Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

happy may day!

Logo Design by FlamingText.com
waaa.. comels semua, syoknya dapat cuti hari ni kan?

hurm, comels semua ni tau tak macam mana kita semua boleh dapat cuti pada 1 mei ni? tak tau? haaa, meh sini anis gitau 


Hari Pekerja @ May Day

sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan atau swasta sedia maklum bahawa hari tersebut merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak di seluruh dunia. Hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

  • tercetus di Australia pada tahun 1856
  • salah satu cara menuntut hak bekerja lapan jam sehari dimana mereka dipaksa untuk bekerja sebanyak 15 jam sehari!
  • pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi 
  • Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. 
  • Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. 
  • pada 1 Mei 1886  lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan mengadakan demonstrasi menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari. 
  • demonstrasi tunjuk perasaan ini berlangsung selama 2 hari
  • pihak polis telah diarahkan untuk mematahkan protes para pekerja. 4 orang mati dan puluhan yang lain cedera kerana ditembak oleh pihak polis
  • mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. 
  • 1 Mei turut polpular dengan panggilan May Day!
  • Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. 



okaylah my dear, itulah sedikit sebanyak tentang sejarah hari pekerja.. selamat bercuti! :)


  Logo Design by FlamingText.com

No comments: