Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

last weekend berpuasa, iftar di Yankies Hut

Logo Design by FlamingText.com 
okay memandangkan sabtu lepas merupakan minggu terakhir puasa sebelum raya, anis dan encik suami rancang nak berbuka puasa kat luar je ngan family anis.. 

mula-mula, anis ngan suami ingatkan nak berbuka kat De'Palma Cafe, kat SACC Mall.. sebab anis teringin nak makan nasi dagang die yang sangat-sangat 'daebak' tu.. so, pukul 1.30pm, encik suami pun call la nak buat reservation.. tapi malangnya, FULL HOUSE.. sangat terkejut la jugak.. 

mula la anis ngan encik suami fikir-fikirkan.. kat mana lagi yang sesuai nak berbuka with family.. tiba-tiba encik suami bagi cadangan.. katanya kalau pergi area Bangi pun banyak jugak kedai makan.. anis okay je mana-mana, sebab anis memang tak berapa tahu kedai-kedai makan area KL and Selangor... lainla suami anis, memang orang KL.. huhu.. 

we all hati kering je, just walk in.. malas nak call.. dalam pukul 5, we all pergi kat Village View Reaturant.. kedai dia okayla not bad.. sangat selesa.. surrounding dia pun romantik je.. tapi, biasalah kalau walk in memang FULL HOUSE la kan? dahla owner restaurant tu sangat sombong.. amboi cik akak, mentang-mentang fully booked sombong nahh.. takpe-takpe.. huhuhu

so.. we all try pergi jenguk kat Teratak Ikan Bakar Yankies Hut.. dekat je dengan Village View tadi tu.. masa sampai kat depan kedai makan tu, memang tak nampak macam rupa restoran pun.. macam perumahan kampung yang ada pondok-pondok kecil.. ala-ala chalet kat tepi pantai pun ye jugak.. anis suka, sebab unik :)

nasib baik ada rezeki kami.. terus booking and bayar deposit RM50.00.. dah order lauk pauk bagai anis dan suami pun pergi ronda-ronda kat bazar ramadhan dulu.. dalam pukul 7 we all gerak pergi Yankies Hut tu.. view die sangat-sangat unik bila dah nak malam, lampu-lampu die pasang.. cantik sangat! (sampai terlupa nak snap pic..hehehe) tak sabar nak makan ni.. hehehe.. tak lama lepas tu, family anis pulak yang sampai..

mama anis pun suka ngan restoran ni, kalau anis datang book awal sikit.. mungkin kami dapat duduk kat "HUT", kat atas tu boleh bersila, ada meja jepun.. tapi kami lambat.. so dapat meja and kerusi yang cam biasa je.. takpela, janji boleh berbuka.. next time datang lagi makan kat atas HUT tu pulak.. hehehe, harga pun reasonabale.. untuk 6 orang makan kami cuma habis dalam rm80.00 je! sangat murah kan?

ikan siakap bakar berempah

kailan ikan masin, daging masak merah, tomyam kung campur (sotong celop tepung lambat sket sampai..hehehe)

jauh termenung mama anis ni.. hehehe

my mama and papa

adik bongsu anis, Auni

adik laki anis, Amy

anis yang bam~bam with encik suami, +Mohd Furzani Md Shamsuri 

ini je yang ter'snap.. hehehe

  Logo Design by FlamingText.com

1 comment:

Farah Waheda Wahid said... reply to comment

tempatnya memang menariklah anis, suka kakak tengok, ni yang terasa nak pergi juga ni...he he he...