Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Nike Roshe Run

Logo Design by FlamingText.com
Holla mommies! Kali ni entry anis entry pasal kasut pulak. Haaaaa. Entah macam mana tiba-tiba rasa nak buat entry kasut pun entahla. Jom! Layankan mata mommies semua.
 
 
Nike Roshe Run
 
Siapa yang tidak kenal dengan jenama sukan terkenal Nike? Tak salah kalau anis cakap bahawa Nike merupakan jenama sukan yang terbaik dan paling digemari ramai. Kann?? Mempunyai ribuan butik di serata dunia, Nike sentiasa mencuri perhatian umum dengan keluaran koleksi pakaian dan kasut yang menawan. Antara salah satu koleksi kasut Nike yang telah menjadi fenomena dan mendapat perhatian ramai adalah koleksi kasut Nike Roshe Run. Fuhh! One of my favourite design dari NIKE. Rekaan yang amat berbeza dengan kesemua rekaan yang terdahulu, Nike menawarkan beberapa rekaan edisi Roshe Run yang boleh uolls temui dalam pelbagai pilihan warna menarik. Apa yang menarik lagi, koleksi kasut Nike Roshe Run Online ini sesuai untuk digayakan dengan apa jua padanan pakaian. Awesome gituuu.
 
Cun kan? Uolls belum tengok design printed flower and leopard. Lagi cun okay!!
 
 
Cara Menggayakan Nike Roshe Run


Paling sesuai digayakan dengan padanan pakaian kasual anda di hujung minggu. Gayakan bersama jeans dan t-shirt dan nikmati hujung minggu yang selesa. Mengancam kau kiah.

 
Atau uolls juga boleh tampil dengan gaya casual untuk ke pejabat dengan memakai koleksi kasut ini sebagai kasut pilihan. Hurmm, iolls pakai uniform. So tak bolehla nak melaram dengan roshe ni. Sob sob. 





Dipadankan dengan skirt atau short pant? Tiada masalah! Koleksi kasut Nike ini direka khas untuk setiap wanita tidak kira mengira umur.





Koleksi Nike Roshe Run ini juga sesuai untuk digayakan dengan pemakaian dress seperti berikut. Mungkin kelihatan janggal apabila dipadankan dengan koleksi kasut yang lain tetapi nampak sempurna dengan Nike Roshe Run!
 
Wait! Wait! Outfit punya style Untuk hijabista takde ke?
Walaweh of course la ade kan.
 



So? Ape tunggu lagi. Jom grab.
Haaa. Berbaloi-baloi. Sebab easy match tau roshe run ni.
Logo Design by FlamingText.com

Hubby, it's your Birthday!!

Logo Design by FlamingText.com
Throwback birthday en somi sabtu lepas, 7/11/15. Phewww.

Ekceli sejak memenjak dah kawen and ada dotter nih, rasanya tak pernah lagi anis selebret (engelis broken. Sori) beday to you en somi. Kahkah. Last rasanya sebelum kawen kot? Oh my. 

So bila pikir balik kan, (sebulan sebelum kejadian) anis rasa nak buat seprais la sikit. Nak suruh en somi tanjat sikit. 

So bermulalah planning yang tak tau macam mana jalan ceritanya. Just book delivery bunga je dulu. Awai book and paid. Lebih kurang sebelum. Eksaited noks. 

Tapi lelama lupa plak plan nak wat seprais tuh. 3-4 hari sebelum baru gigih pikir plan nak wat seprais yang semestinya save budget dan simple. 

Dan, pada pagi berkenaan. Bangunlah daku lebih kurang jam 6 pagi wat deco (semestinya en somi and my dotter, Araa masih lena dibuai mimpi).

 Bahan-bahan save budget dari DIY. Siyes xtaulah nak beli apo mondo. Thought block!

So inilah yang jadik.

1. Tempek kad beday kat cermin toilet. Dia tanjat. Lepastu senyum-senyum. Suka la tu. Hikhik.
(Malam sebelum tido awal saja taknak wish. Kununnya lupa beday dia)

2. Keluar dari bilik, ke ruang tamu nampak deco kat cermin besar. Tanjat lagi. Hahaha.

Bolehlah deco gini, dok? Simple je.


3. Tengah-tengah en somi ralit kat depan ngan si araa, anis wat keluar kek dari peti. Siap nyanyi lagu beday to you. Oh my. Hahaha. Tanjat lagi. Senyum sampai telinga.

Jangan tanya nama kek tu huduh. Hahaha. No 28 tu ekceli lilin. Tapi sebab sejuk dalam peti ais, api takmau nyala. Sejuk.

Seronok ka? Hamboihhh.

Lepastu, seprais last.

4. Rose bouquet sampai. Suruh en somi bukak pintu, cakap ada poslaju sampai.
Hah. Kau. Sejambak bunga. Tanjat lagi. 

1st time anis beli bunga delivery ni. Huhu.  Neves pulak tgu delivery sampai.

Murah. Bouquet ni rm40 je tau. Sebab ada promo. Pakej lain pun banyak. And semuanya harga masuk akal.

Nak try usha tengok nak bagi seprais kat mak abah nenek tokcik blehla usha web dia. Servis pun tiptop. 
 

Ok lah. Sekian entry syok sendiri.
Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak : Kenapa Dengan Araa??!

Logo Design by FlamingText.com 
Salam mommies. Kat sini ade tak sesiapa yang mengalami baby / anak menangis almost whole day, every night and worse refuse to eat or drink. Huhuhu. Sebab itulah yang Anis tengah alami lebih kurang 3 minggu sudah. Cuma sekarang dah ok la sikit, makan minum dah. Cuma tak banyak and berselera macam dulu-dulu.

Ceritanya bermula lebih kurang 3 minggu lepas. Masa tu hari ahad, dah malam dah pun. 12 midnight lebih dah. Araa dah tido. Tiba-tiba Anis rasa badan Araa panas sangat. So Anis pun cepat-cepatlah cek suhu Araa. Hurm 38++. Nak kejut bagi syrup paracetamol tak sampai hati. So Anis just insert suppository paracetamol 125mg je lah.

Keesokan hari, Araa still panas. So Anis decide ambik Emergency Leave je lah. Malam kemudiannya, Araa dah ok. Badan dah tak panas. Tapi dia buat perangai comel pulak. Tiap-tiap malam mesti dia terjaga area pukul 1-2 pagi kemudian nangis-nangis. Sampailah hari jumaat, lepas kerja Anis pergi ambik Araa kat babysitter. BS Araa cakap, the whole day taknak makan. Susu pun minum tak habis. Hurmmm.

Balik rumah, bermulah fasa Araa menangis serba tak kena. Makan minum memang tak nak. Minum pun air masak je. BF pun refused. Keadaan ni berterusan sampai hari sabtu. Nak tido punyalah susah, nak berdukung je. Letak je terus nangis. Minum susu langsung tak. Makan pun sama. Ya Allah, risau sangat.

Dah petang dalam pukul 4.00 call mama Anis. Then atas nasihat mama Anis, kami bawak Araa pergi berubat dengan pekerja papa anis. Mula-mula nak pergi As-Syifa. Tapi kena appointment dulu.
Kebetulan masa sampai rumah pekerja papa Anis, Araa tido lena. Dah siap baca-baca, sapu air kat muka semua Araa pun bangun. CERIA. Ok, kami semua sangatlah lega. Dia pun start nak makan. Balik rumah pun elok-elok minum susu. Tido malam pun lena. Ahad esoknya, Araa ceria macam biasa.

Minggu tu Alhamdulillah Araa ok je. Air yang kami ambik haritu Anis buat minum kat Araa. Sampailah air tu habis. Tiap-tiap petang pulak Anis pasang ayat ruqyah dalam rumah.

Tapi, sekejap je semua tu.

Ahad lepas, badan Araa mula panas. Makin petang makin panas. Bagi syrup PCM, takda tanda-tanda nak kebah. Tido malam, mula-mula dia tido lena. Sampailah Anis sedar pukul 1.30 pagi, Anis rasa badan Araa panas sangat. Cek suhu, 39'c. Hurmmm. Cepat-cepat insert Supp PCM. Lepas insert tu dia terus terjaga. Tak nangis. Tapi ceria main sorang-sorang.

