap.. hehehe

Anis Zainuddin hehehe.. betul tu dear, time tidur pun mulut boleh ternganga... akak jarang ngadap lappy skang, bz ngan wedding preparation.. hehehe

Normi Nieza hehehe.. akak lagi ganas sampai mau cili2 mulut orang.. hehehe