Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

m2b : rezeki baby di hari Jumaat

Logo Design by FlamingText.com
selamat pagi kawan-kawan! 

tak ada banyak yang nak dikongsikan pagi ni. cuma siap-siap je nak pergi kerja pagi tadi, anis perasan ada something atas meja aquarium anis. gitau en.suami. geleng kepala kami dibuatnya. lepastu tersenyum je.

nak tau ape dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v

tadaa!! a gift from our sister and brother.

actually minggu ni rumah anis ada tetamu. brother in law anis datang bercuti dari kedah. depa laki bini kerja teacher. saja cuti-cuti bawak mai anak jalan-jalan and shopping.

segan pulak kami, tetamu yang datang pulak buat surprise kat tuan rumah. anis and en.suami rasa segan + terharu + excited jugak. sebab we all pun belum beli lagi botol susu. baru ingat nak pergi usha-usha weekend ni kat Marrisa Shoppe kat Shah Alam tu. tup-tup dapat avent pulak di pagi hari. rezeki anak ibu. hehehe.

thanks dearest kakak and abang! :)
Logo Design by FlamingText.com

m2b : tilam kekabu baby

Logo Design by FlamingText.com 
alohaaaa... lama dah rasanya tak update blog. sibuk bebenor sejak anis transfer unit lain. blogwalking lagilah dah lame tak berwalking-walking. ni pun update pakai phone je. huhu :(

so, hari selasa lepas (25/3) anis ada beli tilam kekabu online. beli kat FB. anis beli set tilam kekabu import, jenis petak. Rm50, postage RM10. Kalau kekabu original RM100.

tilam kekabu ni, tahan lama. anis ingat lagi dulu2 tilam kekabu dari kakak anis yang sulung sampai lah adik anis yang bongsu sekali, semua pakai tilam yang sama je mama anis cakap. dia tahan lasak. tak cepat nipis/lenyek/penyek. kalau jadi camtu pun, lepas jemur panas dia akan jadi gebu balik. 

ok back to story. dah setel payment, katanya postage ambil masa 5-7 hari. so nevermind lah. Asalkan sampai. Bukannya nak urgent pun kan? but, so surprised. parcel tu semalam dah sampai (26/3). terkejut bila en.suami wassap gitau tilam kekabu dah sampai. (anis pos kat ofis en.suami, senang sikit dia bawak balik).

baru je budak tu bagi tracking no semalam. tapi barang awal-awal lagi dah sampai.

tadaa! inilah dia...

1 tilam (55cm x 80cm), 2 bantal tidur (21cm x 32cm), 2 bantal peluk (21cm x 50cm). Ketebalan dalam +- 75mm. 

tapi anis beli without sarung tau. sebab nak jahit sendiri sarung tu. konon-konon nak satu set la semuanya. hehe.

anis beli kat FB : Kidz Collection Corner.

set tilam sekali dengan set bakul pun ada tau. comel-comel. cantik-cantik semuanya. harga pulak, anis dah survey, yang ni la yang paling murah and berbaloi-baloi tau. Tak percaya uolls bolehla survey sendiri. :)




okaylah. thats all for today. tata titi tutu.
  Logo Design by FlamingText.com

project diy : barut baby

Logo Design by FlamingText.com 
hallooo mommies! :)

hari minggu yang lepas, anis stay umah je. takda pergi mana-mana pun. so, apa lagi bermulalah project diy. iaitu barut baby. kain dah sebulan beli. mood je yang tak berapa nak ada. time mood dah datang ni, terusla kerja-kerja pembikinan bermula. 


saiz nak gunting anis agak-agak je. panjang dalam 40cm macam tu. lebar dalam 12cm. garis melengkung tu pulak, anis main agak-agak je. 

anis guna 2 jenis kain. sebelah luar anis guna kain cotton biasa (y corak-corak tu). while, belah dalam anis guna kain jenis flannel (y warna putih). kain flannel ni lebih lembut and selesa kalau intact dengan kulit baby.




jahit sekeliling dari sebelah dalam. tinggalkan lubang sikit untuk terbalikkan kain.

