Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

SAVE MY DATE PLEASE!

Logo Design by FlamingText.com 
hye all comels!

anis nak jemput you all semua datang MAJLIS RESEPSI anis tau..
harus datang!! hehehe

anis still b2b walaupun dah sah jadi bini orang 15 june yang lepas.. hehehe

  
ini map nya tau.. 
DATANG TAU! HARUS :) hehehe

Logo Design by FlamingText.com

bye2 RAMADHAN, hye2 SYAWAL

Logo Design by FlamingText.com 
salam aidilfitri kawan-kawan! pertama sekali anis ingin menyusun 10 jari anis memohon maaf kepada semua kawan-kawan blogger anis, kalau selama kita saling berbalas comment ada yang terasa hati ataupun kadang sentap dengan beberapa entry anis yang mungkin ada terselit beberapa baris ayat ataupun beberapa patah perkataan yang tidak menyenangkan kawan-kawan.. 

ataupun, ada yang jauh hati sebab anis dah agak lama tak menjenguk dan tinggalkan seulas dua comment di entry kawan-kawan.. huhuhu

harini, anis still bekerja seperti biasa.. 7.30am - 4.30am.. apa yang best pergi kerja harini jalan sangatlah lengang, tak sampai 15minit pun dari kinrara ke hospital rehab cheras tempat anis kerja.. 

anis petang japgi lepas balik kerja baru anis dan suami akan gerak balik penang (family MIL).. esok petang (1st day raya) anis akan gerak balik kedah pulak (family late FIL).. lepastu pagi raya ke-3 baru anis akan gerak balik ke kelantan (family mama anis).. then hari raya ke-6 anis akan balik KL semula.. pagi-pagi lagi nak kena gerak dah sebab anis nak singgah kenduri kahwin rumah kawan anis kat terengganu, and then maybe singgah kejap kat Felda Jerangau, Terengganu.. jenguk nenek anis (family papa anis).. lepastu directlah we all balik KL.. 

huhuhu... jauh perjalanan tu.. hopefully perjalanan kami berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi..

lastly anis ucapkan, selamat menyambut hari raya aidilfitri :)


  Logo Design by FlamingText.com

baby saya!

Logo Design by FlamingText.com
alkisahnya bermula beberapa tahun yang lepas.. keinginan anis untuk memilikinya.. masa tu anis still student.. dalam tahun 2009 tak silap anis.. sangat teringin, tapi apakan daya.. tidak berkemampuan.. hasrat dan keinginan pun anis pendamkan je lahh..

so.. beberapa tahun lepas tu, (2011) anis pun dah qualified..dah start kerja.. keinginan yang dah lama anis pendam and seakan lupakan tu, datang balik.. lagi geram and mebuak-buak keinginan tu bila tengok kawan-kawan pun dah ada.. haish tak boleh jadi.. tapi disebabkan faktor-faktor tertentu anis still tangguhkan je dulu..

so, beberapa hari yang lalu, tiba-tiba keinginan anis tu datang balik.. spontan, anis suarakan keinginan anis tu kat suami anis.. reaksi dia biasa je, tak terkejut pun.. senyum panjang je.. hehehee, macam ade can je ni.. so, malam tu jugak........ anis ngan suami berusaha dapatkan ape yang anis inginkan tu..

chop~chop! you all mesti fikir anis ni gatal kan? sebab cerita menda-menda macam ni? hehehe

okay, malas nak cerita details lagi bulan-bulan puasa ni.. nanti kelaut otak dan fikiran you all ni.. yang penting anis dah ada baby yang sangat-sangat TOMEY, dan itulah nama yang anis bagi.. T.O.M.E.Y!

ekspress kan? dapat baby? nak tengok tak pic baby anis ni? silakan :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
tomey dibuai mimpi indah

tomey dalam sleeping pouch

dalam poket baju tidur anis.. hehehe





itulah baby tomey anis..si suggie @ sugar glider.. hehehehe :)


Logo Design by FlamingText.com

last weekend berpuasa, iftar di Yankies Hut

Logo Design by FlamingText.com 
okay memandangkan sabtu lepas merupakan minggu terakhir puasa sebelum raya, anis dan encik suami rancang nak berbuka puasa kat luar je ngan family anis.. 

