Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Cerita Anak : Kenapa Dengan Araa??!

Logo Design by FlamingText.com 
Salam mommies. Kat sini ade tak sesiapa yang mengalami baby / anak menangis almost whole day, every night and worse refuse to eat or drink. Huhuhu. Sebab itulah yang Anis tengah alami lebih kurang 3 minggu sudah. Cuma sekarang dah ok la sikit, makan minum dah. Cuma tak banyak and berselera macam dulu-dulu.

Ceritanya bermula lebih kurang 3 minggu lepas. Masa tu hari ahad, dah malam dah pun. 12 midnight lebih dah. Araa dah tido. Tiba-tiba Anis rasa badan Araa panas sangat. So Anis pun cepat-cepatlah cek suhu Araa. Hurm 38++. Nak kejut bagi syrup paracetamol tak sampai hati. So Anis just insert suppository paracetamol 125mg je lah.

Keesokan hari, Araa still panas. So Anis decide ambik Emergency Leave je lah. Malam kemudiannya, Araa dah ok. Badan dah tak panas. Tapi dia buat perangai comel pulak. Tiap-tiap malam mesti dia terjaga area pukul 1-2 pagi kemudian nangis-nangis. Sampailah hari jumaat, lepas kerja Anis pergi ambik Araa kat babysitter. BS Araa cakap, the whole day taknak makan. Susu pun minum tak habis. Hurmmm.

Balik rumah, bermulah fasa Araa menangis serba tak kena. Makan minum memang tak nak. Minum pun air masak je. BF pun refused. Keadaan ni berterusan sampai hari sabtu. Nak tido punyalah susah, nak berdukung je. Letak je terus nangis. Minum susu langsung tak. Makan pun sama. Ya Allah, risau sangat.

Dah petang dalam pukul 4.00 call mama Anis. Then atas nasihat mama Anis, kami bawak Araa pergi berubat dengan pekerja papa anis. Mula-mula nak pergi As-Syifa. Tapi kena appointment dulu.
Kebetulan masa sampai rumah pekerja papa Anis, Araa tido lena. Dah siap baca-baca, sapu air kat muka semua Araa pun bangun. CERIA. Ok, kami semua sangatlah lega. Dia pun start nak makan. Balik rumah pun elok-elok minum susu. Tido malam pun lena. Ahad esoknya, Araa ceria macam biasa.

Minggu tu Alhamdulillah Araa ok je. Air yang kami ambik haritu Anis buat minum kat Araa. Sampailah air tu habis. Tiap-tiap petang pulak Anis pasang ayat ruqyah dalam rumah.

Tapi, sekejap je semua tu.

Ahad lepas, badan Araa mula panas. Makin petang makin panas. Bagi syrup PCM, takda tanda-tanda nak kebah. Tido malam, mula-mula dia tido lena. Sampailah Anis sedar pukul 1.30 pagi, Anis rasa badan Araa panas sangat. Cek suhu, 39'c. Hurmmm. Cepat-cepat insert Supp PCM. Lepas insert tu dia terus terjaga. Tak nangis. Tapi ceria main sorang-sorang.

Tengah Araa main sorang-sorang, Anis mamai-mamai ngantuk. Tiba-tiba, "Hye!" Araa lambai-lambai ke arah bucu dinding bilik sambil tersengih-sengih happy. Mula-mula Anis abaikan.
Sampailah tiba-tiba "Cat! Cat!" 2-3 kali Araa sebut cat sambil tunjuk ke arah bucu dinding bilik yang sama. Masa tu memang meremang bulu roma Anis. Belle kat luar memang tak ada dalam bilik. So CAT mana yang dimaksudkan? Araa akan sebut CAT bila ada binatang (real @ ilustrasi) depan mata dia.

Dan hari-hari seterunya, setiap petang dan malam Araa akan demam panas. Suhu 38-39. Pergi klinik jumpa doktor. Kalau 2-3 hari Araa punya suhu badan still tinggi kena pergi lagi untuk blood investigation.

Yang peliknya, every 1-2am in the morning Araa akan terjaga. Samada nangis teruk ataupun bangun main. At the same time suhu mesti spike. Malam tadi je tak naik suhu badan dia. Cuma dia bangun merengek-rengek je.

InsyaAllah weekend ni kami nak bawak Araa pergi As-Syifa pulak. Risau sebab Araa tak pernah demam yang ambil masa 2-3 hari macam ni.


Budak demam tido tak pakai baju. Huhu.

Lemah longlai balik dari rumah BS. BS call suruh datang sebab panas sangat. Bagi makan ubat muntah balik. Huhu. 

Anis pun amalkan ayat ni jugak. Surah As-Saffat Ayat 7. Untuk elakkan gangguan jin dan syaitan.


Hope sangat Araa cepat sihat cam dulu-dulu. Badan pun dah susut.
Kurang makan.

:(
Logo Design by FlamingText.com


3 comments:

Normi Nieza said... reply to comment

hope araa cepat chat..aamiin

sya mimie said... reply to comment

moga araa cpt2 smbuh ye.. zahra pun kdng mcm tu tau. meragam. xnk diletak. nngis. masa blik ipoh ok je. tinggalkn dia main sensorang gelak2.. blik gemas, jauh beza perangai tu..

Anonymous said... reply to comment

Nak tumbuh gigi kot?