Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

m2b : makanan sunnah dan tambahan semasa mengandung

Logo Design by FlamingText.com
Detik pertama melalui tempoh kehamilan, ramai ibu-ibu akan mula memikirkan apakah pemakanan yang sesuai untuk diri dan sekaligus baby di dalam rahim. Selain daripada pengambilan supplement yang dibekalkan oleh klinik seperti Folic Acid, Ferrous Fumerate, B Complex dan lain-lain lagi, ibu-ibu boleh mengamalkan pemakanan tambahan lain dan semestinya makanan sunnah yang telah diamalkan sejak berkurun-kurun dulu lagi.. hehehe :)


1. Air Zam-Zam
Air Zam-Zam sememangnya terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh menyembuhkan penyakit dengan izin Allah. Sangat elok jika digunakan air zam-zam sebagai air selusuh untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata.
 
 
2. Habbatussauda (Black Seed/Biji Hitam)
Habbatussauda mengandungi omega 3, 6 dan 9 yang membantu pertumbuhan bayi. Ia mengandungi kalsium yang sememangnya amat diperlukan untuk wanita hamil dan mengandugi asid lemak tambahan yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Ia juga akan membantu pengeluaran susu ibu selepas kelahiran anak.
 
 
3. Madu Lebah

 Menambahkan tenaga untuk ketahan diri semasa mengandung. Mencegah dari berbagai penyakit seperti diabetes, hypertension, urinary tract infection (UTI), asthma, batuk selsema dan lain-lain.

Bagi bayi dalam kandungan pula, kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Kulit yang bersih dan sihat, membantu secara khusus perumbuhan fizikal dan mental janin. Madu juga dapat menghindarkan bayi daripada terkena Hepatitis B.
 
 
 
4. Buah Delima (Pati Delima/Jus DElima)


Seperti yang kita semua sedia maklum, Delima sangat tinggi antioksidannya dan merupakan penawar berbagai jenis penyakit dengan izinNya.

Bagi wanita mengandung, delima dapat mengelakkan morning sickness jika diambil pada trimester pertama. Ia menjaga degupan jantung agar tetap normal. Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik. Delima juga dapat melindungi otak bayi.
 
 
 
5. Buah Kurma
Kurma mengandungi antioksidan yang dikenal sebagai tanin yang bersifat anti-infection, anti-inflammation dan anti-haemorrhagic(pendarahan). Kandungan potassium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan system pertahanan badan khususnya unutk mencegah barah payudara dan rahim. 
 
6. Buah Tin
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.
Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium.
 
 
 
7. Kismis

mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.
 
 

8. Zaa'fran/Za'faron

Za'faron ini mempunyai banyak khasiat lain, antaranya penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta melancarkan pengaliran darah.
 
 

9. Daging Kambing

 Mengikut kajian daging kambing adalah daging yang paling baik untuk jantung, mengurangkan darah tinggi dan obesiti, mencantikkan kulit dan juga mengurangkan stress.
 
 

10. Susu Kambing

 Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang.
Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.

 

 

11. Minyak Zaitun

Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya.
 
 

12. Minyak Kelapa Dara
Kajian telah menunjukkan apabila MKD dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda!

Pengambilan MKD pada peringkat awal kehamilan membantu mengurangkan ‘morning sickness’ atau alahan yang teruk. MKD berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

Bagi mereka yang pernah keguguran atau sukar mengandung juga disarankan mengambil MKD sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat kerana kelebihannya mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.

Pengambilan MKD oleh ibu2 hamil juga akan mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.

Boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang.

MKD disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Ia sebagai persediaan memudahkan proses bersalin serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).

 


13. Buah Kelapa (Air dan Isi)

Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.

Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil.

Mencegah daripada "Heartburn". Sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.

Mencegah kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.

Membantu proses bersalin
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.

