Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Cerita Anak : Headband. Beli or DIY?

Logo Design by FlamingText.com
bairlah gambar yang bercerita! hehe

kedai kraf yang jual headband baby, semeter paling murah rm2.
Kedai ni tingkat 3 kat dalam Kenanga Wholesale City.
Jenuh cari getah-getah cenggini, at last jumpa kat KWC! hehe

ni je yang anis grab.
ikotkan nak grab semua.
semua warna! 
tapi anis ambik yang easy match je. Hehe.


Guna je bunga-bunga yang ada. Hehe.




Nanti nak gi beli warna-warna yang pelik-pelik pulak. Haha.

  Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak : Araa with baby sitter!

holla mommiess!!

Actually anis dah start kerja.. harini dah hari ke-5. Kejap je rasa confnement leave 3 bulan tu. Huhu. Tak puas kor spent time ngan Araa kat umah.

So hari isnin haritu bermulalah cerita Araa di rumah baby sitter. Perasaan anis? Haha. Tak boleh nak digambarkan. Malam sebelum tu anis tidur pun tak lena. Kejap-kejap terjaga tengok Araa.

Tapi, the next morning, after solat subuh semua. Alhamdulillah, anis mula rasa yakin and relax. Apa-apa pun kita bersangka baik and berdoalah hope orang jaga anak kita elok-elok.

So far dah seminggu araa kat baby sitter, alhamdulillah semuanya ok. Cuma semala je BS Araa call anis, gitau Araa nangis-nagis sebab kembung. BS Araa memang teliti, kemas and bersih orangnya. Memang anis puas hati. Bayar RM350 sebulan pun berbaloi. Hehe.

 
Logo Design by FlamingText.com

BOSOMI murah, setanding MAMYPOKO!

Logo Design by FlamingText.com
Apa? Bosomi? Apakah?
Okay. Bosomi ni pampers dari korea. 1st time dengar pun anis macam, errr... Okay. Riak. Sebab araa pakai mamypoko. Takkanlah ade pampers murah setanding mamypoko. Kan? Tak logik je rasa. Hari-hari banyak pulak cerita kat fb duk gitau bosomi ni cam mamypoko. Sampailah tergerak hati anis ni nak cuba. So, inilah testimoni yang anis cuba kat araa sendiri.

Testimoni BOSOMI

Ok! Memang best and ternyata kualiti bosomi ni setanding mamy poko!! Sebab before ni baby araa memang pernah pakai mamy poko pun. Ada indicator and 100% cotton pun macam mamy poko!!



Semalam baby araa pakai pukul 11 malam, pagi ni pukul 8.30 still xbuncit.. Bila rasa kat dalam pun dry je..Mmg macam mamy poko!! Awesome!! TApi tukar jugak sebab baby araa dah poo-poo.. hehe..



Lepasni takyah dah nak belanja lebih beli mamy poko.. Sebab dah ada bosomi y jauh lebih murah, tapi kualiti setanding mamy poko!! πŸ‘πŸ˜

Menda bagus berkualiti baik kita share. Kan? Hehe. 😁😊

Nak try? Anis jual. Boleh wasap anis, 01112328969


Bosomi Premium Jumbo Pack 80pc

Newborn up to 4kg - RM 29/pack
S 3kg to 6kg - RM 31/pack
M 6kg to 9kg - RM 37/pack (selling fast!)
L 9kg to 12kg - RM 39/pack (selling fast!)
XL 12kg to 15kg - RM41/pack


Araa dah berbosomi, uolls bila lagi? Hehehe

  Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak : TCA 2month, Babah not around!

Logo Design by FlamingText.com
Phewww.. Holla mommies!!

Last tuesday, 9/9 Araa punya 2 month TCA. Anis nyaris-nyaris bawak Araa pergi klinik private untuk injection Dtap 1st dose. Tapi, disebabkan klinik private tak ada stok vaksin Dtap, so anis kena jugak proceed ke KKIA Cheras.

Kenapa anis nak pergi private?

Ok. Actually babah Araa kena pergi outstation ke terengganu, 9/9 tu jugak. Anis tak ada transport nak ke KKIA, and alone? With araa? Ahhh, mesti mencabar.

Sudahnya, the night before tu jugak anis and en suami pergi cari and beli carseat yang comfortable and of course la affordable. Hehe. 

Nak tak nak, pagi-pagi buta lagi anis hantar en suami pergi ofis dia dulu kat kajang. Sepanjang perjalanan dari cheras ke kajang anis yang drive while araa kat carseat sebelah seat driver and en suami kat belakang. Nasib baik araa tido je.

Mula-mula ok lagi. Lepas je hantar en suami, and anis nak gerak balik dari kajang ke cheras cuma anis je berdua ngan araa. Time ni memang betul-betul nervous. Takut araa nangis ke apa kan. Huhu.