Tengah Araa main sorang-sorang, Anis mamai-mamai ngantuk. Tiba-tiba, "Hye!" Araa lambai-lambai ke arah bucu dinding bilik sambil tersengih-sengih happy. Mula-mula Anis abaikan.
Sampailah tiba-tiba "Cat! Cat!" 2-3 kali Araa sebut cat sambil tunjuk ke arah bucu dinding bilik yang sama. Masa tu memang meremang bulu roma Anis. Belle kat luar memang tak ada dalam bilik. So CAT mana yang dimaksudkan? Araa akan sebut CAT bila ada binatang (real @ ilustrasi) depan mata dia.

Dan hari-hari seterunya, setiap petang dan malam Araa akan demam panas. Suhu 38-39. Pergi klinik jumpa doktor. Kalau 2-3 hari Araa punya suhu badan still tinggi kena pergi lagi untuk blood investigation.

Yang peliknya, every 1-2am in the morning Araa akan terjaga. Samada nangis teruk ataupun bangun main. At the same time suhu mesti spike. Malam tadi je tak naik suhu badan dia. Cuma dia bangun merengek-rengek je.

InsyaAllah weekend ni kami nak bawak Araa pergi As-Syifa pulak. Risau sebab Araa tak pernah demam yang ambil masa 2-3 hari macam ni.


Budak demam tido tak pakai baju. Huhu.

Lemah longlai balik dari rumah BS. BS call suruh datang sebab panas sangat. Bagi makan ubat muntah balik. Huhu. 

Anis pun amalkan ayat ni jugak. Surah As-Saffat Ayat 7. Untuk elakkan gangguan jin dan syaitan.


Hope sangat Araa cepat sihat cam dulu-dulu. Badan pun dah susut.
Kurang makan.

:(
Logo Design by FlamingText.com


Cerita Anak Bulus : DIY Cat Feeder & Water Dispenser


Logo Design by FlamingText.com
Jom masuk kelas DIY bersama Puan Anis. Ahakz!!

Okay, cat lover (dog pun boleh, kambing ke, ayam ke) yang mana ada sifat kedekut cam Anis nak beli cat feeder and water dispenser pikir 58 kali, meh sini ikut step DIY ni guna bahan-bahan recycle je.


Bahan-bahan : 
 botol, tupperware pasar malam, gunting @ pisau, selefon tape @ hot glue gun,
 marker pen, pembaris


 Cara - Cara :

Water Dispenser


1. Potong ikut garisan yang dilukis.
 (sebab tinggi sangat kalau dapat tupperware yang tak tinggi tak payah gunting dah. Sebabnya si Belle tu tak pandai minum bekas tinggi-tinggi.)


2. Ambil botol air kemudian tebuk lubang lebih kurang 1cm dari tapak. 
(Ikut suka hatilah nak botol air ka botol kicap ka. Ikut kreativiti hampa)


3. Masukkan air kemudian tutup dengan penutup botol. 
(tutup dulu lubang kecik tu ngan jari semasa masukkan air, lepastu letak dalam tupperware putih yang digunting mula-mula tadi,air akan keluar pelan-pelan sampai sama paras dengan lubang yang ditebuk) 


Food Feeder (Kibbles)


1. Tebuk lubang di botol ikut garisan yang dilukis.


2. Gunting dan buang bahagian sebelah tepi tupperware pasar malam ni.


3. Cantumkan botol yang ditebuk tadi dengan tupperware pasar malam yang dibuang tepinya. 
(Nak bagi lekat boleh letak selofon tape or tembak pakai glue gun. Kemudian boleh masukkan kibbles dan tutuplah botol tu kemas-kemas)


DONE!!!


Inilah hasil tangan cat lover yang kedekut. Kahkah.
Ni buat tak sampai 20 minit pun. 
So rupa pun gaya tu jelah. Kalau rajin deco lah comel-comel. 

Ok. Selamat mencuba!! 
Logo Design by FlamingText.com








Cerita Anak Bulus : Deworm

Logo Design by FlamingText.com
Yeay! Finally Belle dah dewormed.

Kelakar. Sebab tak pernah buat semua ni kat kucing. Dulu-dulu sekadar bela je. Bagi makan, bagi mandi. Tu je.

Penting ke deworm ni?
Kita perlu memberikan ubat cacing kepada anak2 kucing kita bagi mengelakkan jangkitan roundworm (yg menyebabkan cirit birit, muntah dan pneumonia), hookworm (yg boleh menyebabkan anemia) serta tapeworm. Sekiranya kita terlihat objek seperti bijirin halus berwarna putih didalam najis atau didubur kucing, ianya perlu diberikan ubat cacing dgn segera. 

