Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Pengalaman Bersalin part 1 : air ketuban leaking?!

Logo Design by FlamingText.com 
26 Jun 2014

Harini rasa tak sedap badan. Lenguh-lenguh satu badan. Macam nak kena asma pun ada. Tak larat rasanya nak perg kerja. So, anis decide nak EL jelah. En Suami mula-mula nak pergi kerja, tengokkan keadaan anis dia decide half day. So after lunch break baru dia masuk kerja.

Teringin nak makan KFC, alang-alang En Suami nak masuk kerja after lunch break so we all decide pergi lunch kat KFC, then dia drop anis balik umah sebelum masuk kerja.

Sepanjang petang anis duduk bermalas-malasan depan tv je lah. Tengah duk baring-baring ke hulu ke hilir, suddenly anis rasa basah. Ohh. Apakah? Ikotkan sekarang anis pregnant 37weeks 5days. It's can happent anytime.



err? air ketuban ke?

cuak jap. terus wasap en.suami and kakak. 50-50 rasa macam bukan air ketuban. Discharge biasa-biasa je kot. Try buat-buat batuk. Nothing. Tapi terus pakai pad la. Senang nak monitor kan, kalaulah betu-betul air ketuban. Call kawan kat tempat kerja mintak tolong hantarkan siap-saiap borang permohonan cuti bersalin. Mana la tau in-case of apa-apa yang akan terjadi kan? Huhu. 

Sampaila dah petang, en.suami balik tanya nak pergi klinik or hospital tak. Anis taknak. Sebab lepas pakai pad memang tak ada apa-apa. 100% pad anis pakai dry je. So, thats mean that bukan air ketuban la kot. Lagipun malam ni anis dah beli siap-siap ticket Transformer : The Age Of Extinction 2-3 hari lepas. Memang dari haritu duk harap sangat sempat tengok transformer. Hehe.



27 Jun 2014

Harini anis bangun pagi macam biasa. Baru nak bangun pergi mandi. Opps! Rasa macam ada air meleleh. Pad yang anis pakai soaked. Cepat-cepat pergi toilet. Buat-buat batuk. Ok. Ada keluar sikit. Terus kejut en.suami ajak pergi hospital. En Suami terkejut bila anis cakap "abi, jomlah sayang nak pergi hospital. air keluar balik ni. Pad dah basah". Terpinga-pinga dia pandang anis. Huhu.

Kami pun mandi-mandi then siap-siap nak pergi hospital. Sempat lagi anis pack barang-barang anis yang mana belum complete. Kemas-kemas rumah sikit. Pergi pekena roti canai nga teh ais dulu. Order half boiled egg 2 bijik. Then lepas tu baru anis gerak pergi Hospital Ampang.

Sampai-sampai je kat PAC, terus kena tukar kain then kena cek. Cek CTG ok. No contraction. Buat VE then doctor suruh batuk, ok ada air keluar. +ve ketuban yang dah leaking. Cek jalan pulak. Fingertips lagi. Belum bukak even 1 cm. Tapi anis kena admit terus tengahari tu. Sebab doc consider anis dah start leaking dari petang semalam. Air ketuban pun dah nampak kurang masa doc scan tengok. huhu. Sob sob sob. Redha je la. So doctor pun dah buat plan untuk anis kat PAC lagi before admit ke ward. Tukar semua baju, then tunggu turn untuk masuk ward je. 

Apa yang kelakar, PPK tolak naik wheelchair. Anis mintak jalan kaki je, sebab anis memang sihat and segar je, tak ada sakit apa-apa. Tapi tak boleh dah memang prosedur. Huhu. Apa yang pelik lepas anis tukar pad baru kat rumah sebelum datang hospital sampai la admit, tak ada pulak leaking. So, sahla anis jenis yang leakinng dalam setitik dua camtu je.



to be continue...

  Logo Design by FlamingText.com

6 comments:

Sya Mimie said... reply to comment

asslmkm anis.. laaaa, sepi lelama rupanya dh bersalin ye.. tahniah..

cik mah said... reply to comment

Anis dah bersalin...tahniah...

cikCT said... reply to comment

tanjat titew tgk2 anis dh cerita pglmn bersalin. rupanya kita terlepas tgk entri anis yg dh keluar nama baby.

congrats dear! :)

chenta abBy said... reply to comment

salam,,k.anis,,patot la sepi je,,da bersalin rupe nye..huhu..tahniah..;)

merahitujambu said... reply to comment

bila nk buat sambungan ni dear..x sbr nk th next

diana said... reply to comment

Terima kasih share pengalaman.. saya tgh mencari2 jugak tanda2 air ketuban bocor..klu ikut kesan kat baju memang dah sama... tp saya baru 34 minggu.