Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

short trip to Melaka + Kenduri Kawen

Logo Design by FlamingText.com
hello, hello, hello!

Short trip last weekend kami sekeluarga ke melaka. Bukan niat nak bercuti pun, tapi pak cik belah husband kahwin. Hehe. So sambil kenduri kendara kita cuti-cuti lah sekali.

Kat Melaka kami stay kat Bayou Lagoon Resort. Jangan cakap, nape tak stay Gold Coast Melaka. Sebab pengantin yang sponsor. 2 apartment 3 bilik untuk kami sanak saudara yang tak berapa nak ramai ni. Satu family satu bilik. Ok lah kan? Dah free.


Araa yang tak sempat-sempat nak kesana-sini. Si babah pun ikut je anak dara kesayangan dia tu.


Yeay! Mandi manda time. Mak buyung pun nak bermandian jugak. Alang-alang selfie sepukul dengan suami tercinta intang payung. Hehe.
(Free entrance je untuk kami yang stay kat resort)


Hah! Budak ni kalau jumpa air, memang susah lah nak naik. 


Naik water slide dengan babah. Ada hati nak turun sorang-sorang. Siap mintak repeat 2-3 kali.
(air agak keruh, sebab baru lepas hujan lebat.huhu)


Araa with ibu. Araa seronok ibu double the seronok. Kahkah.
Mandi sampai bunyi siren water park nak tutup dah. Haha.


Ahadnya. Kami ke kenduri. Ape yang special kenduri ni tak buat kat dewan. Tapi kat Rumah Melaka, kat Bukit Katil. Tradisional sangat view dia. (Sorry gambar takde, gambar Araa je yang ada, pastu main kejar-kejar ngan Araa je). 


Seronok la, sebab banyal flower. FYI, araa ni minah bunga. Pantang nampak bunga. Pelastik ke real ke, sama je.


Ok. Bertiga pulak.
Eh, berempat kot. Lagi sorang ada kat dalam tu haa.
(Jangan tangan kenapa baju en suami kaler biru, panjang ceritanya! huhu)


Ok. Feeling bercinta jap. 
Boyfriend sampai mati nih, sampai jannah.
InsyaAllah. xoxo.


  Logo Design by FlamingText.com

1 comment:

Siti Rohaida Yusof said... reply to comment

wah...syoknya...akak pun baru balik dari melaka...dapat tinggal 2-3 hari syok jugak kan...