Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

m2b : 1st check up!

Logo Design by FlamingText.com
masa 5weeks preggy.. rasanya masih terlalu awal kalau nak booking.. so anis pun tunggu til my pregnancy was about 7weeks..
 
at 1st, anis sendiri confuse.. tak tau nak booking kat gov (KKIA) or private je.. walaupun anis ni nurse gov.. tapi anis sebenarnya sangat-sangat malas nak menunggu kat KKIA tu.. dah la lambat.. kan? ramai pulak tu.. so rasa macam tak kuasa pulak..
 
so lepas anis dah discuss ngan en suami.. dia cakap check up kat private je lah.. anytime boleh pergi.. yang penting dia boleh ikut sama.. lepastu boleh claim ngan company dia nanti.. sebab nak pergi check up kat en suami punya panel jauh sangat dari rumah..
 
so.. 1st chec-up baby.. ngam-ngam 7 weeks.. anis pergi private klnik kat Bandar Sri permaisuri Cheras je.. Klnik Putrijaya.. doc perempuan melayu kita.. and memang dia specialise in gynae & obs.. masa 1st check up tu siap scan lagi.. tapi belum Nampak baby punya heartbeat.. just nampak sac dia je :(
 
doc tu cakap don't worry.. normal je tu.. ade sesetengah mummy 9 weeks or 10 weeks baru Nampak clear heartbeat.. fuhhh.. lega.. anis ingatkan sebab anis gemok or banyak lemak sebab tu xnampak.. doc tu gelak je kat anis.. hehehe
 
so anis punya TCA another one month.. tapi next week or next two week nak datang scan saja pun boleh.. scan 2d je lah.. kat situ takde 3d or 4d.. so total consultation and scan/ultrasound was only rm48.. murah dah tu kan? ke ada yang murah lagi? hehehe
 
Logo Design by FlamingText.com

m2b : food cravings_nasi ayam lemon!

Logo Design by FlamingText.com
masam-masam manis! urmmm sedap sekali.. itulah yang ada dalam kepala anis ni bila teringatkan penangan Nasi Ayam Lemon!
 
actually dari sebelum kahwin lagi anis teringin nak makan Nasi Ayam Lemon.. tapi en. suami malas nak melayan sangat kerenah anis masa tu.. sekarang ni dah preggy nak taknak terpaksa la jugak dia ikotkan hajat dan keinginan mak buyong ni.. hehehe
 
so semalam, lepas en.suami balik kerja.. we all pun siap-siap nak pergi seksyen 18 shah alam.. destinasi yang dituju ialah Pak Li Kopitiam.. katanya Nasi Ayam Lemon dia DAEBAK! so.. jom kita terjah! hehehehe
 
jammed tak payah cakaplah kau.. dari cheras nak ke shah alam via federal tuhh.. nak rasa macam give-up pun ada.. kesian kat en.suami pun ye jugak.. nyet..nyet..nyet bawak kereta, laju lagi siput rasanya.. huhuhu.. dalam 9.30pm tibalah kami ke destinasi yang dituju..
 
dah sampai tu memang tak panjang cerita la.. grab menu dan terus jer order..nasi ayam lemon with strawberry ice blended while en suami just order nasi goreng kampong with soda gembira.. gembira? masa tu anis agak macam bandung soda tu.. rupanya memang betul! tapi sedap bangat soda gembira tu.. kalau anis tau anis order yang tu jugak.. memang sangat gembira kau.. hehehehe
 
 
urmmm! yummy bukan? rasa dia pon okay lah.. anis yang alah nasi ni pun boleh makan.. (walaupun setengah je luaknya..hehehe) so dari 5 bintang anis bagi 3 bintang! hehehe
 
makan kat sini pun sangat-sangat affordable and make sense.. kami siap tapau lagi untuk late night nanti.. semua total 30++ je tau.. cuba makan kat ayam penyet api-api tu.. dahla tak sedap.. mencekik pulak tu.. agagaga
 
okaylah.. itu jer ceritanya.. hehe :p

 
Logo Design by FlamingText.com

m2b : mulut makcik-makcik

Logo Design by FlamingText.com
kalau anis cakap mulu makcik-makcik.. apa yang u alls semua bayangkan? makcik kepoh sebelah rumah? makcik celupar bak murai hujung kampong? hehehehe... mesti yang -ve aje kan?
 
ceritanya macamni..
 
last Saturday.. anis pergi majlis doa selamat makcik belah en.suami anis.. sepupu en.suami nak sunat minggu ni.. so macam biasa lah kalau dah makan-makan macamtu memang ramai lah orang yang akan attend kan?
 
dah lepas siap makan-makan and siap muntah (satu kepastian!) anis pun lepak-lepakla depan rumah.. lepastu kat situ kebetulan ada sorang makcik ni tengah sembang-sembang dengam MIL anis.. lepastu dia Tanya la MIL anis..
 
