Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Double Breastpump Murah : Real Bubee. Ok ke?

Logo Design by FlamingText.com 
Alkisahnya bermula bila hati ni berkira-kira nak membeli double bp. Yang lama punya single pump. Mencari double BP yang murah dan function dia kira ok lah. Nak beli preloved? Ish. Tak tergamak la pulak kan? Hehehe.

So google lah sana sini. Then saja survey kat shopee.my. Survey punya survey jumpa ni haa, Real Bubee punya double pump. Harga gila punya murah tak masuk akal.

Ish. Betulke? Ok ke? Entah-entah guna 2-3 hari rosak. Takpe, add to cart dulu. Kita cari review. Google punya google, jumpa lah satu blog ni review pasal RB ni. Nak baca KLIK SINI. So yakinlah sikit macam nak proceed kan. 
ni haaa. part dia tak banyak pun. boleh pakai powerbank je kalau malas nak plug in.
siap boleh deco mata si pump ni. kiut kot. hahaha.



ok lah. Anis proceed je lah. Below RM50 include shipping. Gila tak murah. Tu pun kat shoppe.my ade lagi yang mintak offer. Errr. Nak murah acaner lah lagi kan.

Dah proceed. Jumpa kawan satu kolej dulu, sembang-sembang terkeluar cerita pasal BP. Dia pun cakap dia beli RB double ni jugak via shopee.my, harga pun lebih kurang anis beli je.  Dah sebulan lebih guna. So far ok je xde sebarang masalah. Kawan sekerja dia pun baru jugak order lebih kurang anis. Hehe.

So hari rabu aritu (2/11/16) parcel yang ditunggu dari shenzen dah sampai. Sukanya bukan kepalang.



Hello! :)


Haaa. Ni barang-barangnye. All in good condition. nampak tak sticker untuk deco mata yang super cute? Dahla pump dia kecik cinonet je. Besar sket je dari mouse kat opis ni. Hahaha. (kepala plug takde ye, usb cable je dia bagi. boleh beli asing atau guna plug charger fon je, ataupun powerbank)


Apa yang anis tau, RB ni company asal dia kat Britain. Yang anis beli ni dari China. Nak kata tiruan pun anis tak boleh sahkan. Tapi dekat booklet warranty tu ade je company address dari birmingham. Ataupun, dipasang di China? Macam tu eh? hehehe.

Takpelah, janji well functioned. Berbaloi dengan harga yang super murah tak masuk akal. 
Nak testimoni? Tunggulah anis deliver baby next year ye. Hehehe.




  Logo Design by FlamingText.com

6 comments:

InaYusoff said... reply to comment

betul betul..
terpikat jugak dengan harganye..
nanti jangan lupe review ye..

anis suryanie said... reply to comment

Orait dear ๐Ÿ˜

Anonymous said... reply to comment

sis. dkt shopee beli dkt seller mn eh?

anis suryanie said... reply to comment

@Anonymous dengan seller nama jinshang.my :)

Liza Abdullah said... reply to comment

Salam..hiii..sy tercari2 review sis psl BP ni..amacam?ok ke?? hehe

anis suryanie said... reply to comment

@Liza Abdullah Salam dear, ni anis baru je buat review BP ni, kat sini http://wanisuryanie.blogspot.my/2017/05/review-real-bubee-double-breastpump.html