dah terbalikkan, jahit sekeliling dari belah luar pulak. bukan ape, nak suruh nampak kemas je.


dah siap jahit, skang gunting tali la pulak. nak buat ikat nanti kan?


tadaaa! siap sudah! :)

1 meter boleh buat dalam 18 barut bayi. kain cotton pun tak sampai 5ringgit semeter. kain flannel pulak dalam 6ringgit je semeter. kalau beli rm4-6 satu.

haa.. anis pun buat jual tau, 3helai rm10 je. beli rm20 dapat free satu. corak kartun-kartun pun ada. hehe. sempat lagi promote. :)



  Logo Design by FlamingText.com

m2b : Set Bersalin / Berpantang Amway

Logo Design by FlamingText.com
salam jumaat kawan-kawan! :)
 
okay, kali ni anis nak story mory pasal set berpantang. belum beli lagi. cuma, dah decide yang mana anis rasa berkenan and sesuai ngan CITARASA anis la kan. Selepas review blog by blog. Okay. Full stop. Rasa macam okay je. Kawan-kawan pun ada jugak yang consume Amway ni, semua cakap okay. Tak panas. Sesuai kalau breast feeding baby.
 
Set lengkap. Ngam-ngam 44 hari. Herba-herba tropical. Bukan jamu tau. (ermm, ape beza tropical herbs ngan jamu ek? bukanke same je? hehe).  Harga pun okaylah, RM300++ je. So anis ingat, after complete 44 days, baru anis nak comsume Shaklee pulak. Cuma dalam 44 hari tu, anis nak jugak ikut cara kampong macam mama anis dolu-dolu.
 
 
Apa kandungan Set Bersalin / Berpantang Awway ni? Jom terjah!
 
 
credit to : Mummy n Baby


Set Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru selepas melahirkan anak. Merupakan produk yang mendapat pengiktirafan HALAL. Set Bersalin Tropical Herbs menawarkan penyelesaian yang menyenangkan untuk penjagaan selepas bersalin. Ia dibuat daripada herba-herba tropika yang terkenal dengan khasiat pemulihan yang dicari-cari di seluruh dunia kerana faedah-faedahnya. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka, kerana set ini tidak memberi kesan panas badan terhadap si pemakainya.


Kandungan set, terbahagi kepada 2 iaitu untuk dimakan & kegunaan luaran :


**Untuk dimakan**

1) Teh herba
2) Pil selepas bersalin 1
3) Pil selepas bersalin 2


****Untuk kegunaan luaran***

4) Herba pembersih wanita
5) Herba mandian
6) Campuran Peramping Perut (Tapel)
7 )Campuran Penghangat (Param)
8) Campuran Penenang (Pilis)
9) Minyak Urutan Herba
10) Minyak Bayi
PERCUMA BENGKUNG YANG BEST!
 



 
1. TEH HERBA

• Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

Arahan:-
Boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.



2. PIL LEPAS BERSALIN 1

• Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.
 
 
3. PIL LEPAS BERSALIN 2

 •Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.



4. HERBA PEMBERSIH WANITA

•Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Arahan:-
Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.



5. HERBA MANDIAN

 • Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
• Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Arahan:-
• Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.

6. CAMPURAN PERAMPING PERUT (TAPEL)

• Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
• Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.


Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.

7. CAMPURAN PENGHANGARTBADAN (PARAM)

• Menghangatkan badan, terutamanyatangan dan kaki
• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.

8. CAMPURAN PENENANG (PILIS)

• Menenang dan menyamankan dahi
• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.

 
9. MINYAK URUT HERBA


•Menyingkirkan angin dan merehatkan badan
•Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
• Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
• Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.




10. MINYAK BAYI
 
•Melegakan angin dan kembung
•Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada
perut bayi. Sapu setiap pagi dan malam selepas mandi.


Juga dilengkapi dengan buku panduan menggunakan Set Bersalin Amway Tropical Herbs
dan BENGKUNG PERCUMA!



orait. ok tak? bila anis cakap anis nak comsume product ni, ramai yang Tanya anis ni okay ke nak minum-minum air herba bagai tu sampai 44 hari. Jawapan anis, anis memang suka air herba. Hehe. Kunyit pun anis buat ulam kalau malas rebus minum airnya. Belum minum air daun mengkudu lagi tuh. Pahit memang pahit. Tapi pahit dia sedap, lemak-lemak macam tu. Hehe. Lagipun dari kecik anis duk tengok mama anis berpantang kat kampong, arwah nenek punya ramuan herba kampong tu lagi kuat baunya. Entah apa yang direbus, sampai hitam airnya. Hehe. Kira okayla, sekarang semua dah siap sedia kan? Kat KL ni mana nak cari daun-daun herba akar kayu bagai tu.
 
 
Nak tau berkesan and okay ke tak amway ni, uolls kena la tunggu anis bersalin dulu. Hehe.
Logo Design by FlamingText.com

m2b : my baby's playpen

Logo Design by FlamingText.com
hye kawan-kawan, stalkers and secret admire. hikhik. allrite, kali ni anis nak story-mory pasal playpen pulak. taknak baca tak apa, tiada paksaan.

okay, as I mentioned before in my previous entry. bukan anis yang beli playpen ni tau. tapi di sponsor. Alhamdulillah. Syukur.
 
 
 
okay, yang dalam box putih packaging playpen yang diangkut dari expo motherhood, mattress tu pulak include sekali ngan playpen. while set bantal kecik cenonet tu anis sendiri yang saja-saja nak beli. hehe. Balik-balik je dari expo, malam tu jugak anis ajak en.suami try pasang. Excited. Manalah tau ada yang rosak ke, koyak ke. Boleh pergi tukar. Kan?


 
okay, ini packaging dalam kotak tadi. Boleh bawak travel. Sekali dengan beg dia. mampu ke nak bukak pasang bawak g travel? oh.tidaklah sama sekali.haha

 
 
1st step memasang playpen Berjaya. Complicated jugak. Dahla instruction book xberapa nak betul. So anis and en.suami memandai sendiri je lah. Hehe.
 

 
okay, step memasang tempat menukar lampin pun berjaya selepas digodek-godek kami laki bini. Besi-besi yang terpacak kat setiap penjuru tu untuk dia punya arch net / mosquito net. Jenuh jugak nak pasang. Berpeluh-peluh. Hehe.
 

 
 
tadaaa! inilah rupa playpen with arch mosquito net. Rasa macam nak masuk je duduk dalam playpen tu. Main pondok-pondok. Hehe.
 
 
siapa yang excited? en.suami lahh. duk berangan la tu, konon-konon dah ade baby kat dalam tu. Hehe. Okay, playpen ni actually two layer (rasanya semua two layer kan?) So, bila baby dah besar and dah boleh bangun berdiri, kenalah buang yang 1st layer tu. Baru bay tak terjatuh tersembam keluar dari playpen. So baby boleh berdiri kat dalam tu nanti, nak main-main ke time kite tengah masak. Tapi anis rasa nanti anis letak kat atas tilam depan tv jugak kot. Biar dia bergerak bebas and menerokai dunia. Hahaha. Sembang macam dah ada baby je. Verangans!!
 
okaylah dearie, that's all for today.. daa, tata, titi, tutu. :)
Logo Design by FlamingText.com

m2b : motherhood expo @ KL Convention Centre

Logo Design by FlamingText.com

Pada hari jumaat lepas (28/202014) bermulalah expo motherhood yang diadakan di KL Convention Centre, sehingga hari ahad lepas (2/03/2014). Mesti ramai mommies semua terjah expo ni kan? termasuklah anis.. hehehe

Nawaitu anis pada asalnya, nak pergi expo ni nak cari set-set toiletries PRECIOUS ngan set-set grooming die je.. lepas tu nak usha-usha diapers terus, kalau okay nak sambarlah dulu sikit kan?

 
pheww!! tengok ajelah pic kat atas tu, sah-sah nawaitu anis dah ke laut. hehehe. Tiba-tiba terbawa balik stroller and playpen. agagagaga. Then ada jugaklah satu dua barang yang memang tak rancang nak beli pun selamat dibeli. (abaikan en.suami yang pose konon-konon pening kepala tu. hehe)
 