 
"eh, ni menantu yang nikah haritu kan?"
 
"a'ah.. yang nilah.."
 
"dah ada isi ke belom?"
 
"ehh.. dah ada dahh.. tu Nampak lesu tu, asyik muntah-muntah je"
 
"lambat jugak lekat ye.. nikah bulan 6 lagi kan?"
 
"diorang tu ikotkan nak hold setahu dulu, tapi rezeki tu awal"
 
 
 
haihhh meluat pulak aku dengar.. terus masuk dalam.. nasib baik MIL pandai cover..
 
makcik-makcik memang macam tu.. ada isi awal kecoh, lambat ada isi kecoh, kalau tak ada isi lagi la kecoh.. pape entahh.. huhuhu
Logo Design by FlamingText.com

m2b : food cravings_chicken chop!

Logo Design by FlamingText.com
like father like.... son? daughter?
 
itulah apa yang anis boleh cakap.. bila anis teringin sangat nak makan chicken chop.. padahal anis ni bukan jenis suka makan western-western ni.. tak pandai.. hehehe.. kalau makan pun gitu-gitu je.. sebab anis lebih kepada selere kampong... well KELANTANESE lah katakan.. of course la budu and ulam-ulaman jadi pilihan utama..
 
tapi sayangnya sejak preggy ni, anis langsung dah tak boleh nak telan semua tu.. kalau teringin pun yang merepek je..
 
nak diajikan cerita, last Friday anis dah teringin sangat nak makan chicken chop yang kat Chop N Steak Sri Serdang tu.. (haa.. nasib baik kat chop n steak situ je... kalau craving steak kat tgi camno? mampuih laki den nak melayan.. agagagaga).. anis punya excited tunggu en suami balik kerja nak ajak dia pergi makan.. dahla malam tu en.suami ada futsal pukul 9 malam kat subang sports planet..
 
setibanya en.suami ke rumah, anis terus je cakap nak makan chicken chop kat serdang tu.. en.suami senyum panjang je.. masa tu dah jam 7ptg.. cepat-cepat dia mandi.. lepas je solat maghrib terus pergi serdang!
 
 
 
sesampainya kat kedai tu, nasib baiklah orang tak berapa ramai lagi.. selalunya full house jugakla.. nasib baik orang kata.. hehehe.. so, tanpa fikir panjang.. anis order chicken chop and jus tembikai je.. (memula nak minum air suam je kononnya.. en.suami order jus tembikai cam sodap pulak..hahaha)
 
 
 
1st time anis makan chicken chop habis dan licin! hahahaha.. sebelum ni tak pernah habis kau.. sebab kurang gemar kan.. huhu.. tulah penangan anak.. selera mat saleh kau.. sama macam daddy die la tu.. hehehe 
Logo Design by FlamingText.com

m2b : oh noo! it's morning sickness

Logo Design by FlamingText.com
morning sickness!
 
anis rasa semua orang tahu apa itu morning sickness (nausea and vomiting).. ia adalah perkara normal yang terjadi kepada ibu-ibu hamil pada trimester pertama (1-3month).. dan selalunya hanya terjadi pada waktu pagi (tapi selalunya akan berlanjutan ke tengahari,petang ataupun malam) sesetengah ibu hamil akan mengalami morning sickness sehingga trimester kedua (4-6 month).. jarang-jarang yang berlanjutan sehingga ke trimester ke tiga (7-9month)..
 
morning sickness terbahagi kepada mild, moderate and severe.. kalau dah severe (vomitting more than 25times a day) itu dah dipanggil HYPEREMESIS GRAVIDARUM.. kami nurses panggil hyprem je,, senang nak disingkatkan.. kalau dah hyprem ibu-ibu memang selalunya akan di warded.. sebab for sure dah dehydrated.. not good for mom and babies!
 
anis pun tak terlepas dari morning sickness.. masa 5-6 weeks anis cuma vomit tak lebih dari 10x sehari.. tapi start masuk 6-7 weeks anis dah mula vomit lebih dari 10x sehari.. kalau masa 5weeks anis still boleh masuk dapur masak-masak, sekarang tengok kuali yang belum dibasuh pun anis dah muntah.. kesimpulannya anis dah totally tak boleh nak masak-masak lagi.. sian en.suami..
 
