Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

2 minggu je!

Logo Design by FlamingText.com 


hoho.. its getting closer! :)
  Logo Design by FlamingText.com

FACEBOOK diharamkan!

Logo Design by FlamingText.com 

Penapisan Facebook telah dikuatkasakan kerana sifat keterbukaan yang tida had di Facebook. Beberapa negara telah menapis atau mengharamkan akses kepada FACEBOOK, termasuk Syria, China, Iran dan United Kingdom.


Australia 
10 juta pengguna FACEBOOK adalah dari Australia. Untuk mempunyai akaun FACEBOOK, sekurang-kurangya perlu berusia 13 tahun dan ke atas. Tetapi, disebabkan secara rasminya tiada had umur yang dihadkan oleh FACEBOOK, Julai 2011 Australia mula mempertimbangkan memberi ibu bapa akses ke laman FACEBOOK anak-anak mereka, selain memerlukan bukti umur pada sign-up, dan meningkatkan had umur hingga 18. 


Bangladesh 
The Awami League, kerajaan yang diterajui Bangladesh mengumumkan kempen pengawasan diarahkan untuk Facebook dan lain-lain laman web rangkaian sosial. Perdana Menteri Sheikh Hasina mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa pemantauan Internet dengan bantuan perkhidmatan perisikan Bangladesh. Sebelum ini, kerajaan telah menyekat laman web. Parti-parti politik dan kumpulan agama telah membantah posts oleh penulis-penulis blog yang telah menyebabkan 8 kematian disebabkan cadangan itu. Blogger Ahmed Rajib Haider ditikam sampai mati pada 15 Februari 2013. Rusuhan National, telah menyebabkan 56 orang di antara 19 Januari 2013 dan 2 Mac 2013 terbunuh. 


China
Di Tanah Besar China, Facebook telah disekat dan diharamkan berikutan rusuhan Ürümqi Julai 2009 kerana aktivis kemerdekaan Xinjiang telah menggunakan Facebook sebagai sebahagian daripada rangkaian komunikasi mereka. Sesetengah pengguna Cina juga percaya bahawa Facebook tidak akan berjaya di China selepas masalah Google China. Rangkaian sosial popular, Renren (dahulunya Xiaonei) mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Facebook, dan mematuhi peraturan-peraturan Kerajaan PRC mengenai penapisan kandungan.


Mesir
Facebook telah disekat selama beberapa hari di Mesir pada 2011.


Iran 
Selepas pilihan raya 2009 di Iran, laman web ini telah diharamkan kerana bimbang dengan pergerakan pembangkang yang telah dianjurkan di laman web. 


Mauritius
Maklumat dan Komunikasi Lembaga Technologies (ICTA) Mauritius, memerintahkan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) di negara ini untuk mengharamkan Facebook  pada 8 November 2007 kerana halaman profil palsu Perdana Menteri. Akses kepada Facebook telah dipulihkan pada hari berikutnya. 


Morocco
Pada 5 Februari, 2008, Fouad Mourtada, seorang warganegara Maghribi, telah ditangkap dan didakwa kerana penciptaan profil Facebook Prince Moulay Rachid Maghribi yang dipalsukan.. 


Syria
Kerajaan Syria menjelaskan larangan mereka dengan mendakwa laman web serangan dipromosikan di pihak berkuasa.  Kerajaan juga takut penyusupan Israel melalui rangkaian sosial Syria di Facebook. Facebook juga digunakan oleh rakyat Syria untuk mengkritik kerajaan Syria. Pada bulan Februari 2011, Facebook tidak disekat dari ISP dan laman web masih boleh diakses.


Tajikistan 
Pada bulan November 2012, Tajikistan menyekat akses kepada Facebook sebagai tindak balas kepada komen Hantar dalam talian, yang menyebarkan fitnah kepada Presiden Emomalii Rahmon dan pegawai-pegawai yang lain.


