Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Pengalaman bersalin finale : Day 4 & 5 in ward

Logo Design by FlamingText.com 
30 Jun 2014

10.00am
Anis dipindahkan masuk ke 2nd class. Sejuk. Air-cond. Sian baby macam tak tahan sejuk. Kejap-kejap terjaga. Nasib baik dah mandi tadi masa kat luar. Kalau tak mahu gigil lepas mandi masuk dalam air-cond. Huhu.

12.30pm
En.Suami ngan adik yang lelaki datang bawak bubur. En.Suami azankan and qamatkan dulu baby. Yelah, semalam tak sempat kan? Huhu. Excited dia ngan baby. Anis pun sama la jugak kan. Banyak gila kami snap pic. Hehe. Tak lama lepas tu papa mama anis pun sampai jugak, tengok cucu pompuan they all yang 1st. Hehe. Yelah, along anis dua-dua hero. This time baru dapat cucu heroin. Hehe. Tinggal opah jelah lagi belum tengok. Tapi dah wassap dah picture malam tadi. 

2.00pm
waktu melawat dah habis. En.Suami and family pun dah balik. Tinggal la anis ngan baby je. Masa ni anis dah mula rasa sakit sikit-sikit. Yela bius makin lama makin hilang kan? Semalam gagah lagi sebab saki baki bius tu duk ada lagi. Kalau tak takdelah anis duk tawaf katil malam tadi. Hehe.

4.30pm
En.Suami datang lagi hantar bubur. Macam biasalah. Main-main ngan baby jap. Huhu. Sampailah habis waktu melawat.

8.00pm
Anis mula perasan baby kerap nangis and and berak. Hurm kenapa ye? Mama anis cakap angin la tu. Sebab tadi tengahari anis ada termakan lauk hospital. Dia wat sup sayur labu air. Mama anis cakap sayur tu angin. Betulla kot, sebab perut anis pun memulas and sakit sangat. Nak kentut pun tak lepas. Anis perasan baby pun sama. Nak kentut or berak mesti dia nangis dulu. Bila tanya nurse dia cakap biasa je. Dahla masa ni rasa sakit kat belakang (tempat inject bius spinal) sangat-sangat terasa. Nak baring flat memang tak dapatla. Katil tu 90 darjah je anis prop-up kan. Tempat c-zer pun semakin ngilu. Rasa macam terkoyak je (padahal memang koyak pun. 7 layer kot!). Seksa sangat-sangat saat nak bangun tukar pampers baby and time nak ambik and nyusukan baby. Menitik air mata. Tapi sebab baby, anis boleh tahan semua tu.


1 Julai 2014

12.00am
Keadaan still camtu. Anis sait perut, baby pun nangis sakit perut. Hurm camana nak buat? buntu sangat-sangat. Risau kat baby. Tangan tak putus-putus wassap ngan En.Suami. Dia pun risau. Tapi nak wat camana, bersalin kat gomen kan, husband tak boleh tunggu. Thie whole night memang anis berjaga. Kalau terlena pun dalam 5-10minit camtu je. Sebab baby tido tak lena. Kejap-kejap nangis. Malam tu saja 7 pampers baby anis tukar. Kesian baby sakit perut.

9.00am
Doctor datang review anis and baby. Tengok operation site. Die bukak plaster and spray kan dengan op-site spray untuk cover tempat suture tu. Anis dapat balik arini. Yahooo! Syoknya. Terus call En.Suami suruh datang. Hehe. Sebelum tu bawak baby g mandi dulu. Harini depa mandikan kita tengok, baju baby kita pakaikan sendiri. Kalau boleh anis nak mandikan sendiri je baby. Hehe.

11.30am
En.Suami datang. Semua dah setel, cuma kena pergi potong nama kat unit hasil kat bawah je lagi.

12.30pm
Anis pun dah siap-siap tukar baju. Sebelum balik pergi kaunter nurse dulu, ambik MC, Akuan Bersalin, Buku Baby and segala jenis dokumen and borang lah. Termasuk borang untuk buat mykid baby. Hehe.

1.30pm
Going home! Yahooo! Masa ni singgah jap cheras ambik barang baby, then singgah puchong jap opah nak tengok cucu. Finally sampai sri kembangan umah parents anis. Bermulalh episod pantangku. Alhamdulillah. Selamat semuanya.
  Logo Design by FlamingText.com

2 comments:

Sya Mimie said... reply to comment

asslmkm anis.. bersabar je anis tmpuh semua ni kan.. kita tak tahu la nti macam mana..

merahitujambu said... reply to comment

sy follow part2 awak cite pasal bersalin..boleh jadi panduan.jg dri ya.pantang lelok