mula-mula, anis ngan suami ingatkan nak berbuka kat De'Palma Cafe, kat SACC Mall.. sebab anis teringin nak makan nasi dagang die yang sangat-sangat 'daebak' tu.. so, pukul 1.30pm, encik suami pun call la nak buat reservation.. tapi malangnya, FULL HOUSE.. sangat terkejut la jugak.. 

mula la anis ngan encik suami fikir-fikirkan.. kat mana lagi yang sesuai nak berbuka with family.. tiba-tiba encik suami bagi cadangan.. katanya kalau pergi area Bangi pun banyak jugak kedai makan.. anis okay je mana-mana, sebab anis memang tak berapa tahu kedai-kedai makan area KL and Selangor... lainla suami anis, memang orang KL.. huhu.. 

we all hati kering je, just walk in.. malas nak call.. dalam pukul 5, we all pergi kat Village View Reaturant.. kedai dia okayla not bad.. sangat selesa.. surrounding dia pun romantik je.. tapi, biasalah kalau walk in memang FULL HOUSE la kan? dahla owner restaurant tu sangat sombong.. amboi cik akak, mentang-mentang fully booked sombong nahh.. takpe-takpe.. huhuhu

so.. we all try pergi jenguk kat Teratak Ikan Bakar Yankies Hut.. dekat je dengan Village View tadi tu.. masa sampai kat depan kedai makan tu, memang tak nampak macam rupa restoran pun.. macam perumahan kampung yang ada pondok-pondok kecil.. ala-ala chalet kat tepi pantai pun ye jugak.. anis suka, sebab unik :)

nasib baik ada rezeki kami.. terus booking and bayar deposit RM50.00.. dah order lauk pauk bagai anis dan suami pun pergi ronda-ronda kat bazar ramadhan dulu.. dalam pukul 7 we all gerak pergi Yankies Hut tu.. view die sangat-sangat unik bila dah nak malam, lampu-lampu die pasang.. cantik sangat! (sampai terlupa nak snap pic..hehehe) tak sabar nak makan ni.. hehehe.. tak lama lepas tu, family anis pulak yang sampai..

mama anis pun suka ngan restoran ni, kalau anis datang book awal sikit.. mungkin kami dapat duduk kat "HUT", kat atas tu boleh bersila, ada meja jepun.. tapi kami lambat.. so dapat meja and kerusi yang cam biasa je.. takpela, janji boleh berbuka.. next time datang lagi makan kat atas HUT tu pulak.. hehehe, harga pun reasonabale.. untuk 6 orang makan kami cuma habis dalam rm80.00 je! sangat murah kan?

ikan siakap bakar berempah

kailan ikan masin, daging masak merah, tomyam kung campur (sotong celop tepung lambat sket sampai..hehehe)

jauh termenung mama anis ni.. hehehe

my mama and papa

adik bongsu anis, Auni

adik laki anis, Amy

anis yang bam~bam with encik suami, +Mohd Furzani Md Shamsuri 

ini je yang ter'snap.. hehehe

  Logo Design by FlamingText.com

periuk raya!

Logo Design by FlamingText.com 
hyeee..... weee lame sungguh tak update blog ni.. sejak 2 menjak jadi bini orang and berniaga online kecil-kecilan ni.. trehad sungguh masa nak update blog.. hehehehe

okay, baju raya dah beli belum? sibuk pulak nak beli periuk raya kan? hehehehe.. nak tengok tak rupe periuk raya anis ni? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v









haaa... nilah rupe periuk raya anis tu.. rm 1155.00 kau... 

memang rasa agak membazir jugak, tapi bila fikir-fikir balik, bagus untuk kegunaan harian jugak kan? lagipun ini bukan sebarang periuk.. non stick semestinya.. pastu tayah pakai dapur gas dah.. pakai elektrik je.. nak kukus boleh, panggang boleh, goreng boleh, buat kuih boleh.. syok kan?

anis ni bukan senang nak terpikat ngan menda-menda macam ni tau.. tapi, sejak 2 menjak dah berumah tangga ni, rasa macam satu keperluan pulak.. hehehe.. betul tak?

hehehe, okayla comels daaa... til then.. salam aidilfitri :)

  Logo Design by FlamingText.com