Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

m2b : Cara-cara Penyimpanan Susu Ibu

Logo Design by FlamingText.com
 
Untuk mengelakkan pembaziran dan memudahkan proses pencairan dan penyuaman, simpan susu dalam 1-4 auns dalam setiap botol/bekas penyimpanan susu. Susu yang di perah pada sesi yang berlainan dalam masa sehari boleh disekalikan dalam satu bekas penyimpanan. Elakkan daripada menambahkan air suam/panas ke dalam susu yang disejukkkan atau disejukbekukan. Susu ibu tidak rosak, melainkan mempunyai bau busuk atau rasanya bertukar masam.
Untuk mencairkan susu
·         Cairkan secara perlahan didalam peti sejuk (frozen to refrigerated), mengambil masa lebih kuran 12 jam, letakkan di dalam peti sejuk malam sebelumnya. Elakkan dari meletakkan susu pada suhu bilik.
·         Untuk lebih cepat, letakkan bekas di bawah air yang mengalir (air paip).
Untuk memanaskan susu
·         Rendamkan susu di dalam air panas
·         Gunakan ‘warmer’
·         JANGAN SESEKALI gunakan microwave untuk memanaskan susu ibu ataupun masak secara langsung di atas dapur.
Krim / lemak susu akan naik di permukaan atas sepanjang tempoh penyimpanan. Kacau susu dengan perlahan-lahan (jangan goncang) untuk sebatikan susu sebelum suhu diperiksa dan diberikan kepada bayi.
Jika susu tidak habis diminum, ianya boleh disejukkan semula, tetapi hanya untuk tempoh 1-2 jam sebelum dibuang.
Logo Design by FlamingText.com

2 comments:

Farah Waheda Wahid said... reply to comment

great piece of sharing anis... sihat?

Maria Firdz said... reply to comment

Nice sharing...