Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

bye2 RAMADHAN, hye2 SYAWAL

Logo Design by FlamingText.com 
salam aidilfitri kawan-kawan! pertama sekali anis ingin menyusun 10 jari anis memohon maaf kepada semua kawan-kawan blogger anis, kalau selama kita saling berbalas comment ada yang terasa hati ataupun kadang sentap dengan beberapa entry anis yang mungkin ada terselit beberapa baris ayat ataupun beberapa patah perkataan yang tidak menyenangkan kawan-kawan.. 

ataupun, ada yang jauh hati sebab anis dah agak lama tak menjenguk dan tinggalkan seulas dua comment di entry kawan-kawan.. huhuhu

harini, anis still bekerja seperti biasa.. 7.30am - 4.30am.. apa yang best pergi kerja harini jalan sangatlah lengang, tak sampai 15minit pun dari kinrara ke hospital rehab cheras tempat anis kerja.. 

anis petang japgi lepas balik kerja baru anis dan suami akan gerak balik penang (family MIL).. esok petang (1st day raya) anis akan gerak balik kedah pulak (family late FIL).. lepastu pagi raya ke-3 baru anis akan gerak balik ke kelantan (family mama anis).. then hari raya ke-6 anis akan balik KL semula.. pagi-pagi lagi nak kena gerak dah sebab anis nak singgah kenduri kahwin rumah kawan anis kat terengganu, and then maybe singgah kejap kat Felda Jerangau, Terengganu.. jenguk nenek anis (family papa anis).. lepastu directlah we all balik KL.. 

huhuhu... jauh perjalanan tu.. hopefully perjalanan kami berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi..

lastly anis ucapkan, selamat menyambut hari raya aidilfitri :)


  Logo Design by FlamingText.com

2 comments:

sarahhernyzar said... reply to comment

Selamat hari raya aidilfitri dear.. Maaf zahir batin..

Sya Mimie said... reply to comment

selamat hari raya anis..
jauh berjalan raya..