Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Pengalaman Bersalin part 2 : induced

Logo Design by FlamingText.com
27 Jun 2014

.... dah masuk wad terus masuk 2nd class. Dalam bilik ada 4 bedded. 2 toilet. Kat pintu toilet tulis dilarang meneran di dalam tandas. Hehe. Betullah macam blog-blog yang anis pernah baca sebelum ni. En Suami tunggu sekejap, sementara waktu melawat ada lagi.

Waktu melawat Hospital Ampang
weekdays 12.30 - 2.00pm, 4.30-7.00pm
weekend and public holiday 12.30pm - 7.00pm.

Okay. Macam anis gitau dalam previous entry. Masa kat PAC, MO tu dah siap-siap buat plan untuk anis. Plannya INDUCED lah. Apa lagi. Huhu. Esok pagi 1st prostin will be inserted through miss v. Petang cek jalan tengok dah bukak ke belum. Kalau belum, 2nd prostin will be inserted. Malam and pagi keesokkan akan cek jalan lagi. Kalau still tak bukak, 3rd prostin will be inserted, and anis dah kena puasa siap-siap. In-case kalau tak bukak jugak boleh terus tolak masuk OT untuk emergency c-sect.

So, anis just angguk je lah. Nak cakap apa lagi kan? Memang kalau boleh tak nak induced, tapi sebelum jadi infection kat baby, ape pun anis sanggupkan je. Memang mintak sangat-sangat lepas 1st or 2nd induced nanti jalan buka. Taknak c-sect. Huhu.



28 Jun 2014

7.00am
Pagi-pagi lagi nurse dah suruh siap-siap masuk bilik treatment. Ready untuk 1st prostin. Buat VE cek bukaan, still tak ada sebarang bukaan. Servix pun tinggi lagi, apatah lagi nak effaced. Huhu. Doctor ni seluk ok je, tak rasa pape pun. Lepas tu terus masukkan prostin.

Lepas masuk prostin dalam satu jam anis tak boleh bangun. Kena CRIB je (complete rest in bed). Dah cukup satu jam nurse datang buat CTG. Still no contraction.

1.00pm
En.Suami and MIL datang bawak makanan. Hehe. Makan dulu. MIL and En.Suami tengok anis relax je tak sakit. Just mild contraction yang cam sengugut tu je. Huhu.

3.00pm
Nurse panggil lagi sekali. Nak cek jalan. Kali ni dapat doctor yang agak kasar. Gila sakit dia seluk. Seluk-seluk, baru 1cm. Hurmm 2nd prostin inserted. Sabar lagi menunggu. 1 jam jugak kena CRIB. Lepas satu jam nurse datang buat CTG lagi. Mild contraction je. Below 25 je. Heartbeat baby pun still ok. Tak ada tanda-tanda distress pun. VCO Tanamera dah sebotol anis teguk tadi. Huhu. Hope jalan bukak la nanti.

9.00pm
Dah malam dah. Aih. Terasa sakit la. Rasa nak berak tu makin kuat. Pinggang semakin lenguh. Tangan memang tak berenti duk wassap ngan en.suami. Dia kat umah dah risau. Susah hati, yelah  tak pernah kot anis sakit ke apa en.suami tak ada kat sebelah. Gitau nurse kat kaunter. Pastu nurse suruh masuk dalam bilik rawatan nak cek jalan. Seluk-seluk. Baru 2cm. Hadoiii. Sakitnye. En.Suami risau, dia siap-siap nak datang hospital. Tak boleh masuk pun dia cakap tak apalah, tunggu kat lobi pun boleh.


29 Jun 2014

4.00am
Nurse datang buat contraction. No strong contraction lagi. Dalam 45 macam tu je. Wassap en.suami suruh balik rumah je lah. Esok pagi-pagi datang lagi. Kesian pulak kat dia duk menunggu kat bawah sorang-sorang.

8.00am
Nurse datang suruh masuk bilik rawatan. Masa ni berdoa je lah hope dah buka sampai 3cm. Sampai je turn, seluk-seluk still 2 cm. Ohh. Hampanya. 3rd prostin inserted. Last induced. Still kena CRIB 1 jam Doctor terus suruh anis start puasa. Apa-apa nanti boleh terus masuk OT. Wasaap En.Suami gitau. Dia pun dah mula susah hati.

11.00am
Rasa sakit contraction makin terasa. Nurse datang pasang CTG. Memang contraction dah strong. Kadang-kadang tahan sakit tu sampai menitik air mata. Hurmm. Macam nilah kalau dipaksa menda yang belum tiba masanya. Sob sob sob. Sakit. Contraction pun almost 100. Boleh tahan kuat jugak la tu.
graph belah atas tu heartbeat baby, while yang bawah kita punya contraction.

lepas buat ctg ni, anis kena seluk lagi. This time sangat sakit, sebab nurse tu nak tolong bagi bukak jalan. Ape yang hampa, cervix anis still 2 cm je. Hurmm, macam dah tak ada harapan je. Pasrah je lah. Harap semuanya selamat.

12.30pm
En.Suami datang. Masa ni memang anis tengah duk tahan sakit dah. Nak sembang-sembang pun terbantut. Tapi bila en.suami buat lawak anis boleh lagi gelak walaupun air mata dah bertakung. Ya Allah, syukur sangat. At least En.Suami ada kat sebelah walaupun sekejap. Rasa tahan la sikit sakit tu.

3.00pm
Nurse panggil lagi sekali, doctor nak cek jalan. Kali ni memang anis hanya mampu berdoa dan pasrah je lah. Masuk je bilik rawatan, doctor dah tunggu. Seluk-seluk. Hurmmmm. Still 2cm. So, maknanya anis memang nak kena masuk OT jugakla. Tak ada pilihan lain dah. Sedih jugaklah, sebab kalau boleh memang taknak czer. Masuk bilik, En.Suami dah excited tanya berapa cm dah. Anis just geleng kepala. Terus air muka dia berubah. Cepat-cepat dia peluk anis. Nampak air muka dia risau and takut. Hehe. Sayang kat bini dia nohh. Anis cakapla, tak ada apalah. Asalkan baby selamat. Masa ni memang sakit contraction dah tak menentu. Sakit sangat. Tapi takpelah, jap lagi dah kena bius under spinal semua sakit hilangla. Sedaya-upaya cuba sedapkan hati.



to be continue...



  Logo Design by FlamingText.com

3 comments:

Sya Mimie said... reply to comment

fuhh.. macam tu sekali dugaan buat anis ye.. kita ni nti ntah macam mana la kan..

emalin mohd said... reply to comment

Alhamdulillah..Selamat berpantang dan Happy berastfeeding baby...:)

mawar berduri said... reply to comment

bab kena seluk tu tak leh tahan kan..kita sekali doc seluk nk tlg bg jalan keluat..tp still tak keluar lagi..kes kita pula overdue 42w2D tau..ngam hari nak operate tu air ketuban pecah nak bersalin.