Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Cerita Anak Bulus : DIY Cat Feeder & Water Dispenser


Logo Design by FlamingText.com
Jom masuk kelas DIY bersama Puan Anis. Ahakz!!

Okay, cat lover (dog pun boleh, kambing ke, ayam ke) yang mana ada sifat kedekut cam Anis nak beli cat feeder and water dispenser pikir 58 kali, meh sini ikut step DIY ni guna bahan-bahan recycle je.


Bahan-bahan : 
 botol, tupperware pasar malam, gunting @ pisau, selefon tape @ hot glue gun,
 marker pen, pembaris


 Cara - Cara :

Water Dispenser


1. Potong ikut garisan yang dilukis.
 (sebab tinggi sangat kalau dapat tupperware yang tak tinggi tak payah gunting dah. Sebabnya si Belle tu tak pandai minum bekas tinggi-tinggi.)


2. Ambil botol air kemudian tebuk lubang lebih kurang 1cm dari tapak. 
(Ikut suka hatilah nak botol air ka botol kicap ka. Ikut kreativiti hampa)


3. Masukkan air kemudian tutup dengan penutup botol. 
(tutup dulu lubang kecik tu ngan jari semasa masukkan air, lepastu letak dalam tupperware putih yang digunting mula-mula tadi,air akan keluar pelan-pelan sampai sama paras dengan lubang yang ditebuk) 


Food Feeder (Kibbles)


1. Tebuk lubang di botol ikut garisan yang dilukis.


2. Gunting dan buang bahagian sebelah tepi tupperware pasar malam ni.


3. Cantumkan botol yang ditebuk tadi dengan tupperware pasar malam yang dibuang tepinya. 
(Nak bagi lekat boleh letak selofon tape or tembak pakai glue gun. Kemudian boleh masukkan kibbles dan tutuplah botol tu kemas-kemas)


DONE!!!


Inilah hasil tangan cat lover yang kedekut. Kahkah.
Ni buat tak sampai 20 minit pun. 
So rupa pun gaya tu jelah. Kalau rajin deco lah comel-comel. 

Ok. Selamat mencuba!! 
Logo Design by FlamingText.com








2 comments:

Anis Azhar said... reply to comment

Kreatif!

Anonymous said... reply to comment

Masuk angin lah makanan dia tu? Hahah