Ibu hamil di galakkan meminum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda ini boleh diminum begitu sahaja , ataupun dicampur dengan gula atau kunyit. Isi kelapa muda juga amat berkhasiat untuk ibu dan juga bayi didalam kandungan.
 
 
 
so... sekianlah sudah.. marilah kita sama-sama amalkan pemakanan-pemakanan di atas ni.. sebenarnya banyak lagi, tapi anis bagi yang biasa-biasa orang melayu kita makan je la.. hehe.. anis pun ada amalkan jugak, tapi tak semua la yang kat atas tu.. nanti next entry anis sharing-sharing ngan uolls ok.. :)
Logo Design by FlamingText.com

13 comments:

Farah Waheda Wahid said... reply to comment

yup semuanya betul ni anis...

Zila Zainal said... reply to comment

3, 5, 6, 7, 9 & 10.

Semua tu kita amalkan time preggy dulu :)

Sheila Salim said... reply to comment

Assalamualaikum anis, thanks sharing amalan sunnah ni. sheila cuma amik kurma, kismis, pati delima dengan madu. yang lain, tak dapat nak cari... hehee tapi kan minyak kelapa tu selain sapu kena minum? minum minyak tu ke????

anis suryanie said... reply to comment

@Sheila Salim a'ah Sheila.. minum! start 30w dah boleh ambik 1-2 susu sehari.. sebelum masuk boleh minum je vco ni.. nak minum sebotol pun boleh... tapi kalau anis tak sanggup kot nak minumm.. bau die tengikkk.. hehehe

anis suryanie said... reply to comment

@Farah Waheda Wahidkan akak kan? cume nak amal ngan tak je.. hehe

anis suryanie said... reply to comment

@Zila Zainalsedap tak susu kambing tu? hehe.. anis susu biasa pun time preggy ni dah bau semacam.. tak taulah boleh tak nak telan susu kambing tu..

Anonymous said... reply to comment

Semua yg diatas mmg baik diamalkn semasa pregnent..sy jenis xpntg mkn ape2 pun wktu pregnent..sy amalkn mkn buah tembikai,kurma,madu,kismis, delima, susu Anmum ,susu kambing dan spirulina dr awal hamil..skrg dh 7bln kehamilan br start ambik minyak kelapa dara 1 hr 2 sudu minum dgn minum air kelapa..tp yg teruknye teh ais time pregnant xblh tinggal..favourite Sgt..huhuhu..camne elk...mudah2an dpt melahirkn dgn mud ah Dan selamat..DOA Ku agar anak sihat walafiat..aminnn

Salina Salleh said... reply to comment

Saya nak share produk kesihatan QASEH hasil formulasi makanan sunnah.. boleh jenguk FB saya http://www.facebook.com/Salina Salleh

ikin mp said... reply to comment

AS'SALAM NAK TANYA TENTANG KEKELIRUAN AIR KELAPA .. AIR KELAPA LAU AWAL2 PREGNANT BOLEH MINUM KE??? LAU NAK MINUM MASA USIA KANDUNGAN BERAPA BULAN... LAU TAK SILAP SAYA LAU AWAL2 TAK BOLEH MINUM KAN... LAU NAK MINUM MASA KANDUNGAN DAH MATANG... BETUL KE FAKTA SAYA NIE??

anis suryanie said... reply to comment

Betul tu... Seeloknya start minum masa kandyngan dah term.. 36weeks.. Tapi ada sesetengah mommies once dah enter 3rd trimester they all dah start amalkan air kelapa muda ni.. Sy sendiri start masuk 3rd trimester minum air kelapa

Dhia Houz said... reply to comment

Assalamualaikum..bagaimana sy boleh hubungi admin berkenaan nk letak iklan

Boleh whatsapp sy

Rozerrin idayu
012.2259718

Cik Azrina said... reply to comment

macamana nak dapatkan minyak kelapa dara tu? rasa cmne ya. start minum dari week ke berapa?

Anonymous said... reply to comment

Tp dh de y kapsul kn..