Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

short trip to Melaka + Kenduri Kawen

Logo Design by FlamingText.com
hello, hello, hello!

Short trip last weekend kami sekeluarga ke melaka. Bukan niat nak bercuti pun, tapi pak cik belah husband kahwin. Hehe. So sambil kenduri kendara kita cuti-cuti lah sekali.

Kat Melaka kami stay kat Bayou Lagoon Resort. Jangan cakap, nape tak stay Gold Coast Melaka. Sebab pengantin yang sponsor. 2 apartment 3 bilik untuk kami sanak saudara yang tak berapa nak ramai ni. Satu family satu bilik. Ok lah kan? Dah free.


Araa yang tak sempat-sempat nak kesana-sini. Si babah pun ikut je anak dara kesayangan dia tu.


Yeay! Mandi manda time. Mak buyung pun nak bermandian jugak. Alang-alang selfie sepukul dengan suami tercinta intang payung. Hehe.
(Free entrance je untuk kami yang stay kat resort)


Hah! Budak ni kalau jumpa air, memang susah lah nak naik. 


Naik water slide dengan babah. Ada hati nak turun sorang-sorang. Siap mintak repeat 2-3 kali.
(air agak keruh, sebab baru lepas hujan lebat.huhu)


Araa with ibu. Araa seronok ibu double the seronok. Kahkah.
Mandi sampai bunyi siren water park nak tutup dah. Haha.


Ahadnya. Kami ke kenduri. Ape yang special kenduri ni tak buat kat dewan. Tapi kat Rumah Melaka, kat Bukit Katil. Tradisional sangat view dia. (Sorry gambar takde, gambar Araa je yang ada, pastu main kejar-kejar ngan Araa je). 


Seronok la, sebab banyal flower. FYI, araa ni minah bunga. Pantang nampak bunga. Pelastik ke real ke, sama je.


Ok. Bertiga pulak.
Eh, berempat kot. Lagi sorang ada kat dalam tu haa.
(Jangan tangan kenapa baju en suami kaler biru, panjang ceritanya! huhu)


Ok. Feeling bercinta jap. 
Boyfriend sampai mati nih, sampai jannah.
InsyaAllah. xoxo.


  Logo Design by FlamingText.com

Scan baby.. Scan dan scan!!

Logo Design by FlamingText.com

Hye uolls! Saje je nak share story sket. Sebab rasanya dah lama sangat tak share story kat sini. Semua kat FB je kan. Huhu.
So nak dijadikan cerita, last month anis pergi buat scan 2D. Anis ni memang suka sangat skodeng baby. Last 2 month skodeng baby kat Klinik Nurul yang kat Alam Damai Cheras tu. Ingatkan murah, 2D saje dah rm81. Errr. So far paling mahal scan 2D pun kat Klinik Putrajaya Permaisuri, rm58. Klinik feveret tu, masa preggy kat araa lagi pun memang pergi scan kat putrijaya je.
Ok lah. Kat Klinik Sofea masa anis pergi tu petang, dalam pukul 2 macam tu. Patient tak ramai pun. Yang ramai patient diabetes yang nak buat dressing (cuci luka) je. So menunggu jugaklah about 40minutes. 
Sampai je turn anis, macam biasa lah sembang-sembang mukadimah sket. Then terus scan. Araa ngan  hubby pun ade sekali nak skodeng baby. Nawaitu asal nak skodeng sebab tak berapa rasa baby gerak past few days. Tu yang cuak tu. Mintak ngan doctor, nak tengok gender baby. Hehehe. Scan punya scan ( dah macam details plak), tengok kidneys, jantung, spinal bone, tulang peha, perut and kepala. Semuanya ok. Syukur alhamdulillah. Tapi misi godek-godek nak tengok gender dia tak dapat. Huhuhu.
Tak apelah sayang, nanti ibu skodeng lagi ye. Hehehe. 2D scan rm50 including consultations. Ok lah kan? Hehe. 

Last week plak, masa appointment KKIA kena jumpa doctor nak scan. Masa tu dalam 21 weeks 3 days. So apelagi, cepat-cepat gtau doctor nak tau gender baby. So dengan baik hati doctor layan je. Godek punya godek. Tadaaaa! Nampak. Tapi dia cakap jangan excited sangat. 70% kemungkinan tu as expected lah. Takpelah anis simpan dlu excited tu sket. Nanti details and 3D4D kita buat comfirmation eh. Hahaha. 

Tadi ada call Klinik Perdana Sg Besi, ingat nak buat 2D details and 3D 4D kat sana. Harga rm150 dapat cd and gambar. Scan sonographer yang buatkan. So nanti cukup 26 weeks kita jumpa lagi ye baby. Hehe.
Ok lah, nanti dah buat 3D 4D kasi tempek gambar kat sini ye. Hehehe. 
Daaaa. Happy workings uolls. 
  
Logo Design by FlamingText.com