Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

melayu vs melayu! sampai bila?

Logo Design by FlamingText.com
masib belum habis dengan isu PRU13 ni kan? kat FB masih panas dan macam-macam isu perkauman yang diketengahkan. sebenarnya, bukan kita or diri sendiri ni terlalu mengikut perkauman, niat dihati cuma ingin membela dan membuka mata kita sesama melayu. itu je. tapi, sedih bila ada pihak yang cakap, kalau dia dengar sesiapa yang cakap soal melayu kena bersatu, mereka itu adalah NAZI. so? aku ni kire NAZI la? siapa hamba Allah tu? yang senang-senang nak bagi title kat orang lain? 



disini, bukan nak salahkan bangsa CINA pun. TIDAK. disini, cuma sesal dan terkilan, bila melihatkan sesama melayu saling menjatuhkan sesama sendiri. disebabkan PRU13 kali ni, ramai sesama melayu islam kita bergaduh dan bertikam lidah. paling teruk sampai menumpahkan darah. mesti kamu tahu dengan isu berdarah di ipoh kan? siapa mereka? tak kisahlah parti apa, bukan itu yang dipersoalkan. tapi, mereka-mereka itu adalah MELAYU. ya, MELAYU ISLAMKU. bangga kah? tunjuk samseng? pukul sana sini? kat FB caci maki sana sini? sampai kawan-kawan sendiri di unblock dan di unfriend? 


betul ke? kalau betul pun mereke sepakat! kita melayu? hurmmm
kalau melayu bersatu, rasanya PAS boleh berdiri sendiri tanpa PKR & DAP. kebanyakkan CINA dah bangkit and bersatu, sebab tu DAP menang banyak. kan? maafkan saya jika silap -_-'

kenapa CINA maju? sebab mereka bersatu dan sepakat. MELAYU? haaa... tercorot dibelakang. seingat diri ni, dari zaman sekolah lagi, kalau dalam kelas tu memang pelajar CINA yang selalu penuhkan list top 5. kelas-kelas sians stream pun ramai CINA rasanya. MELAYU? ke mana? mana tak nya, yang lelaki sibuk merempit sana sini, yang perempuan sibuk tergedik sana-sini. tak pernah pulak tengok PEMUDA CINA ni MEREMPIT. sebab apa? sebab, mereka sedar mereka hidup menumpang, jadi mereka ingin ubah nasib mereka, supaya maju ke depan. MELAYU? melayu kita sudah lupa, dan terasa sangat selesa dengan kemudahan yang disediakan. habis-habis, melayu kita jugak yang syok meragut sana sini? kan? rogol sana sini, kan? ganja and gam? siapa? melayu jugak. serba boleh melayu kita ni. hebat!

gambar hiasan : bila melayu vs melayu -_-'

bukan nak aibkan bangsa melayu sendiri. tapi, realiti inilah yang kita kaum melayu tak pernah nak sedar. dari dulu sampai sekarang. bila PRU, soal parti politik yang disalahkan. tengok Kelantan, memang dia kurang maju (anis sendiri anak kelahiran kelantan okeh!) tapi, melayu kat kelantan semuanya bersatu. ekonomi pun melayu yang pegang. tapi, ikut logik memangla semua melayu pegang, dah peratusan penduduk kelantan pun majoritinya orang melayu kan? hehehe. abaikan yang itu, yang penting mereka sepakat. bulan penuh ke, bulan separuh ke, dacing ke. bukan itu yang dipersoalkan sekarang. parti politik kita letak tepi.

kalau gabung pun okay :)

tapi, sekarang ni kecoh juga dengan isu GABUNG, UMNO + PAS.. ramai yang setuju, anis pun okay je. kalau itu demi agama dan bangsa, tak salah kita buang ego dan sifat dendan dan dengki yang bersarang di lubuk hati tu. tapi, kalau tak setuju pun, tak pelah. tiada paksaan. biarlah melayu sama melayu tak bergaduh dan bertelagah lagi. itu pun dah cukup. kan? 


“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah 
kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan 
(semasa Jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu  dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara…” (Surah Ali ‘Imran, ayat: 103)

tak bersatu pun xpa, janji jangan gaduh
“Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelengkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.(Surah Al Hujurat, ayat: 10)Ayat ini, menegaskan bahawa nilai keimanan itu menjadi inti pati dan umpama nyawa dalam persaudaraan umat Islam. Tanpanya akan hilang ukhuwah, malahan akan matilah hakikat ukhuwah atau persaudaraan dan perpaduan ummah.
Dengan demikian, umat Islam tidak mungkin boleh bersatupadu atas nama bangsa, kebendaan, taraf pangkat atau kedudukan status. Hinggakan Rasulullah SAW juga mengumpamakan umat Islam seperti sebuah bangunan yang kukuh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang mukmin itu bagi mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, yang mengukuhkan akan sebahagian ke atas bahagian lain”. (HR Bukhari)


lagi satu, bukan suruh boikot kedai CINA. mana boleh buat macam tu, habislah ekonomi malaysia kita. dah nama pun hidup satu malaysia. sama-sama bangsa perlu bersatu untuk keteguhan malaysia. tapi, kalau melayu sesama melayu pun taknak bersatu? alahai, macam mana nak bersatu dengan CINA dan INDIA? kalau nasib melayu pun taknak dipertahankan, macam mana nak pertahankan nasib MALAYSIA? 


“Wahai umat manusia! Sesungguhnnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan 
perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu 
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujurat, ayat: 13)

tak tahulah betul ke tak apa yang anis merepek ni, ini cuma apa yang fikir and rasa. sememangnya anis sangat-sangat and masih mentah. tapi, anis tak suka tengok kita sama-sama melayu berbalah. kalau ada yang salah dan silap, sudi-sudilah tegur. bukan makian atau hinaan. niat dihati cuma inginkan melayu kita teguh bersama. itu je.




lastly: saya BUKAN PRO BN ataupun PRO PR. ketepikan isu parti politik. think +ve. saya lebih sayangkan bangsa saya sendiri. TQ


Logo Design by FlamingText.com

3 comments:

Farah Waheda Wahid said... reply to comment

issue ni adalah neverending story dear... hu hu hu...

anis suryanie said... reply to comment

itulah, selagi melayu kita ni masing-masing nak tunjuk hebat..huhuhu

Normi Nieza said... reply to comment

Klu pas tak join PKR ramai yg undi dia..tp dah dia nak join PKR...harap maklumlah..huhu