Dos Ubat Cacing
Dos yang seharusnya diberikan pada kucing :
Usia 2-12 minggu – berikan dos setiap 2 minggu
Usia 4 -6 bulan – berikan dos setiap 1 bulan
6 bulan ke atas – berikan dos setiap 3 bulan


Simptom atau keadaan kucing kecacingan:

Kurus dan berat badan sukar naik
Sembelit mahupun cirit birit
hadirnya darah pada najis
Warna najis gelap dan hitam
Perut buncit, tak mahu makan atau terlebih makan,
Hilang berat badan walaupun makan dengan seimbang
Gusi pucat tanpa sebab, lemah
Bulu tidak berseri, kusam
Berlaku radang kulit terutama pada celah kaki (larva sedang bermigrasi)


Drontal tablet.
 Anis beli ni kat kedai pet, satu tablet Rm8.50.
Masa kat kedai tu Anis tanya, mana lagi senang. Tab or Liquid. Depa cakap tab lagi senang. Sebab kalau liquid, nanti meleleh. Sebab pahit. Kucing pun tak sanggup nak telan.

1 tablet untuk kucing yang berat 4kg.
Macam Belle tak sampai pun 1kg. So Anis just bagi 1/4 je.


Macam mana nak bagi kucing makan ubat tablet ni?

Senang je. Hahaha. Sebab dah suku je, so kecik je la. Senang nak bagi Belle telan.
Anis just bukakkan mulut dia, bagi dia nganga then terus letak ubat tu dalam mulut dia.
Make sure dia telan. Takut dia luahkan balik kan.

Tapi Belle terus telan. Then pandai pulak pergi cari air sendiri minum.

Selalunya lepas makan ubat cacing ni, kalau kucing tu ada cacing dia akan keluar melalui muntah or najis. The whole day anis tunggu jugak. Poop dia pun anis belek tengok tau. Hahaha.
Alhamdulillah. Belle takde cacing. So, sekadar pencegahan la kan. Walaupun dia tu indoor 100%. Hehehe.

Ok lah. Sekian cerita Si Anak Bulus : Belle. :)

Logo Design by FlamingText.com

Cerita Anak Bulus : Welcome to the family BELLE

Logo Design by FlamingText.com

Lama tak post entry, tiba-tiba muncul dengan cerita anak bulus. Hikhik.

Actually both anis and hubby memang suka ngan kucing. Anis sendiri pun dari kecik memang suka bela kucing. Since ada Araa ni, dia pun nampak cam excited je bila nampak "cat". So we decided to adopt a kitten. Hehehe.

Bermulalah sesi pencarian anak bulus ni kat FB, mudah.my dan lain-lain. Kriteria utama haruslah litter trained or toilet trained. Yeah, rumah apartment ni susah nak jumpa tanah. Kalau rumah atas bumi sekalipun still anis akan cari yang litter trained or toilet trained.

So, dah banyak-banyak cari. At last jumpa jugak. A female kitten. Kat Mudah.my. Hubby pun ok je. Owner dia nak bagi FOC je. Katanya sebab belum deworm. Its ok. Anis pun leh deworm sendiri (padahal dulu-dulu  ni tak pernah pun nak deworm kucing2 belaan ni).

So anis pun dah deal elok-elok nak self pickup. Sebelum pick up tu dah prepare siap-siap barang dia. 
Antaranya :-
Cat food (wet or dry) - Anis prefer dry. Owner dia pun bagi dry diet
Litter Box
Cat Sand ( clumping or non clumping ) - Anis prefer non clumping.
Bekas air & makan
Scoop
Cage

Hahaha. Beria kan? Masa pergi ambik tu anis bawak cat carrier siap-siap takut nanti dia tak biasala ngan kami especially Araa yang ganas tu. Hahaha. Restless pulak nanti kitten tu. Hahaha.

Masa pergi ambik tu, ok je. Duk diam je.

Sampai je umah takde pun takut-takut. Lompat sana sini. Lari sana sini. Hahaha. Araa pun excited kot.



1st bonding time araa with belle


Tadaa.. thats all for now. :)

 


Logo Design by FlamingText.com