TAPI!
 
mesti uolls cakap anis ni pulun kan? baru 21 weeks dah pulun beli stroller and playpen. Actually, bukan anis or en.suami pun yang beli. Tapi rezeki my PRECIOUS. Opah dia yang excited nak belanja. Hurmmm, bak kata orang pucuk dicita ulam mendatang. Rezeki jangan ditolak. Thanks MIL! Thanks Opah! hehehe


tilam dalam pic tu anis dapat sekali ngan playpen. memang tilam untuk playpen. ape yang comel ngan playpen ni, die dah siap ngan arch mosquito net. Playpen Sweet Cherry, Stroller pun Sweet Cherry. Memula kami laki bini berkenan kat SCR 8 tu. lagi murah dari stroller yang ni, tapi sebab MIL yang belanja, so anis suruh MIL je yang pilihkan. Lepas tu dapat FOC stroller pad.

Dimple Bag tu pulak, murah la jugak. Anis ada tengok online, kalau pattern tu RM 70. Tapi kat expo ni cuma RM 59. Apelagi, en.suami pun berkenan and die pun rasa selesa, terus je grab. Warna grey tu pun die yang pilih. Takpe, nanti-nanti die jugak nak galas beg tu kan? hehe

Pampers huggies pulak, 4pack (48's) RM100. Anis tak berani ambik newborn punya size. Sebab tengok dari gaya baby's growth ni more than 3kg nanti. Kang beli newborn membazir pulak. So, anis pun ambil 3-S, dan 1-M. Promoter tu pun tak suggest sangat kalau ambil newborn.


*update, price list.. esp to m2b +Sheila Salim :)

-stroller sweet cherry RM 330 (normal price RM390)
- arch net playpen RM 270 ( normal price RM 300++)
- dimple bag RM 59 ( normal price RM 70 +-)
- changing mat RM 14 ( normal price RM 18 +-)
- printed baby napkin fiffy RM 30 (normal price RM 32)
- travel pillow set RM 16 ( normal price RM 18 +-)
- huggies diapers pack of 4, 48's each, RM 100 (normal price RM27 +-)


 
*update price
- pureen yogurt top to toe wash 750ml RM 13 (normal price RM14 ++)
- pureen baby powder 300g RM 8 (normal price RM10)
- pureen baby lotion 500ml RM 8 (normal price RM10) 
- pureen baby wipes RM 19 (normal price RM 21+-)
- pureen baby oil 350ml RM 4.50 (standard normal price)
- pureen bottle brush RM 10 (standard normal price)
- pureen nappy rash cream 100g RM 8 (normal price RM10++
- set mittens booties & hat RM8 (normal price RM10)
- 2 in towel & napkin RM 15 (standard normal price)
- swaddle with blanket RM17 (standard normal price)
 
 
Inilah nawaitu asalnye. Tapi sempat jugak grab swaddle, towel and mitten botties with hat punye set. Pinky all the way. Hehe. Sebelum ni kan banyak biru, putih and kuning. So this time boleh dah kalau nak grab the pinky-minky. Hehe. Dapat FOC toothpaste, travel size top to toe wash and baby's t-shirt.

 
haa.. yang ni yang anis cakap dapat FOC tu. Stroller pad. Ade warna oren, merah and biru. So, better biru kot. Lagipun banyak barang-barang lain warna biru jugak. Kan banyak-banyak warna jadi caca marba. Pening pulak nanti. Nasib baik tak ada warna pink. Hehe.

 
Selepas dipasang stroller pad tu, inilah rupenya.

 
haa, yang ni pun anis dapat FOC. Power bank. Kecik je power die, 2600mah je. Takpelah, free kan? Saja-saja je isi form Public Bank punya card. Then dapatlah power bank cenonet ni. Hehe.
 
 
Okaylah, that's all for now. Next time anis story pasal playpen pulak nah. Daaa, tata titi, tu :)
 
Logo Design by FlamingText.com

m2b : 3D/4D scan 20weeks!

