Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

m2b : Autumz Home & Car Warmer

Logo Design by FlamingText.com
Last weekend (26/4/2014) anis and en.suami ke Expo Mother, Baby and Kids di SACC Convention Center. Expo ni bermula dari 25 - 27 April 2014. Niat di hati nak cari breastpump. Manala tahu kalau-kalau dapat harga promosi expo kan?

Sesampai je kat SACC Convention Center tuh,parking tak payah cakaplah. Jenuh pusing-pusing cari parking. Last-last parking kat dalam Anggerik Mall. 

Ingatkan besarlah expo ni, eleh kecik je. Hampa. Itulah yang en.suami anis cakap. Banner bukan main banyak ditempek sepanjang jalan. Sekali sampai halusss je. Booth pun banyak yang bukak bisnes online. Pureen ke, Pigeon ke, Avent ke memang tak ada. 

Pusing-pusing adelah jumpa booth One Baby World ni. Padahal ada je cawangan OBW ni kat rumah anis. Hehehe. Tengok-tengok ada warmer. Autumz Home & Car RM75. Kalau tak RM99. Kalau ambik warmer and steriliser RM160. En Suami suruh je anis ambik steriliser tu. Tapi anis taknak. Sebab memang tak ada niat nak beli pun kan? huhuhu.

Takpelah. Pusing-pusing dulu. Jumpa satu kedai jual warmer home & car Little Bean. RM99. Hurmm, rasanya kat e-mumshop lagi murah kot. Nak pusing-pusing lagi, tapi dah tak ada apa yang hendak dipusing and ditengok. Haha. So, back to both OBW. Malas dah nak nak pikir panjang, anis pun grab jelah warmer Autumz Home & Car, warna Lilac! hehehe.

Finally, i got myself a warmer from autumz! hehehe.



warmer ni kalau 40 degree untuk panaskan susu, 70 degree untuk panaskan makanan, while 100 degree untuk sterilise small-small part cam teats, bolehla. hehe.

memang almost every type and brand of feeding bottle fit dengan warmer ni. anis punya avent and nuby pun muat. hehehe. excited. tak sabar nak guna.



untuk penggunaan dalam kereta pulak, cuma dibekalkan sekali soket untuk kereta je la. tapi warmer ni tak boleh digunakan semasa kereta sedang bergerak. Maknanya kena berhenti tepi jalan, baru boleh on warmer tu. Mungkin dia takut batery kereta kong kot nanti. Hehe.

 

Logo Design by FlamingText.com
 

4 comments:

Lieya Von Jay said... reply to comment

menarik dan sangat comel warmer ni :)

Sheila Salim said... reply to comment

Assalamualaikum anis, nape tak beli steriliser sekali? kan mudah nak steril botol dan breastpump parts. hehehe. sheila tak amik yang warmer untuk car. sebab malas, kereta nak kena stop baru boleh cas dia. heee baik BF anak je. in shaa Allah. hihi. comel gak warna lilac ni...

Farah Waheda Wahid said... reply to comment

wah menarik ni, akak tak beli pun anis warmer...

cik mah said... reply to comment

Bgus2...smngt untuk bg baby susu....bnda ni berguna sngt...