Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

tolong orang @ tolong diri sendiri?

Logo Design by FlamingText.com 

tolong menolong merupakan satu amalan yang sangat mulia.. malah dalam Islam pun adalah dituntut untuk tolong menolong sesama kita tanpa mengira umur, bangsa ataupun agama.


Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya:

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)..."

tapi, tolong menolong yang macam mana? tolong menolong dengan niat untuk kebaikan bersama.. bukan tolong menipu, tolong rasuah dan segala jenis tolong yang menambahkan dosa..


isu tolong menolong bukanlah isu utama anis hari ini.. sebenarnya anis cuma mahu berkongsi pendapat dan buah fikiran anis sendiri berkaitan isu tolong menolong ni..


kadang-kadang, kita ikhlas bila memberi pertolongan.. sampai melakukan pengorbanan demi menolong orang lain.. tapi, setelah diberi pertolongan.. kita pula yang disusahkan..  ibarat "melepaskan anjing yang tersepit"


kita manusia ni ada tahap kemampuan masing-masing.. selagi kita mampu menolong kita akan terus menolong.. tapi bila kita benar-benar sudah tak mampu nak tolong macam mana? tolong dengan hanya berdoa sajalah.. tapi, orang yang meminta pertolongan tadi faham ke? yang kita sudah sampai limit dan benar-benar dalam kesusahan?


kalau kawan-kawan sendiri, mereka akan cakap "alah, kawan macam ni lah... bila minta tolong ada je alasan" sedih kan? sedangkan dulu-dulu time kita tolong tu, tak pernah pula dia nampak.. sedangkan kita sendiri time tu pun dalam kesempitan.. tapi dikorbankan juga.. sebab masih mampu berfikir.. dia lebih susah dan memerlukan pertolongan.. kita mengalah..


prinsip anis sendiri, anis akan cuba buat sedaya upaya anis sendiri, kalau benar-benar buntu dan memang tak kan ada jalan penyelesaian.. barulah anis akan minta pertolongan seseorang :)
  Logo Design by FlamingText.com

4 comments:

Mimie Najib said... reply to comment

betul tu anis. tolong sdaya yang mampu je..

Hafiza AizZawa said... reply to comment

tolong tanpa mengharapkan balasan itu yg terbaek...

anis suryanie said... reply to comment

@Mimie Najib tapi orang Nampak kita macam always mampu je.. huhuhu.. tu yang susah tu..

anis suryanie said... reply to comment

@Hafiza AizZawa jangan kata harapkan balasan, harapkan ucapan terima kasih pun dah ternyata sangat yang kita tolong tak ikhlas.. tapi tak kesahla, bukan harapkan balasan.. cuma harapkan orang faham, bila kita tak mampu beri pertolongan janganlah mengata di belakanag.. huhuhu