kalau bab makan.. anis memang tak boleh makan nasi.. bukannya tak boleh makan langsung, cuma 10-30minit lepas makan, segala apa yang anis telan akan selamat dikeluarkan balik.. tapi sebab lapar, kadang-kadang anis makan jugakla, walaupun dah tahu peritnya yang menanti lepastu.. huhuhu
 
nasib baik en.suami memahami.. kadang-kadang dia lah yang masuk dapur masak.. tu pun anis tak boleh bau kalau dia tengah masak.. balik rumah mama anis pun macam tu.. memang tak boleh bau langsung apa yang orang masak.. semuanya bau busuk! sob..sob..
 
sugar glider anis pun dah terpaksa hand-over kat adik anis.. serious anis tak boleh nak bau dah.. tengok cage dia pun dah muntah.. belum bau lagi tu.. segala-galanya busuk! nasib baik en.suami takpe lagi.. kalau dia pun anis bau busuk.. jenuhla kecik hati pulaj lepas nikan? hehehe
 
anis harap sangat anis punya morning sickness ni tak berlanjutan ke 2nd trimester.. penat tau.. lemau je badan ni.. huhu
Logo Design by FlamingText.com

sambal hitam!!

Logo Design by FlamingText.com
Teringat cerita 8 tahun lepas.. masa tu anis kat SMT Bentong.. dormate anis ni selalu sangat bawak sambal hitam Pahang balik hostel.. mak dia sendiri yang buat.. rasanya sangatlah sedap.. masin masam and pedas!
 
kandungan utamanya Belimbing Buluh/Wuluh, Ikan Bilis, Cili dan sedikit Bawang.. kesedapan sambal hitam ni buat anis teringat-ingat sampailah sekarang..
 
nak dijadikan cerita, last week anis dah nak sangat makan sambal hitam tu.. so anis pun pm kawan anis kat FB dia.. mintak kan resipi sambal hitam tu.. kawan anis tu namaya Roslina, panggil aje Ros..
 
Ros cakap agak susah nak rebus belimbing tu.. cerewet.. selalunya orang-orang tua je buat.. instruction yang Ros bagi pun panjang berjela-jela.. hurmmm.. sedikit hampa.. tapi Ros ni kesian kat anis.. dia cakap kebetula minggu tu dia nak balik Raub, kampong dia.. so kalau ada nanti dia akan belikan and pos la kat anis nanti..
 
weee, syok sangat-sangat time tu.. so apelagi.. anis menghitung hari je la.. hehehe
 
ahad lepas, Ros sms mintak address nak poskan belimbing rebus tu.. wahh! berganda keseronokkan tu.. (masa tu anis tak tau lagi yang anis ni preggy! hehehe)
 
so, hari rabu semalam selamat sampailah parcel yang ada belimbing rebus didalamnya! walla!! terus anis bukak makan dulu sebijik.. masam masin rasanya.. ahhh, tak sabra nak balik rumah nak buat sambal hitam.. anis sms Ros gitau parcel dah sampai.. and anis terus mintak resipi dari Ros.. agagaga
 
balik kerja tu, anis tunggu resipi Ros.. aihh, rasa cam lambat sangat pulak nak tunggu.. anis pun gugel lah sendiri resipi sambal hitam tu.. dah dapat resipi tu.. apalagi.. tung tang tung tang la mak jemah ni kat dapur.. hehehehe.. macamni lah agaknya mengidam kan? hehehehe
 

nilah rupa belimbing buluh yang dah direbus tu.. thanks Ros sebab poskan untuk anis.. hehehe

haaa.. yang belah kiri yang ada sudu tu rupa belimbing yang dah ditumbuk


haa.. yang ni pulak anis tumbuk sekali ikan bilis and cili hijau
 
dah siap tumbuk, anis tambah sikit bawang blend.. lepastu gaul sekali dengan belimbing yang ditumbuk tadi sampai rata
 
tada.. inilah rupa sambal hitam selepas digoreng hingga garing biar jadi ala-ala serunding gitu.. masa goreng tu letakkan sikit kicap.. nak tambah gula garam pun boleh.. tapi anis tak tambah dah.. sebab belimbing and bilis pun dah masin kan.. hehehe
 
 
dah siap tu, anis duk meratah sambal ni je lah.. pedas-pedas masin gitu.. makan ngan nasi putih panas-panas lagilah sedap... nyam-nyam!
 
siap upload kat FB lagi tau..pastu tag si Ros.. terkejut dia tengok.. dia tak bagi resipi lagi anis dah pulun try and error kat dapur.. hahaha.. btw thanks again Ros!
Logo Design by FlamingText.com

rezeki berganda

Logo Design by FlamingText.com
duduk tak kena, berdiri tak kena, tidur pun tak lena, makan kenyang je.. hahaha.. period dah sepuluh hari lewat (semalam la 11/11/13).. nak buat UPT macam malas and tak yakin.. sebab last mont pun sampai 3weeks anis lewat period.. buat UPT -ve je.. selang few days period.. ahahaha.. kempunan en suami..
 
tapi, last month anis sendiri tak rasa yang anis preggy.. saja gatal2 tangan nak buat UPT.. hehehe.. so semalam dan hari sebelumnya.. anis muntah-muntah bila start je berus gigi tu masuk mulut.. oh! how come!! so suddenly.. anis jugak dah perasan anis tak boleh makan bawang.. bila makan je mula rasa something wrong somewhere.. last-last keluar balik bawang-bawang tu.. huhuhu
 
semalam anis EL.. memang tak g kerja, sebab tak larat sangat.. and then en suami pulak ajak teman dia pergi interview kerja baru.. ikut je lahh... dah balik tu, kami singgah makan-makan jap.. perut pun dah kebulur.. lepas makan tu, en suami receive call.. esok kena lapor diri kat tempat kerja baru.. syukur Alhamdulillah..

on the way balik, anis singgah beli UPT.. sampai umah, anis still duk pegang kotak UPT.. nak cek ke tak nak.. suppose to be pagi-pagi cek UPT, sebab time tu kita punya HCG pekat dalam urine tu.. so, anis pun decide nak cek pagi nanti lah..

badan rasa penat, anis pun lena la kejap.. en suami duk kat depan layan ps3.. bila anis bangun tidur dah jam 6 petang.. haih! tak senonoh bini orang ni tidur.. hehehe.. suddenly anis rasa breast anis sangat-sangat sakit.. ngilunye tak tau nak cakap macam mana.. anis nekad nak buat UPT..

jeng.. jeng.. jeng..

punya la nervous, takut nak tengok.. tada! 2lines appears!! syukur Alhamdulillah rezeki berganda.. mungkin en suami dapat kerja tempat baru pun disebabkan rezeki anak.. kan?

anis pun mandi siap-siap, solat asar.. baru anis panggil en suami kat depan.. tak cakap banyak, tarik je dia suruh tengok.. amboiii, bukan main seronok dia.. sampai bergenang air mata.. en suami cakap, baru dia faham macam mana rasa happy bila dapat tau nak jadi ayah..

and then, anis terus dapat layanan 1st class bak puteri.. hehehehe...

 
Logo Design by FlamingText.com

rumahku ada "tetamu" : Part 1

Logo Design by FlamingText.com
walaweyhh.. syoknya dah boleh buat entry balik cam dolu-dolu..
 
tapi saying, lebih kurang 4 bulan dah anis miss nak update story-story yang tak berapa nak best pun kat sini.. huhu..
 
tapi takpe, anis still nak story jugak :)
 
okay, buat pengetahuan you all anis sekarang dah stay kat quarters hospital tempat anis kerja.. Hospital Rehabilitasi Cheras, next to HUKM.. as u all know (anis rasa ramai tak tau) hospital ni hospital baru.. last year baru beroperasi..
 
tapi, tapak lama hospital ni adalah Hospital Lady Templer.. kalau yang suka jadi seekers tu forsure la tahu kan.. hehe.. takpe, abaikan cerita hospital ni..
 
bermulalah alkisah.......
 
seminggu pertama anis pindah masuk rumah baru, so far memang takde pape..
 
sampailah satu malam, dalam pukul1.30 pagi, anis baru nak solat isya'.. hehehe.. lepas solat tu, tiba-tiba rasa macam rajin nak mengaji.. anis pun bacalah yassin.. baca punya baca.. sampai lah ayat-ayat terakhir.. tiba-tiba.. anis terdengar suara budak ketawa kat tepi tingkap bilik anis..
 
suami ade kat ruang tamu, duk layan bola.. anis pun stop lah kejap.. cuba dengar betul-betul.. senyap pulak, takde pun bunyi ketawa tu.. so, anis pun sambung lah balik habiskan bacaan yassin tu.. belum sempat habis satu ayat, ada balik suara budak ketawa tu.. omg!
 
apa lagi, anis pun teruslah panggil suami.. suruh dia temankan.. hehehe
 
Apa yang peliknya..
 
kakak anis petang tu ada dating rumah anis, dalam pukul12 malam baru dia gerak balik rumah mama anis kat seri kembangan.. lebih kurang pukul2 pagi, dia pun dengar menda yang sama.. budak ketawa.. lagi hebat, kakak anis siap nampak kelibat budak tu kat hujung kaki dia..
 
nasib baiklah anis cuma dengar je, tak Nampak.. kalau tak.. bergegar kot satu blok tu.. hehehe  
 
 
Logo Design by FlamingText.com