United Kingdom
Di United Kingdom pada 28 April, 2011, sehari sebelum perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton, beberapa page dan group yang bermotifkan politik di Facebook telah dikeluarkan atau digantung daripada laman web sebagai sebahagian daripada tindakan keras di seluruh negara pada aktiviti politik. Kebanyakannya berkenaan dengan pembangkang untuk pemotongan perbelanjaan kerajaan, dan ramai yang meggunakannya untuk menganjurkan demonstrasi protes pelajar di UK.  Penapisan halaman bertepatan dengan satu siri tangkapan awal aktivis terkenal. Di antara tahanan adalah kumpulan teater jalanan yang merancang demonstrasi pemotongan kepala patung dan menentang monarki, ahli-ahlinya termasuk salah seorang profesor berusia 66 tahun dalam antropologi,  dan lima orang berpakaian sebagai zombi yang sedang minum teh di Starbucks pada masa penangkapan itu. 




note : malaysia bila pulak? hehehe.. macam-macam sangat dah yang mengarut kat FB tu :)

Logo Design by FlamingText.com 

kami wanita, bukan lemah cuma sensitif

Logo Design by FlamingText.com 
wanita dan air mata.. memang sudah sinonim

tapi, lemahkah kalau kami kaum wanita ni mengalirkan air mata?

manjakah, kalau kami kaum wanita ni mengalirkan air mata?

salah tanggapan tersebut sebenarnya, kalau cakap wanita ni menangis sebab dia lemah.. sebab kami wanita yang kuatla kami menangis! 

dengan menangis kami akan berasa lebih lega dan TABAH!

ya, memang kami kaum wanita ni sensitif.. sebab itulah hanya kami wanita yang layak menjadi ISTERI dan IBU.. sebab kami punya hati yang sensitif untuk suami dan anak-anak..

sensitif dan lemah, bukanlah perkara yang sama.. jangan disalah ertikan.. menangis itu sensitif, tetapi bukan lemah.. dengan hanya tangisan, wanita mampu membasuh semua luka-luka di hati mereka.. hebat bukan? itulah wanita.. terlalu banyak keistimewaannya :)


  Logo Design by FlamingText.com

customer banyak songeh!

Logo Design by FlamingText.com 
membuka sesebuah perniagaan bukanlah senang.. tak kiralah perniagaan jenis macam mana.. online ke, bukak kedai ke, dropship ke.. masing-masing ada dugaan dan cabaran sendiri..

customer pulak banyak songeh! huh.. sabar.. sabar, takde customer siapalah kita sebagai peniaga.. yang banyak songeh tu lah yang membantu menambahkan sumber pendapatan kita..

anis sendiri, berniaga tudung misi je pun.. tidak terkecuali berhadapan dengan customer yang banyak songehnya, geram memang geram.. tapi kita kena jugak fikir positif dan sabar..cuba bayangkan yang business besar-besar tuh, mesti lagi besar cabaran dan dugaan they all..

cerita terbaru, ada customer anis ni nak tudung.. mula-mula dia nak murah, anis pun bagi lah murah.. lagipun dia nak banyak.. lepas dah comfirm berapa helai anis pun okay lah.. tiba-tiba dia cakap nak tambah lagi..

anis dah cakap awal-awal, kalau nak tambah cakap.. sebab anis nak booking awal-awal untuk restock and pergi ambik kat supplier.. fikir kesian, anis pergilah jugak kat jalan tar cari stock lebih.. dahla supplier sekali cakap ada, bila pergi cakap tak ada pulak.. Ya Allah, masa tu tuhan je tahu.. sakitnya hati..

satu jalan tar anis cari tudung bawal putih nila tu tau, memang takda.. semua house masuk, city one masuk.. memang tak ada stock langsung warna putih nila, yang ada putih biasa je.. anis dah susah hati.. dahla ngan panasnye, orang pulak ramai.. nasib baik anis pergi naik motor je ngan cinta hati.. huhu.. kalau tak, jammed lagi..

ok, so dah takde tu.. anis keluar balik kat jalan tar, anis tanya satu-satu kedai kat situ.. last-last jumpe satu kedai ni, ade lah sehelai dua.. anis pun cakap, "saya nak tudung yang warna camni, bagi saya semua yang ada" budak tu pun cari punya cari, alhamdulillah, cukup jugak sekodi (20 helai).. fuhh, lega rasanya.. 

dah balik tu, anis pun start la jahit riben-riben biru tu kat tudung.. memang nampak cam kacang je, tapi sakit pinggang jugakla.. pastu, riben biru tu kena letak betul-betul.. kalau tak, tak jadi melengkung bila pakai..

dah setel lega la sikit.. sepatutnya anis pos hari selasa, tapi sebabkan busy and tak sempat.. anis pun pos petang semalam, tu pun mintak tolong cinta hati poskan, sebab kat ofis die, die jadi ejen pos.. hehe, senang la sikit..

pastu anis terlupa nak ambik tracking no kat cinta hati anis, so dah customer anis sms anis pun semacam je, tak tahulah die marah ke ape.. mungkin ingat anis tipu die kot.. pos lambat-lambat, pastu tak bagi tracking no tu kat die.. hurmm, anis mintak maaflah banyak-banyak.. 

yang sebelum ni lagi lah, tudung dah ambik, tapi dekat berminggu bila nak collect payment je, macam-macam alasan die bagi.. ala. macamla tudung anis jual tu sehelai sampai beratus cam tudung paridah tu.. 

geram memang geram, tapi adatlah tu.. biarlah orang nak layan kita macam mana pun, yang penting kita jangan layan orang dengan layanan yang teruk.. bukan rugi pun.. :) 
  Logo Design by FlamingText.com

saya yang sombong

Logo Design by FlamingText.com

okay, tolong jangan tegur saya.. saya sangat sombong.. nak tegur jugak? tegurlah.. tapi saya tetap akan sombong!

hurmm, macam ni pun ada ke?

ye, memang ada.. anis lah orangnya.. tapi jangan salah faham, bukannya anis sombong degan bloggers-bloggers semua.. ni ha, kat FB ni.. ada laki mana entah duk hantar chat cakap anis sombong bagai..

masalahnya, anis langsung tak kenal dia kot, tetiba nak cakap sombong..

dahtu? takkan nak buat-buat ramah pulak? sorry la, anis bukan jenis camtu.. tambah-tambah pulak anis ni tunangan orang.. esok lusa nak jadi bini orang dah pun..takkanla nak buat ramah tergedik-gedik duk chat dengan laki lain pulak kan?

so, malas nak panjang-panjang cerita anis block je orang-orang yang macam tu.. bukan apa, takut esok lusa dijadikan fitnah pulak kan? eee.. mintak simpang la.. hehe :)
  Logo Design by FlamingText.com

masa sesuai melepaskan kesedihan

Logo Design by FlamingText.com 
bila hati dah sedih dengan sesuatu perkara, ia akan membuatkan kita rasa ingin menangis.. mungkin tidak semua melepaskan perasaan yang terbuku dengan menangis.. tapi bagi anis sendiri, anis lebih selesa meluahkan perasaan tersebut dengan menangis..

kadang-kadang, perasaan tersebut tidak mampu untuk ditahan.. ada juga yang cuba untuk bertahan, sehingga tiba masa dan keadaan yang sesuai, maka akan dilepaskanlah segala kesedihan beserta tangisan yang sudah tak tertahan tadi..

tapi, ada ke cara dan masa yang sesuai? kalau anis, memang adalah.. dan diantaranya adalah :

lepas solat
bila dah sedih sangat, seakan-akan tiada tempat untuk mengadu.. inilah saat dan masa yang paling sesuai.. lepas solat, lepas berdoa, kita akan rasa sedikit tenang.. tapi, selalunye masa berdoa tu lah kita akan mengadu itu dan ini, tanpa sedar kita akan rasa sebak sendiri.. air mata pun bergenang je.. nak tenang balik, teruskanlah dengan bacaan Al-Quran, memang kita akan rasa lebih lega dan tenang.. this is the best way :)

semasa mandi
bagi anis, ini adalah salah satu masa dan keadaan yang tepat dan sesuai untuk melepaskan segala isi hati yang terpendam dengan menangis sepuas-puasnye.. biar je air mata mandi sekali, tak gitu? secara tak langsung, lepas mandi badan akan terasa lebih segar dan bermaya.. 

semasa nak tidur
yang ni pun antara salah satu masa yang selalu orang-orang perempuan menangis.. masa nak tidurlah kita akan fikir itu dan ini.. bila ingat something yang buat kita rasa sedih, secara tak langsung mulalah emosi tu terganggu, sedar-sedar je air mata dah bergenang.. kalau tidur sorang-sorang takpe.. kalau ngan adik or kakak, takpun kat hostel ada kawan, mulalah menyorokkan muka bawah bantal.. pastu sok-sek duk menangis.. bila nak berhenti? haa, yang sampai tertidur sambil menangis pun ada..

semasa drive
hurmm.. yang ni bunyinye macam sedih dan tragik sangat je kan? sebenarnya tak elok tau kalau menangis time tengah drive, sebab emosi kite sangat-sangat terganggu time tu.. so, kita takkan dapat focus pada jalan dan keadaan sekeliling.. kalau boleh tahan tu, tahanlah.. ini sangat berbahaya..

semasa membuat kerja rumah (membasuh baju)
okay, yang ini dengarnya memang macam lawak sikit.. tapi betul, masa basuh baju (basuh tangan la, basuh mesin tak feel) tu lah kita menangis sambil melepaskan perassan dengan menyental dan memberus baju-baju tu dengan sepenuh hati.. hasilnya pun sangat memuaskan, baju lebih bersih.. especially untuk student yang stay kat hostel tu.. hehehe

beriadah
ini cara melepaskan kesedihan yang sihat, daripada menangis sampai sakitkan kepala sampai migraine, naik kita pergi jogging ke, tanam bunga ke, at least tak adalah kita terlampau ikutkan sangat emosi tu.. tapi, kita orang perempuan ni memang macam tu.. tak boleh dipisahkan dengan air mata.. hehehe



p/s : anis pernah menangis 5jam non stop.. memang macam tak betul rasanya.. tidur pun dengan air mata.. hehehe..
  Logo Design by FlamingText.com

secret garden!

