Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

m2b : Set Bersalin / Berpantang Amway

Logo Design by FlamingText.com
salam jumaat kawan-kawan! :)
 
okay, kali ni anis nak story mory pasal set berpantang. belum beli lagi. cuma, dah decide yang mana anis rasa berkenan and sesuai ngan CITARASA anis la kan. Selepas review blog by blog. Okay. Full stop. Rasa macam okay je. Kawan-kawan pun ada jugak yang consume Amway ni, semua cakap okay. Tak panas. Sesuai kalau breast feeding baby.
 
Set lengkap. Ngam-ngam 44 hari. Herba-herba tropical. Bukan jamu tau. (ermm, ape beza tropical herbs ngan jamu ek? bukanke same je? hehe).  Harga pun okaylah, RM300++ je. So anis ingat, after complete 44 days, baru anis nak comsume Shaklee pulak. Cuma dalam 44 hari tu, anis nak jugak ikut cara kampong macam mama anis dolu-dolu.
 
 
Apa kandungan Set Bersalin / Berpantang Awway ni? Jom terjah!
 
 
credit to : Mummy n Baby


Set Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru selepas melahirkan anak. Merupakan produk yang mendapat pengiktirafan HALAL. Set Bersalin Tropical Herbs menawarkan penyelesaian yang menyenangkan untuk penjagaan selepas bersalin. Ia dibuat daripada herba-herba tropika yang terkenal dengan khasiat pemulihan yang dicari-cari di seluruh dunia kerana faedah-faedahnya. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka, kerana set ini tidak memberi kesan panas badan terhadap si pemakainya.


Kandungan set, terbahagi kepada 2 iaitu untuk dimakan & kegunaan luaran :


**Untuk dimakan**

1) Teh herba
2) Pil selepas bersalin 1
3) Pil selepas bersalin 2


****Untuk kegunaan luaran***

4) Herba pembersih wanita
5) Herba mandian
6) Campuran Peramping Perut (Tapel)
7 )Campuran Penghangat (Param)
8) Campuran Penenang (Pilis)
9) Minyak Urutan Herba
10) Minyak Bayi
PERCUMA BENGKUNG YANG BEST!
 



 
1. TEH HERBA

• Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

Arahan:-
Boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.



2. PIL LEPAS BERSALIN 1

• Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.
 
 
3. PIL LEPAS BERSALIN 2

 •Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.



4. HERBA PEMBERSIH WANITA

•Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Arahan:-
Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.



5. HERBA MANDIAN

 • Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
• Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Arahan:-
• Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.

6. CAMPURAN PERAMPING PERUT (TAPEL)

• Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
• Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.


Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.

7. CAMPURAN PENGHANGARTBADAN (PARAM)

• Menghangatkan badan, terutamanyatangan dan kaki
• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.

8. CAMPURAN PENENANG (PILIS)

• Menenang dan menyamankan dahi
• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.

 
9. MINYAK URUT HERBA


•Menyingkirkan angin dan merehatkan badan
•Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
• Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
• Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.




10. MINYAK BAYI
 
•Melegakan angin dan kembung
•Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada
perut bayi. Sapu setiap pagi dan malam selepas mandi.


Juga dilengkapi dengan buku panduan menggunakan Set Bersalin Amway Tropical Herbs
dan BENGKUNG PERCUMA!



orait. ok tak? bila anis cakap anis nak comsume product ni, ramai yang Tanya anis ni okay ke nak minum-minum air herba bagai tu sampai 44 hari. Jawapan anis, anis memang suka air herba. Hehe. Kunyit pun anis buat ulam kalau malas rebus minum airnya. Belum minum air daun mengkudu lagi tuh. Pahit memang pahit. Tapi pahit dia sedap, lemak-lemak macam tu. Hehe. Lagipun dari kecik anis duk tengok mama anis berpantang kat kampong, arwah nenek punya ramuan herba kampong tu lagi kuat baunya. Entah apa yang direbus, sampai hitam airnya. Hehe. Kira okayla, sekarang semua dah siap sedia kan? Kat KL ni mana nak cari daun-daun herba akar kayu bagai tu.
 
 
Nak tau berkesan and okay ke tak amway ni, uolls kena la tunggu anis bersalin dulu. Hehe.
Logo Design by FlamingText.com

3 comments:

Sheila Salim said... reply to comment

Assalamualaikum anis, alaaa anis.. sheila bersalin dulu. kalau anis bersalin dulu boleh gak tunggu review anis nanti. hehee. sheila nak beli Anugerah. beralih daripada Tanamera. kuikuiiii. harap2 set berpantang ni berkesan buat kita ya. In shaa Allah ~~~

Zila Zainal said... reply to comment

wahh baru first time tau ada set bersalin amway.. macam2 kan skang set bersalin..

Sya Mimie said... reply to comment

disebabkan kita masih awal, jadi tak tahu nak pilih yang mana nanti..