Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

3D 4D scans with Details Scan for my 2nd Baby

Logo Design by FlamingText.com 
Hye :)

Lagi cerita basi dari Anis yang nak di share kat sini. Hehe.

Last week (nak masuk 2 weeks dah pon) pada 6/11/2016 pada jam 5 petang Anis dah set appointment awal-awal untuk buat details scan baby kat Klinik Perdana Sungai Besi. Tempat yang sama Anis buat details scan time Araa dulu. Price pun still sama cam dulu. RM150 (2D details scan + 3D 4D + CD + Gambar). Anis tau ade klinik yang offer lagi murah, tapi entahla Anis selesa kat sini. Lagipun dekat je ngan rumah. Sonographer pun okay.

Anis datang on time pukul 5, tunggu sonographer 5 minit terus masuk bilik. Araa paling excited. Bertenggek dia atas kerusi sebelah katil tempat Anis baring. Hahaha. Start je scam then nampak rupa baby, lagi dia excited. Tak habis-habis duk cakap adik, adik, adik. Auch, so sweet.

Buat details dulu dalam setengah jam camtu. Macam biasalah, kira jari tangan kaki semua. Tengok jantung, buah pinggang, tulang belakang dan GENDER. Hehehe. Alhamdulillah syukur semuanya ok dan sihat. Gender? Biarlah rahsia. :)

Ok start je nak buat 3D, sangatlah mencabar. Sebabnya muka baby betul-betul ade kat bawah uri. Aishh. Rapat pulak tu. Golek punya golek, dapatlah space sket between muka dia and uri. Time tu lah, dia angkat tangan dua-dua belah tutup muka. Hahaha. Siap ada aksi hisap jari lagi. Alahai anak ibu ni. Pemalu rupanya.

Lama jugakla duk pujuk baby, at last dapatlah sipi-sipi. Tapi muka baby tak penuh lagi, sebab masa ni anis ngam-ngam 26 minggu. Kalau buat masa 30 minggu maybe nampak penuh elok muka dia.


haaa tu lah dia si pemalu ni. Tu Pun tengah hisap jai tu.  :)


Yang atas tu 3D Araa dulu.  Sepesen je susah nak tunjuk muka. Dapat pun sipi-sipi jugak. Cuma si Araa dulu siap kaki dia naik ke atas kepala. Hahaha.

  Logo Design by FlamingText.com

3 comments:

Normi Nieza said... reply to comment

tahniah..:)

Orked V. said... reply to comment

alo omeiii. rindu ulak zaman2 cmni dulu. heheehe

Anonymous said... reply to comment

Tahniah anis.
Bila due?
Wmah