Logo Design by FlamingText.com 
okay.. entry pendek sebelum tidur..

anis skang mood berbunga.. so welcome to my secret garden! hahaha

my blog is my secret garden yang tak berapa nak secret..

okaylah, nite-nite! 
  Logo Design by FlamingText.com

saya sakit : DYSMENORRHEA

Logo Design by FlamingText.com 
okay lovely-lovely and gorgeous-gorgeous reader.. how are you today? is it everything's okay? haha.. poyo pulak kan, nak speaking..

okay, today.. im totally not okay. because of DYSMENORRHEA!

okay, u all tau ke ape itu dysmenorhhea? anis rasa ramai yang tahu.. 

ade yang tak tahu? jangan segan silu, biar anis gitau ape itu dysmenorrhea..penyakit berjangkit ke? wabak terbaru ke? no my dear.. dysmenorhhea adalah period pain.. itu perkataanya dalam medical term..

so lepas ni, guna lah words ni, takmau dah guna period pain, period pain.. especially kalau time tuh, ade lelaki yang berdekatan.. it's sound much better and sopan gitu :)
  Logo Design by FlamingText.com

bunga-bunga cinta!

Logo Design by FlamingText.com 
hye.. anis skang mood 'bunga'.. semuanya nak bunga-bunga..

tengokla header baru anis tu.. lalalala.. hehe

pastu siap ade welcome image.. dah try letak.. tapi macam semak samun la pulak.. bila klik post je mesti pergi kat welcome image ni dulu.. terus buang balik buat macam asal.. takyah welcome-welcome.. hehe

see.. semua bunga-bunga.. dalam hati ada taman lah katakan.. hehehe


  Logo Design by FlamingText.com

kenapa? kenapa tak boleh? :'(

Logo Design by FlamingText.com 
sob-sob.. kenapa tak boleh?

kenapa? 

puas sudah ku cuba.. ku usahakan..

tapi masih tak boleh...

tak boleh nak tukar FONT POST TITLE!! huarghhhhh!!!

jangan kata tuto, tortoise, turtle sume dah cek..

same je.. tapi kenapa tak boleh.. keluar notification panjang berjela macam essay :(

 
  Logo Design by FlamingText.com

cadar pengantin!

Logo Design by FlamingText.com 
okeh..jum kite citer pasal cadar pengantin..

actually pagi tadi anis pergi nilai3.. memang niat nak pergi cari cadar pengantin pun.. keluar dari umah pukul9 pagi.. sampai-sampai tu kedai baru bukak.. orang pun takde lagi.. tu yang syok tu.. kalau tengahari almaklumlah kat nilai.. dahla panas tambah pulak kalau orang ramai kan? adehh, nak pilih-pilih pun tak syok..

sesampai je, terus aim kedai cadar.. dah jumpa yang menarik, terus anis serbu.. hehehe.. masuk tu terus pegang cadar pengantin yang gojes..


haa... yang patern lebih kurang macam ni lah.. yang pasti bukan warna pink.. dah pilih punye pilih..anis pun setuju ambik warna hijau lumut.. 

pastu anis pusing punye pusing kedai tu.. tetiba terfikir.. cadar tu kalau nak buat tidur bukan selesa sangat pun.. dengan renda-renda, ropol-ropol, sulam-sulam.. serius TAK SELESA.. lepas tu perasaan KEDEKUT pun datang.. beratus-ratus beli, takkan motifnya nak buat AMBIK GAMBAR je kan? kalau boleh biarlah yang boleh pakai selalu and selesa.. lagipun anis tak suka cadar PLAIN macam tu..

lama jugakla anis duk pikir-pikir tuh.. pastu tengah anis duk pusing-pusing tu, ternampak la set cadar queen buatan jepun.. cantik.. material 100% cotton.. anis pun try rasa kain dia.. memang lembut and sangat selesa.. tapi, tak meriah cam cadar pengantin la.. ade printed design.. banyak pattern yang sangat-sangat selesa mata memandang, and paling penting selesa tuan badan nak tidur...


