Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Pengalaman Bersalin Part 4 : Post Operation

Logo Design by FlamingText.com 
29 Jun 2014

5.30pm
Semua dah siap. Suture pun dah. Perut dah dijahit rapi. Huhu. Dah dipindahkan dari OT table ke stretcher. Tunggu jap dekat recovery dalam 5-10 minit, terus anis dihantar balik ke wad. Baby anis masa ni they all dah tolak pergi NICU untuk complete kan antibition sebagai profilaksis je, in case takut baby terkena infection sebab anis dah leaking lebih dari 24hr.

En Suami tak adalah pulak kat luar OT. Aishh, pergi mana pulak. Dahla handphone semua ada ngan dia. Huhu. Urmm, mungkin pergi pick-up MIL anis kot. Lagipun jap lagi dah nak berbuka puasa. Masa ni badan anis still mengigil kesejukan. Double blanket pun dah tak rasa.

6.00pm
Nurse terus tolak masuk wad. Kali ni masuk wad postnatal, Wad 4C. This time anis duk cubicle kat luar je. 3rd class. Yang terkejutnya, sekeliling anis tu foreigner je kot. Aiyoo. Dahla tak boleh bangun, anis nak panggil nurse suruh call En.Suami. Sebab masa ni tak tahan sejuk sangat-sangat, Baju pun tak pakai elok. Selimut je. Dahla time melawat, penuh ngan foreigner kiri kanan. Arrghhhh! Stress masa ni. Last-last mintak tolong jugak ngan budak myanmar tu panggilkan nurse.

7.00pm
Still tunggu En.Suami. Waktu melawat pun dah habis. Huhu. Dahaganya time ni. Nak minum sangat-sangat, tapi apa pun tak ada. Nak bangun pun tak boleh. Lying flat for 6hr after operation. Lagipun Lower limb anis memang tak rasa pape lagi. Bius belum hilang. Tak lama lepas tu En.Suami and MIL datang. Fuhh lega sikit. Anis minum sikit, Tapi air masak je lah. Lepas operation mana boleh makan minum lagi, at least 6 jam.

Tanya En.Suami dah tengok baby belum. Dia cakap dah. Tapi kejap je. Sebab nurse kelam kabut nak bawak baby pergi NICU. Nak azan ngan qamat pun tak sempat. Tapi En. Suami cakap mata dia celik je tadi. A'ah, baby memang celik. Masa dalam OT time nurse tunjuk pun mata dia celik je. Hehe.

Mula-mula En.Suami and MIL tunggu jugak baby kat NICU, sebab dia cakap nanti boleh masuk jap nak azan and qamat. Tapi tunggu punya tunggu tak bolehla pulak. So terpaksalah datang balik esok. Tinggallah anis sorang-sorang bersama ibu-ibu foreigners yang lain. Huhu.

9.30pm
Baby sampai kat anis. Nurse NICU datang hantar. Ya Allah. Terujanya rasa. Anis mintak nak BF baby, Nurse tu letakkan baby atas dada anis. Suruh BF. Sebab anis still tak boleh bangun. Tak sabar nak tunggu pukul 11 jap lagi. Nak ambulate. Nak turun katil nak dukung baby elok-elok. Time ni anis snap pic banyak-banyak anta kat babah dia. Hehe. Tak lama lepas tu nurse datang balik angkat baby letak dalam cot bed. Huhu.

muka bebai je.. mungkin sebab kena paksa keluar kot.. hehe

11.00pm
Suppose to be anis dah boleh bangun ni. Cuma perlukan bantuan je. Tapi nurses nampak cam busy duk buat observation ibu-ibu and baby-baby. So anis tunggu je lah.


30 Jun 2014

12.30am
Baru nurse datang kat anis, tukarkan yang mana patut. Pakaikan baju elok-elok. (petang tadi nurse dah bagi baju tapi just sarungkan kat atas je.huhu). Pakaikan pad semua. Then tinggikan kepala katil. Apalagi, kaki pun dah boleh rasa, dah boleh gerak. Anis cuba bangun pelan-pelan. Kalau lepas operation tak boleh nak manja sangat. Kalau boleh lepas 6 jam operation dah boleh dah buat ambulation yang ringan-ringan. Takut nanti constrict pulak muscle kan. Haha. Pandai-pandai je.

Anis angkat baby, bagi BF. Tak ada masalah. Memang tadi pun dia dah pandai hisap. Masa ni anis tak turun katil lagi. Just duduk bangun je lah kat tepi-tepi katil tu. Lepastu makan. En.Suami ada belikan bubur tadi. Ape lagi makan sungguh-sungguh la. Lapar kot, puasa dari pagi kan? huhu. 

4.00am
HO (housemen/doctor pelatih) datang kat anis. Tanya anis dah bangun ke dah minum ke. Anis cakaplah saya dah ambulate dah, dah pergi toilet dah. Terkejut HO tu. Dia cakap cepat sangat anis ambulate. Dahtu, takkan nak baring je sampai esok? Sapa nak jagakan baby? Nyusukan baby? Kena gagah la bangun kan. Lagipun esok pagi kalau specialist datang buat round pun comfirm-comfirm dia suruh bangun jalan-jalan.

8.00am
Disebabkan harini hari isnin, so ada grand round lah. Semua specialist, MO and HO akan turun padang buat round review mommies and babies. Sampailah turn anis di review. Tak ada banyak sembang pun. They all pun tau anis nurse, so tak banyak sangat yang nak di story and advice. Plus, post 6 hr operation anis dah terus ambulate kan? so, nothing to discuss sangat. Just tanya baby and mak dah buang air besar and kecik? baby malam tadi lepas nusu jap je terus berak. Hehe. Excited semalam 1st time tukar pampers anak. Hehe. Specialist cakap esok baru boleh balik. Huhu, another night la kat wad jawabnye. Huhu.


to be continued..
  Logo Design by FlamingText.com

No comments: