Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Life : Attachment at Obstetric and Gynaecology Ward

Logo Design by FlamingText.com 
Phewww... it's been a long-long time i dint tulis-tulis here. =p

Banyak perkara terjadi dalam tahun ni. Berita gembira, berita terseksa, hidup merana dan sebagainya. Cewah!

Ok lah. Actually anis baru je menghabiskan attachment anis di wad bersalin dan sakit puan di salah satu hospital kerajaan yang agak femes dalam malaysia ni. Rasanya tak perlulah mention hospital mana. Asalnya niat anis nak sambung diploma lanjutan kursus kebidanan (Pos Basic Midwifery). Bukan apa, esok-esok senang kalau dah ada Midwifery ni. Bayak kelebihannya. Nak-nak lagi jadi nurse ni, rugi je rasa kalau tak ada Midwifery. Tapi tak semua nurse minat ngan midwifery, salah satu sebab, TOUGH! sangat TOUGH!

Malangnya, anis tak berjaya pun menamatkan attachment tu. Huhuhu. Niat nak buat pos basic terpaksa ditunda dahulu. Alkisahnya, seminggu selepas anis submit form pos basic, my upt +ve. Alhamdulillah. Rezeki disitu. Bukan dalam bidang kerjaya. Takpe, Allah swt sebaik-baik perancang.

Sepanjang attachment anis kat wad O&G ni, sangatlah BEST! dan, sangatlah STRESS!!!!

Ape yang BEST ? Best sebab banyak benda baru yang anis belajar. Especially bilamana kita pun wanita, dan melalui atau akan melalui moment-moment megandung dan bersalin ni. Belajar macam-macam jenis ragam and gaya sakit. 

Ape yang STRESS? biarlah rahsia. Hahaha. Seriously kalau anis jadi patient or client, anis takkan pilih hospital ni. Kenapa? Too many personal reasons that i cannot state it here. Tak pasal nanti takut kena banned dengan hospital ni. Dahla dulu anis pernah buat direct complaint kepada pengarah hospital ni. Oppps! =p

Sekarang dah balik ke hospital asal. Wah tenang-setenangnya. Sebab feeling macam balik kat pangkuan keluarga. Kat hospital anis buat attachment tu, tenaga kerja kita dikerah-kerah. Tapi tak dihargai pun. Bayangkanlah anis tengah preggy 1st trimester, morning sickness boleh tahan. Bulan puasa pulak. Lepastu anis kena asthma attack masa tengah kerja, berlari pergi kecemasan ambil nebulizer. Tu pun bila mintak tolong Housemen wad auscultate lungs anis. They all cepat-cepat suruh pergi kecemasan. Dah setel, dengan shaking satu badan sambung buat kerja. NO ONE offer to help me! Ada mintak tolong bagi ubat, tapi dijawabnya malas! sebab bukan kerja dia. Oh? jadi kau ape? Cleaner? Takpelah, sabar. Belum tiba masa dia. 

Lepas ni kalau anis nak sambung balik atachment, mungkin anis takkan mintak dah kat wad yang sama. Kalau boleh taknak hospital tu dah. 

Pengalaman dengan pesakit? Seriously, pesakit langsung tak bagi tekanan. Biasalah orang sakit macam-macam ragam dia. Ada yang manja, ada yang sensitif. Biasalah tu. Lagipun dah memang kerja nurse macam tu. Sorrylah, anis bukan jenis nak marah-marah pesakit. Cakap hujung-hujung mata. Pilih bulu. Walaupun memang wujud sesetengah yang macam tu. Anis pun tak suka cara sesetengah nurse yang macam bagus sangat, konon macam dah kerja 30 tahun. Padahal junior je. Heh. Memang spesis macam tu. Kalau uolls jumpa spesis terancam macam tu, anis bagi pihak nurse kkm mintak maaf banyak-banyak ye. Maybe diorang kurang kasih sayang. =p

oklah. Penat dah type. Lapar. Nak pergi sarapan jap. =p


  Logo Design by FlamingText.com