Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Pusat dan Tali Pusat

Logo Design by FlamingText.com
Cakap pasal tali pusat baby. Tali pusat baby uolls jatuh masa hari ke berapa? Huhu. Ada ke yang jatuh melebihi dari 2 minggu usia baby?

Lebih kurang 2 minggu yang lepas, 11 Julai 2014.

Macam biasa, pagi-pagi anis akan mandikan Araa. Siapkan dia, pakai baju comel-comel and letak je lah atas tilam dia. Lama-lama dia akan lena sendiri. Tapi haritu tak. Dia macam resah gelisah je. Takna langsung tido. Bagi susu semua. Still resah gelisah. Tengok pampers (tengok tepi je, tak bukak pun) dia tak berak pun. Hurm. Kenapa ye?

Haritu ikutkan Araa dah 13 hari. Tapi tali pusat dia still tak tercabut. Lambat. Tanya kawan-kawan kat whatssapp group. Ada yang 2 minggu baru tercabut. Ok. Lega sikit. Ingatkan semua orang dalam seminggu dah tercabut dah.

Araa still resah gelisah. Tengok pampers dah melorot ke bawah. Hehe. Nak pakai ketat-ketat kan takut bagi pressure kat clipper tali pusat dia. Nanti habis berbekas perut Araa nanti. Huhu. Anis pun bukak la nak betulkan pampers.

Opps! Tali pusat dah tercabut. Yeay! Araa dah besar sikit sebab tali pusat dah tercabut.

Tapi, kenapa pusat Araa tak kering? Nape jadi camtu?


 Risau. Hurmm. Whatssapp kat group ada yang cakap normal, ada yang cakap tak. Haih. Bertambah risau. Anis still cuci guna chlorhexidine yang hospital bagi tu. Cuci slow-slow je, takut Araa sakit. Huhu.

Nasib baik petang tu Araa ada TCA kat KK, nak cek kuning dia. Masa pergi KK anis tanyalah doctor. Dia tengok pusat Araa. Dia cakap ok je tu. Cuci ngan kerap pakai clorhexidine tu. Cuci pakai cotton buds. Korek-korek sikit. Lepas tu doc cakap jangan pakaikan baby binder @ barut perut. Biar je macam tu, Kalau tak nanti lambat kering.

Alhamdulillah, sekarang pusat Araa dah ok. Dah kering. Anis pun dah tak susah hati lagi dah.
  Logo Design by FlamingText.com

No comments: