Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Milk Booster dan Hasil EBM

Logo Design by FlamingText.com
Susu merudum? Dah tak meriah?

Haha. Dah macam buat iklan pulak kan. Mommies punya hasil EBM macam mana? Meriah tak? Anis punya EBM tak adalah meriah mana pun. Sekali pump dapatlah dalam 6-10oz. Tengok masa jugak, kalau lepas makan and minum, kurang-kurang dapatlah one session dalam 10oz.


Tapi kalau lepas BF, tak makan and minum lagi dapatlah dalam 6oz je. Sehari anis akan pump 2x sehari. So sehari selalunya anis boleh dapat 12-20oz. Bukan buat stok untuk nak kerja nanti pun. Awal lagi nak start buat stok. Untuk kegunaan harian je. Kadang-kadang nipple macam nak crack kan, rasa pedih. So anis bagi dalam botol je la.

one session 6oz. ok la kan? huhu.


Okay, jom sharing ape milk booster mommies semua, untuk perbanyakkan susu ibu.



Anis punya milk booster?


1. Lobak Putih
buat sup sayut + sawi

2. Milo
setiap kali lepas BF anis mesti buat milo minum

3. Madu asli 
1 sudu pagi 1 sudu malam, tak payah bancuh dalam air.

4. Kurma
makan buat kudap-kudap je, yelah dalam pantang bukan ada kudapan lain pun yang boleh makan kan? huhu.

5. Susu Soya
start minggu ke2 pantang anis minum soya, selalunya soya freshla. Soya kotak anis tak minum. Kalau dah xda soya fresh baru minum soya kotak.

6. Biskut Oat
Start minggu ke2 jugak, anis start makan biskut oat original yang jacobs punya tu, selain dari bantu produce kan susu, bantu kita diet gak kan? kenyang kot makan oat tu. Well, berat anis pun dah 60kg sekarang dari 72kg masa last week preggy dulu.

7. Air masak suam
minumlah air masak secukupnya. Kalau kurang minum air masak, tak ke dehydrates mommies nanti? dahla BF. Air masak suam minum banyak-banyak tak buncit pun. Dont worry.

8. Be happy!
kalau nak susu ada memanjang, mommies kenalah happy always. Jangan stress. Prolactin dihasilkan bila kita happy. Hehehe.


Ok. Tu je milk booster anis. Tak sempat lagi nak bershaklee nak beli ESP. Huhu. Manfaatkan ape yang ade ajelah. Mommies? Macam mana? Share la sama. Boleh anis tau jugak nanti. Hehe.
 
Logo Design by FlamingText.com

2 comments:

Sheila Salim said... reply to comment

Assalamualaikum anis, alhamdullilah meriah susu untuk baby Araa. bestnya. sheila pam setiap 2-3 jam sekali. sehari dapatlah 8 sesi. satu sesi kalau bengkak susu boleh dapat 8oz. kalau biasa2 dapat 5 oz satu sesi. hehehe jgn selalu pakai botol sangat yang. awak tengah pantang lagi, baik df anak je. jgn jadi cam sheila. adam refuse nipple kita tau. lepas umur 2 bulan baru dia reti nak nipple kita. hahahah

merahitujambu said... reply to comment

kena pandai cr kan..sy harap sy dpt th jugak mcm awak