Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

adakah ini dendam?

Logo Design by FlamingText.com
adakah perasaan ini DENDAM? sudah 2 minggu berlalu... kejadian itu... kejadian apa? oh, biarlah rahsia. yang pasti ini bukan isu pru13, apatah lagi isu perkauman.

bila diingatkan kembali, sentapnya masih terasa. sakitnya masih pedih. maafkan sudah. lupakan pun sudah. kadang bila ada isu yang berkaitan kejadian itu, secara tak sengaja buat minda ni teringat balik. tiap-tiap patah perkataan bagaikan belati yang merobek hati. cewah! sastera gitu ayatnya...

beralah sudah, mohon maaf sudah. tapi tiada jawapan. yang tak bersalah pada asalnya buat diri rasa bersalah.

adakah ini DENDAM? adakah mohon maaf itu tak ikhlas? puas difikir, puas di kaji selidik. tak mengapa, maaf sudah dipinta.. jika enggan dimaafkan, apa boleh dibuat. bukan boleh dipaksa. berdoa lah yang termampu, untuk melembutkan hatinya dan juga hati ini yang lama kelamaan seakan menyimpan DENDAM.

ya ALLAH, lindungilah hatiku dari perasaan dendam itu. lembutkanlah hatinya dan juga hatiku. amin.

  Logo Design by FlamingText.com

3 comments:

Normi Nieza said... reply to comment

apakah itu anis??huhu

Mimie Najib said... reply to comment

kejadian apakah itu? :)

kalau kita dah mohon maaf, tapi dia tidak memaafkan, tu bukan salah kita.. sekurang2nya kita dah rendahkan diri kita untuk meminta maaf.. insyaAllah, jika kita sulamkan bersama doa, Allah akan melembutkan hatinya.. :)

Ainim Suju said... reply to comment

Anis, sangat elok bila kita mampu maafkan org yg menyakiti kita dan memang perit bila andai itu bukanlah salah kita. Bila hati benar ikhlas memaafkan, Allah akan terbitkan rasa tenang dalam jiwa. :)