lebih kurang cam kat atas nila yang anis ambik tu.. ngeh-ngeh.. tak macam cadar pengantin pun kan? hehe

pikir punya pikir.. last-last anis pun tukar.. biarlah mahal sikit dari yang memule tadi pun, janji selesa tau.. hehehe.. mama anis pun cakap cantik.. die pun ambik satu set untuk bilik die..hehehe.. anis ambik printed design warna light green.. mama anis ambik warna grey corak bunga sakura pink.. nanti boleh tukar-tukar.. pastu, ambik yang murah-murah satu untuk bilik adik anis..

hambik kau, arini shopping cadar je seharian.. hehehe.. okayla.. thats all.. :)
  Logo Design by FlamingText.com

fast and furious 7 on the way!

Logo Design by FlamingText.com
'' Fast & Furious 6'', is awesome! Big clap untuk director fast 6, Justin Lin. I give 4 star out of 5. Not bad maaaa....

Letty still alive, not a ghost..!
brian and mia with their baby boy.. sooo cuteee!!

and, yang penting.. akan ada FAST 7 lepas ni, ngan kemunculan JASON STATHAM! and it will take us back to LA.. (as said by Vin Diesel himself) this time, maybe dengan aksi-aksi ngetop yang lebih awesome gitu!


and.... ade rumours juga cakap... RIHANNA will be in fast 7.. is it true? just wait and see..

kalau yang rase masih blur-blur gitu, or yang tak pernah tengok fast furious yang lepas-lepas, haa... cepat-cepat la refresh or tengok balik.. jangan time tengok fast 6 sibuk nak kacau orang sebelah nak tanya ni sape? tu yang mana pulak? nanti orang kat depan ngan belakang pun rase... Grrrrrrggrrrr!! je ngan korang.. hehe

fast 6 sudah, wait for fast 7 around July 2014 okay! and met up with Jason Statham as Ian Shaw :)

  Logo Design by FlamingText.com

fast 6 selling fast.. im furious!

Logo Design by FlamingText.com 

jenuh nak beli tiket +Mohd Furzani Md Shamsuri oiii.. depan2 sangat takmaula duduk.. sakit leher nanti.. ni yang kul 9.30 punye.. kul 10.45 pun same... sob2.. 


finally! dapat jugak.. 11pm pun bantai je.. janji pat tengok.. hahaha.. dahla minggu ni oncall.. masakla nak bangun pepagi bute esok!

  Logo Design by FlamingText.com

98%

Logo Design by FlamingText.com 
yeay! rasenye dah 98%..

98% blog anis yang sudah di renovate.. okayla kot.. hehe


  Logo Design by FlamingText.com

currently under renovation

Logo Design by FlamingText.com 
okay, banyak lagi yang perlu ditukar.. ini setakat semalam..

slowla sikit, sebab tak reti sangat nak ngedit2..huhu

especially tang header..sob2 :(

  Logo Design by FlamingText.com

projec DIY: jubah, tudung and veil nikah

Logo Design by FlamingText.com 
okay, finally siap jugak.. berkurun rasanya ambik masa untuk anis siapkan decoration kat jubah, tudung and veil untuk nikah.. 

layankan pic je la ye, tapi ni semua masa in progress.. nak tengok yang fully complete, tgu la anis nikah nanti.. nanti basi pulak.. hahaha.. poyo amat

tudungnya

jubahnya (beli putih kosong je, so kena work hard la nak tambah apa yang patut..huhuhu)

tambah and tempek mana patut

proses buat bunge yang dah nampak macam tempeyek.. haha

jenuh kau, nak jahit sekor-sekor.. patutla kalau upah orang buat mahal giler

ni niqab, usaha gunting sendiri.. lepas gunting tgok sekali cam spender gergasi pun ada.. haha.. ni pun belum buat apa-apa lagi.. 

konon-konon halfmoon la ni, nak buat shawl.. ni pun gunting sendiri.. senget benget.. tapi nasib baik lepas dah jahit tepi ilang senget benget yang cam dalam pic tu.. hahaha... memang anis ni tukang gunting and jahit tak bertauliah.. sume sesedap rasa je..

okayla, nanti anis upload full attire untuk nikah yang dah siap ni.. lepas nikah nanti okay.. bakal suami pun lum tengok lagi tau.. biarla bakal suami i tengok dulu.. hehehe.. gediks!


  Logo Design by FlamingText.com