Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Review Breast Pump Snow Bear

Logo Design by FlamingText.com
hye uolls!

actually before this anis ada buat entry Breast Pump Snow Bear, so today anis nak buat review la pasal BP ni yang anis dah guna almost 1 month.

Anis start pump hari ke 4 dalam pantang. Sehari lepas discaj baru anis pump. Tu pun sebab dah bengkak. Huhu.



Apa yang anis boleh gitau,


TAK SAKIT
serious tak sakit. tapi kalau nipple tengah crack and breast tengah bengkak cam papaya muda memangler sakit.

SUCTION KUAT
suction ada 3 level and 3 mode suction, paling best mode gentle. Nak kata 100% cam baby punya stimulation tu memang bohongla. Baby hisap memang takkan sama ngan pump. Kan? huhu.

BUNYI 50-50
apa yang anis maksudkan ngan 50-50, adalah kekuatan or tahap kebisingan pump ni. pump ni tak silent tau. Still ada bunyi cam phone vibrate tu. tapi bagi anis ok je, tak bagi masalah pun. bukannya kuat sampai ganggu orang lain dalam rumah. huhu.

SENANG DICUCI
tak banyak part pun. and senang nak buka and pasang balik. nak cuci pun senang. selalunya lepas guna anis buka dulu each part and rendam dulu ngan bottle liquid cleanse untuk baby tu. Lepas tu baru tonyoh-tonyoh and keringkan cam biasa.

RINGAN
okay. Ringan. dia punya motor pump ringan. plus, kecik pulak tu. senang nak bawak ke hulu ke hilir.letak dalam cooler bag jenis tote pun muat.

BATTERY USAGE
boleh guna battery, kalau terlupa bawak cable dia. tapi, so far anis tak pernah lagi guna bateri. Plug in je memanjang. Hehe.

CUTE
okay. dengan size dia yang kecik molek and warna light yellow yang sangat-sangat nice buatkan die sangat cute. hehe.


so, anis punya conclusion anis suka sangat ngan breast pump snowbear ni. Bagi anis, anis dah puas hati. Hasil EBM pun boleh tahan. Anis bagi 4 bintang dari 5. Hehe. Dahla murah. Ape lagi anis nak kan? Murah dan puas hati. So, kalau rasa nak beli, beli je. Sebab memang ok (bagi anis memang ok tau). Hehe.

  Logo Design by FlamingText.com

1 comment:

Miss Dilla said... reply to comment

Dila sekarang dok 50-50 nak beli ke tak... hurmmm