Drive sampaila ke KKIA Cheras. Alhamdulillah semua ok. Cuma parking lot xda. Parking tepi jalan je, panas pulak tu. Dukungla si araa yang debab ni. Pheww. Agak mencabar.

Masuk-masuk je KKIA Cheras. Kena mintak register dulu. Sebab ni 1st time anis kat KKIA Cheras. Before ni KKIA Sri Kembangan masa dalam pantang. So take time jugak la. Orang memang ramai. Tempat duduk pula tak ada. Terpaksala berdiri sambil dukung araa.



Tengah-tengah tunggu turn. Araa nak nyusu. Nasib baik ada bilik nyusu. Lepas nyusu die poo-poo pulak. Adeh abis bocor kena baju and seluar. Ya Allah, baju pulak lupa bawak. Ada dalam kereta. Gi pulak kat kereta ambik baju. Memang anis sangat messy. Kelam kabut, sebab 1st time handle sendiri. 

Masuk KKIA, anis dah terlepas no. Gitau la kat nurse tu. Nasib baik ada budak-budak student. They all ambik timbang and ukur araa dulu. 2 bulan, berat Araa 5.5kg panjang 57cm. Dah siap tu, tunggu kejap je nurse paggil masuk bilik. Lepas cek-cek yang mana patut, baru bawak pergi inject. Kena inject nangis jap je. Then sambung tido balik. Pheww. Lega.

Dah setel, anis kena drive balik seri kembangan. En suami tak bagi anis duk kuarters ber2 ngan araa je. So bermulalah another journey balik rumah parents anis pulak.

Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun messy and clumsy. Huhu.


My araa! Muah! 

Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak : Araa Selfie!

Logo Design by FlamingText.com 

  Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak : Araa dah 2 bulan!

Logo Design by FlamingText.com 
Holla!!

Pejam celik pejam celik, 29hb Ogos aritu Araa dah cukup 2 bulan.


Kejap je kan? hehehe.


Ibu sayang Araa ketat-ketat.
  Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak : Araa Refused Bottle!

Logo Design by FlamingText.com 
holla mommies.


Refused Bottle?


Yup itulah yang Anis tengah go through seminggu-dua ni. Araa refused all type of teat yang ada. TT, Avent, Nuby, Gumdrop. Urghh. How? Padahal masa 1st week lagi Anis dah ajar botol, and memang semua jenis teat Araa sapu masa tu.

Loser! Huhu.

Siap ada yang cakap jangan bagi botol selalu sebab takut baby refused direct feeding. Tapi lain pulak jadinya.


Lebih kurang lagi 3 minggu anis nak masuk kerja dah. Araa pulak refused botol. Ya Allah susah hati ni. Post kat group tanya kawan-kawan. They all cakap try beli teat Nuk or Pigeon yang rubber warna kuning tu. So anis pun beli lah.


Uolls know what?
Hat rubber kuning oldskool tu jugakla jadi pilihan Araa. Anis beli yang pigeon punya. Ya Allah. Sabar je lah. Dulu bukan main anis tak suka ngan teat kuning tu. Nampak tak berselera. Haha. Sekarang, ambik! Yang anis tak suka tu lah Araa nak. 

Winner!

Ape-ape je lah anak ibu sayang, janji tak refused botol.
 Susah nak hantar pengasuh nanti. Huhu.


  Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak : Injection and TCA 1st month

Logo Design by FlamingText.com 
Ohohoho


Araa dah masuk 2 bulan baru nak update story TCA 1 month? hahaha.
Masa ni anis TCA kat KK Sri Kembangan lagi. Dekat ngan rumah mama anis.



Masa TCA 1 month Araa kena cucuk, nangis jugak kejap. Hehe.
Berat Araa masa 1 month 4.2kg. Maybe tak seberat baby-baby mommies. Araa keluar dulu pun 2.6kg jer. Panjang Araa 53cm. Alhamdulillah semuanya sihat.
  Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak : Legakan Hidung Bayi Tersumbat

Logo Design by FlamingText.com 
walllaaaaaa.... cerita satu abad lepas. Tapi tak kira, nak share jugak.


Ceritanya lebih kurang 3 minggu lepas. Bila Araa tersumbat hidungnya ngan hingus and yayik hidung. Bila nafas dengar bunyi srot-srot. Minum susu pun meleleh. Sian Araa. Paling merisaukan asyik tersedak je bila Araa muntah susu.


Cuba sedut pakai mulut. Tak jadi. Pakai nasal aspirator yang hand pump punya lagilah tak ada kesan. So, anis ngan hubby pun decide nak bawak pergi jumpa specialist peads. Huhu.


Taraaa. Dapat 3 items ni.



1. Sterimar Hygiene Nasal Clean Care
2. Iliadin for Infants Nasal Spray
3. Comfy Nose (straw suction)

Yang best Dr Tan tu siap buat demo. Keluar semua hingus-hingus Araa.



Balik rumah esok tu try suction sendiri. Memang banyak hingus yang keluar. Best sangat.



Mommies yang nak pergi klinik ni bolehla. Ni details dia ok.


  Logo Design by FlamingText.com

Pusat dan Tali Pusat

Logo Design by FlamingText.com
Cakap pasal tali pusat baby. Tali pusat baby uolls jatuh masa hari ke berapa? Huhu. Ada ke yang jatuh melebihi dari 2 minggu usia baby?

Lebih kurang 2 minggu yang lepas, 11 Julai 2014.

Macam biasa, pagi-pagi anis akan mandikan Araa. Siapkan dia, pakai baju comel-comel and letak je lah atas tilam dia. Lama-lama dia akan lena sendiri. Tapi haritu tak. Dia macam resah gelisah je. Takna langsung tido. Bagi susu semua. Still resah gelisah. Tengok pampers (tengok tepi je, tak bukak pun) dia tak berak pun. Hurm. Kenapa ye?

Haritu ikutkan Araa dah 13 hari. Tapi tali pusat dia still tak tercabut. Lambat. Tanya kawan-kawan kat whatssapp group. Ada yang 2 minggu baru tercabut. Ok. Lega sikit. Ingatkan semua orang dalam seminggu dah tercabut dah.

Araa still resah gelisah. Tengok pampers dah melorot ke bawah. Hehe. Nak pakai ketat-ketat kan takut bagi pressure kat clipper tali pusat dia. Nanti habis berbekas perut Araa nanti. Huhu. Anis pun bukak la nak betulkan pampers.

Opps! Tali pusat dah tercabut. Yeay! Araa dah besar sikit sebab tali pusat dah tercabut.

Tapi, kenapa pusat Araa tak kering? Nape jadi camtu?


 Risau. Hurmm. Whatssapp kat group ada yang cakap normal, ada yang cakap tak. Haih. Bertambah risau. Anis still cuci guna chlorhexidine yang hospital bagi tu. Cuci slow-slow je, takut Araa sakit. Huhu.

Nasib baik petang tu Araa ada TCA kat KK, nak cek kuning dia. Masa pergi KK anis tanyalah doctor. Dia tengok pusat Araa. Dia cakap ok je tu. Cuci ngan kerap pakai clorhexidine tu. Cuci pakai cotton buds. Korek-korek sikit. Lepas tu doc cakap jangan pakaikan baby binder @ barut perut. Biar je macam tu, Kalau tak nanti lambat kering.

Alhamdulillah, sekarang pusat Araa dah ok. Dah kering. Anis pun dah tak susah hati lagi dah.
  Logo Design by FlamingText.com

Review Breast Pump Snow Bear

Logo Design by FlamingText.com
hye uolls!

actually before this anis ada buat entry Breast Pump Snow Bear, so today anis nak buat review la pasal BP ni yang anis dah guna almost 1 month.

Anis start pump hari ke 4 dalam pantang. Sehari lepas discaj baru anis pump. Tu pun sebab dah bengkak. Huhu.



Apa yang anis boleh gitau,


TAK SAKIT
serious tak sakit. tapi kalau nipple tengah crack and breast tengah bengkak cam papaya muda memangler sakit.

SUCTION KUAT
suction ada 3 level and 3 mode suction, paling best mode gentle. Nak kata 100% cam baby punya stimulation tu memang bohongla. Baby hisap memang takkan sama ngan pump. Kan? huhu.

BUNYI 50-50
apa yang anis maksudkan ngan 50-50, adalah kekuatan or tahap kebisingan pump ni. pump ni tak silent tau. Still ada bunyi cam phone vibrate tu. tapi bagi anis ok je, tak bagi masalah pun. bukannya kuat sampai ganggu orang lain dalam rumah. huhu.

SENANG DICUCI
tak banyak part pun. and senang nak buka and pasang balik. nak cuci pun senang. selalunya lepas guna anis buka dulu each part and rendam dulu ngan bottle liquid cleanse untuk baby tu. Lepas tu baru tonyoh-tonyoh and keringkan cam biasa.

RINGAN
okay. Ringan. dia punya motor pump ringan. plus, kecik pulak tu. senang nak bawak ke hulu ke hilir.letak dalam cooler bag jenis tote pun muat.

BATTERY USAGE
boleh guna battery, kalau terlupa bawak cable dia. tapi, so far anis tak pernah lagi guna bateri. Plug in je memanjang. Hehe.

CUTE
okay. dengan size dia yang kecik molek and warna light yellow yang sangat-sangat nice buatkan die sangat cute. hehe.


so, anis punya conclusion anis suka sangat ngan breast pump snowbear ni. Bagi anis, anis dah puas hati. Hasil EBM pun boleh tahan. Anis bagi 4 bintang dari 5. Hehe. Dahla murah. Ape lagi anis nak kan? Murah dan puas hati. So, kalau rasa nak beli, beli je. Sebab memang ok (bagi anis memang ok tau). Hehe.

  Logo Design by FlamingText.com