Logo Design by FlamingText.com
okay.. inilah cerita mommy to be yang sangat excited and so eager nak tau GENDER baby lam tummy ni.. hehehe
 
okay.. last thursday anis ada call Kinik Sofea ni (credit to mommies +Sheila Salim ) tanya fasal 3D/4D scan, katanya kalau nak skodeng gender baby 5month dah boleh tengok dah.. so anis pun nekad la ingat nak pergi skodeng malam tu jugak.. tapi malangnya doctor tu tak ada malam tu.. hampa kami laki bini.. habis area cheras and ampang anis try call tanya.. and most of it kena booking dulu.. kalau walk in pun mahal.. up to RM180! huh.. baik booking ngan Jezzlyn yang famous amous tu.. RM120 jer..
btw, kat Klinik Sofea ni pakej 3D/4D sekali ngan CD RM80 je! murah kan?

 
okay.. the next day.. friday.. anis try call lagi sekali Klinik Sofea.. nak comfirmkan doctor ada tak malam ni.. buatnya dah sampai ke Puchong tu, doctor pulak tak ada bazir pulak naik MEX dari cheras ni haa.. huhu.. Alhamdulillah, doctor tu ada.. bertambah excited kami laki bini.. en.suami sampai post kat FB tak sabar-sabar nak balik kerja.. hehehe

 
so.. haritu anis pun pergilah kat Klinik Sofea ni.. dalam lepas maghrib macam tu kami sampai.. Nasib baik.. anis orang ke-2.. tapi doctor sampai lambat, dekat 8.30pm baru sampai.. anis siap makan burger sebijik and habiskan sebotol air bliss botol besar tuh.. hehehe.. jenuh jugak menunggu..

 
sampai je anis punya turn, punyalah nervous dia lain macam.. macam nak ambik test JPJ jalan raya pun ada.. hahaha.. kena soal siasat ngan doctor jap, then time for Ultrasound!

 
20 weeks still kecik doctor cakap, kalau nak tengok muka baby still tak kembang elok lagi.. kurus lagi time ni.. tapi takpa.. kita focus on gender.. hehe.. godek punya godek.. tadaaaa! doctor tu pun tunjuk lah.. as I expected before.. and naluri ibu anis selama ni sangatlah tepat.. PINK is the winner :)

 
i'm expecting a PRINCESS :)

 
frust bukan main en.suami.. baru die berangan nak belikan rompers Liverpool kalau dapat hero.. tapi frustnye kejap je.. lepas tu en.suami pulak yang excited nak pergi expo kat KLCC nak pergi cari rompers pink katanya yang ada ropol-ropol.. haha lawak kan?

 
okay, back to ultrasound punya cerita.. baby's growth okay.. estimate weight 381g.. EDD awal sehari daripada EDD based on LMP anis.. okaylah, janji baby sihat kan? heart rate semua okay, 156/minit.. tulang belakang pun semua cukup and okay.. Alhamdulillah..

 
cuma nak tengok muka tak dapat-dapat.. die tutup ngan tangan.. amboi pemalu sangat rupenye anak dara ibu sorang ni.. hehehe.. en.suami cakap tak puas hati sebab tak nampak muka.. so 28weeks nanti dia ajak buat 3D/4D lagi sekali.. anis okay je.. maybe buat dekat Dr Yuslina kat Klinik Perdana Sg Besi kot.. sekali ngan details terus, RM90.. takpun book si Jezz tu ke.. kan? hehe..

 
sorrylah, anis tak tempek picture.. sebab muka memang tak nampak.. puas sudah digodek-godek.. nanti 28weeks anis tempek pic dia.. takpun tunggu reality nanti lah kan? hehehe
 
 
 
 
* Klinik Sofea
No. 36, Ground Floor,
Jalan Pu 7/3,
Bandar Puchong Utama,
47100 Selangor
Tel 03-8061 9628
 
(belakang pasaraya sakan, depan Aeon Big)
Logo Design by FlamingText.com