Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Cerita Anak Bulus : Deworm

Logo Design by FlamingText.com
Yeay! Finally Belle dah dewormed.

Kelakar. Sebab tak pernah buat semua ni kat kucing. Dulu-dulu sekadar bela je. Bagi makan, bagi mandi. Tu je.

Penting ke deworm ni?
Kita perlu memberikan ubat cacing kepada anak2 kucing kita bagi mengelakkan jangkitan roundworm (yg menyebabkan cirit birit, muntah dan pneumonia), hookworm (yg boleh menyebabkan anemia) serta tapeworm. Sekiranya kita terlihat objek seperti bijirin halus berwarna putih didalam najis atau didubur kucing, ianya perlu diberikan ubat cacing dgn segera. 

Dos Ubat Cacing
Dos yang seharusnya diberikan pada kucing :
Usia 2-12 minggu – berikan dos setiap 2 minggu
Usia 4 -6 bulan – berikan dos setiap 1 bulan
6 bulan ke atas – berikan dos setiap 3 bulan


Simptom atau keadaan kucing kecacingan:

Kurus dan berat badan sukar naik
Sembelit mahupun cirit birit
hadirnya darah pada najis
Warna najis gelap dan hitam
Perut buncit, tak mahu makan atau terlebih makan,
Hilang berat badan walaupun makan dengan seimbang
Gusi pucat tanpa sebab, lemah
Bulu tidak berseri, kusam
Berlaku radang kulit terutama pada celah kaki (larva sedang bermigrasi)


Drontal tablet.
 Anis beli ni kat kedai pet, satu tablet Rm8.50.
Masa kat kedai tu Anis tanya, mana lagi senang. Tab or Liquid. Depa cakap tab lagi senang. Sebab kalau liquid, nanti meleleh. Sebab pahit. Kucing pun tak sanggup nak telan.

1 tablet untuk kucing yang berat 4kg.
Macam Belle tak sampai pun 1kg. So Anis just bagi 1/4 je.


Macam mana nak bagi kucing makan ubat tablet ni?

Senang je. Hahaha. Sebab dah suku je, so kecik je la. Senang nak bagi Belle telan.
Anis just bukakkan mulut dia, bagi dia nganga then terus letak ubat tu dalam mulut dia.
Make sure dia telan. Takut dia luahkan balik kan.

Tapi Belle terus telan. Then pandai pulak pergi cari air sendiri minum.

Selalunya lepas makan ubat cacing ni, kalau kucing tu ada cacing dia akan keluar melalui muntah or najis. The whole day anis tunggu jugak. Poop dia pun anis belek tengok tau. Hahaha.
Alhamdulillah. Belle takde cacing. So, sekadar pencegahan la kan. Walaupun dia tu indoor 100%. Hehehe.

Ok lah. Sekian cerita Si Anak Bulus : Belle. :)

Logo Design by FlamingText.com

1 comment:

Cja@Zainuraiza said... reply to comment

info yg sgt berguna...tq😘😘