Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Pengalaman Bersalin part 3: pre operation

Logo Design by FlamingText.com 
29 Jun 2014

3.00pm
Anis call parents anis, kakak, MIL inform. Sempat lagi mintak maaf. Huhu.Sementara duk menunggu OT ada kosong tu, doctor anaest pun datanglah mintak consent (kebenaran) untuk operation, blood transfusion and risiko pembedahan. Suami pun ada sekali masa ni. Masa doctor explain bab risiko tu, nampak air muka en.suami berubah. Lepas doc anaest tu pergi dia cakapla dia risau kalau jadi apa-apa. Huhu. Anis just senyum je. Taknak En.Suami risau. Sedangkan anis lagilah risau. Huhu.

4.00pm
Nurse datang, nak insert CBD (tiub kencing), then cakap OT dah panggil. Huhu. Tak sangka secepat tu. Terpinga-pinga en.suami masa tu. Dah siap-siap pasang CBD, buat skin prep, nurse terus nak tolak katil pergi OT. Seriously kelam kabut. Tak sempat nak cakap-cakap ngan en.suami. Nurse suruh en.suami cepat-cepat pack barang sebab lepas operation ni anis dah tak masuk wad yang sama dah. Tinggal en.suami kemas barang, nurse terus tolak katil. Alaa, macam mana ni tak sempat jumpa en.suami. Marah sangat kat nurse yang tolak time tu. Dahla kasar, pinggang anis time ni sangat la sakit, contraction pun makin kuat.

OT kat level 3. Turun-turun kat level 3, nampak en.suami dah terpacak depan OT dengan beg-beg yang banyak. Kesian en.suami kelam kabut. Nak je pegang tangan dia masa tu, nak je peluk-peluk dia time tu. Mulalah fikir macam-macam. Takut tak dapat jumpa dah lepas ni. Air mata dah bergenang. Masa nak pindah dari katil ke stretcher OT sangatlah seksa. Nak bangun rasa macam dah tak boleh. Lepa nurse OT tanya nama and IC semua, dah ready nak masuk dalam. Cepat-cepat salam en.suami. en.suami kiss dahi semua. Huhu. Sedih sangat time ni. Masa pun cepat sangat berlalu. Huhu.

4.30pm
Masa ni kat dalam waiting bay / recovery room. Doctor anaest yang nak bius anis tu pun datang explain macam mana prosedur bius under spinal. Masa tu antara faham tak faham sebab sakit sangat. Sejuk gila pulak tu. Dahla pakai gown OT yang nipis and seksi tu. Huhu. Dah siap explain tu, terus nurse tolak masuk OT Room. Ohh, 1st time jadi patient terbaring atas stretcher and dialihkan ke OT Table. Kalau tak anis yang nurse ni yang buat semua tu kat patinet dulu-dulu.

Semua orang dah ada dalam OR. Doc Anaest suruh anis duduk peluk bantal (sedikit membongkok) nak inject bius tuh. Huh, masa ni dia punya seriau tak ingat. Seram sejuk gitu. Duk fikir macam mana lah kalau doc ni salah inject? spinal kot. Silap sikit mau lumpuh dibuatnya. Huhu. Then terus fikir +ve balik. Selawat banyak-banyak. Bismillah semua. Baca semua ayat yang terlintas di kepala. Tarik nafas and relax.

1st injection. Opps, macam tak kena. Ngilu dan tajam rasanya. 2nd injection. Terasa macam ada elektrik mengalir ke setiap genap saraf and urat di pinggang ke sebelah kiri. 3rd injcetion. Terasa elektrik mula mengalir  di setiap urat dan saraf pinggang sebelah kiri. 4th injection. Terasa ada cecair menitik-nitik kat belakang. Tak tahulah ape, darah kot? Lama-lama anis mula rasa panas dari pinggang ke bawah. Terasa makin berat. Terasa makin kebas.

Anis pun dah baring sepenuhnya, kaki semakin berat and dah tak rasa apa-apa. Yang stil bergerak tangan kiri dan kanan, dan kepala anis la. Mata kelp-kelip tengok sekeliling. Nurses and doctors tengah sibuk masing-masing.  Serius tak rasa apa-apa. Anis duk tunggu jugak saat-saat rasa pedih or ngilu masa blade toreh perut ke apa. Tapi nothing. Hurm lambatnya. Anis pejam mata. Tak tidur tapi tetap tunggu rasa-rasa pedih tu datang.

Lama. Tiba-tiba anis dengar bunyi macam suction. Bunyi macam mana ek nak gitau? bunyi macam orang minum air guna straw tapi air dalam gelas dah nak habis. Srot-srot macam tu bunyi dia. OMG. Perut and rahim dah dirobek sepenuhnya tu. Bunyi tu bunyi suction air ketuban and darah. Gulp, telan liur. Seriously memang tak ada rasa langsung walaupun cam kenan cubit. Tunggu dengar bunyi baby nangis pulak.

Tiba-tiba rasa macam baby movement, cam tendang-tendang yang kuat masa dalam perut. Terus anis bukak mata. Tengok doc anaest tu ada kat tepi anis. Dia cakap "rasa ke? doctor tengah tekan-tekan perut sikit nak keluarkan baby. Ok. 5.12pm, kepala baby dah keluar. Tunggu, sikit lagi. Ok. 5.13pm, baby dah keluar" anis senyum je. Dengar nurses buat suction kat baby. Tak lama lepas tu dengar baby nangis.

Dalam 5-10 minit lepas tu nurse datang bawak baby, tanya anak apa. Anis cakap la. Baby girl. Nurse letak jap atas dada anis. sempat la cium die jap. Tak terkata saat-saat dah dapat tengok baby tu. Ya Allah sebak rasa hati ni.


to be continue..
Logo Design by FlamingText.com

4 comments:

Sheila Salim said... reply to comment

Assalamualaikum anis, Subhanallah. sedih sheila baca ni.. teringat sangat time sakit contraction tu. Ya Allah.. rasa lega yang amat bila nampak anak keluar ke dunia ni.. syukur alhamdullilah. nanti kenalkan anak anis ye.. rindu, lama tak singgah sini ~~~

*happy breastfeeding mommy !

Normi Nieza said... reply to comment

alahai ngerilah plk baca entry anis nie..:)

Sya Mimie said... reply to comment

assalamualaikum anis.. Ya Allah.. tetiba rasa sebak pula baca ni.. syukur baby lahir dgn selamat..

Wani Ameen said... reply to comment

Nice blog. Done follow your blog. Follow me back. www.waniameen.blogspot.com