Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Taman Pudu Ulu

Logo Design by FlamingText.com
Aidiladaha ke dua weolls. Mencari port mandi manda untuk anak-anak. Konon pagi sabtu tu nak gerak pagi-pagi bawak anak mandi kat taman pudu ulu. Tapi terlewat, kelaur dah nak tengahari. Cancel pulak bawak ke petang. Araa dah bebai sebab dah siap ngan baju swimming dia.
 
Petangnya, sampai je hujan lah pulak. Baru je mandi tak sampai 15minit. Kilat dan guruh dentam dentum. Diorang tutup kolam. So postpone lah hari esok.
 
So, malamnya kami dah decide nak bawka bekal lah. Esok tu bangun pagi-pagi buat nasi lemak, goreng nasi dan pulut kuning sikit (favourite araa).
 
Tadaaa! Bekalan kami.
 

Uishhh kemain Aijaz. Syok la tuuu.

yang ni mandi memang tak ingat dah.
 
 






Nasib baiklah dari pukul 9 pagi mandi sampai pukul 12 tengahari cuaca redup je.
 
Kolam ni bukan 24jam bukan and bukan tiap-tiap hari operasi tau. Dia ada operation hours dia jugak. Ramai yang dating jauh-jauh, anak2 dah excited sekali dah tak boleh mandi. Walaupun ni kolam awam, tapi ada orang yang jaga.
 
 
Haa. Boleh lah plan bila nak datang. Jangan risau kolam dibersihkan setiap hari. Walaupun ianya kolam awam. So selamat beriadah bersama keluarga.
 
 
Logo Design by FlamingText.com

River of Life KL

Logo Design by FlamingText.com
Hye uolls. Macam mana raya Aidiladha haritu? Balik kampung tak? Yang mana balik tu semua sangkut jem ke? Hehehehe.
 
Anis Alhamdulillah Aidiladha haritu stay kat KL je. Family anis and in law pun tak balik kampung. Serik mengenangkan raya Aidilfitri haritu 18 jam perjalanan dari Alor Star balik KL. Pheww. Pingsaannnnnnn.
 
So disebabkan tak balik, we olls pergi jalan-jalan area KL je. Aidiladha pertama pergi River Of Life yang dekat Masjid Jamek tu. Pergi naik LRT dari Cheras ke Masjid Jamek. Sayangnya baru lepas hujanm air pancut yang kiri kanan sungai DBKL tak bukak. Just bukak lampu-lampu je. Tapi ok lah, Araa sooo excited okeh. Plus, boleh naik train. Dah lama dia teringin. Huhuhu. Sorry dear ibu babah soo busy. Actually babah je busy lebih, asyik kelaut. Hihi.
 
Dia pun excited jugak. Hehehe.

Araa with her nekma and tokpa.

4 of us. Aijaz? tengok ape tu?

Again!! Aijaz? tengok camera pleaseeee.

my family, sorang je takde. Si sulung. Huhuhu.


Cantik.

uiii. cantikkkkk. hehehe.


adik bujang. the only boy.

adik bongsu yang jauh ketinggalan umurnya. kikiki.

uit makan jajan! pau ibu kat 7E ngan Barbie sekor. grrrrrrgr!
 
 
Ok lah kalau nak datang jalan-jalan. Cuci-cuci mata. Tapi tak siap sepenuhnya lagi projek ni. Kalau dah siap sepenuhnya mesti lagi cantik kan? Hehehe.
 
Ok lah. Daa.
 
Logo Design by FlamingText.com

Tukar Baju

Logo Design by FlamingText.com 
Sudah berkurun niat nak tukarkan baju boyfriend lama ni.. akhirnya tercapai jugak.. mesti selama ni dia kecik hati sejak 2 menjak anis ada boyfriend baru ni.. hehehe..

dari pearl grey ke metallic black. metallic ke? black metal? 

 

ok lah kan. Berapa budgetnya? ok lah very affordable. Luar dalam RM1800.00. Siap dalam masa 4 hari. Hantar ahad malam.. petang khamis dah boleh ambik. 

Ade yang tengah survey2 nak tukar baju boyfriend boleh lah contact Pak Abu 0122702159. Kedia dia kat Taman Putra Permai, Seri Kembangan, landmark dia Bintang Bistro / Giant Equine Park. 

Ok sekian terima kasih.

  Logo Design by FlamingText.com

Review : Eko Teat

Logo Design by FlamingText.com
Alkisah bermula bila masuk minggu ke 3, Aijaz dah pandai reject teat TT dan Avent! Again, ingatkan introduced teat awal-awal baby ni oleh accept, rupanya mereka ni cerdik sangat. Sebab Araa dulu 3 weeks nak naik kerja baru introduced. Huhu.

Ramai kawan-kawan suggest guna Pigeon Peristaltic Plus Wide Neck punya teat. So, tanpa berlengah-lengah Anis pun beli kat shopee dulu sebijik. Kasi try dulu. 


Taraa! Udah sampai. ibu ni gigih jugak cepat basuh and sterilized nak bagi Aijaz try.
Dan sememangnya betullah apa yang dikata, kebanyakkan baby refused teat, kalau dapat pigeon yang ni comfirm accept.

Bermulalah episod di mana Anis mula berkira-kira nak tambah botol lagi. Hurmm, biasalah dizaman abang jib ni kena jmat cermat. Belanja berhemah ok. Terjumpa EKO Teat, yang kononnya dikatakan sama seperti pigeon ni. So, Anis pun try lah beli.


Alhamdulillah. EKO Teat ni memang superb lah. Teat dia lagi lembut dari pigeon tu tau. Muat dengan botol Avent Natural pulak tu. Kalau beli teat Pigeon tu kecik sikit, memang tak muat. So takdelah membazir botol avent tu. Boleh digunakan jugak kan? Hehehe. EKO Teat ni murah lah nak di compare dengan pigeon. RM16 dah boleh dapat 2 EKO Teat ni. Jimat kan? Lepas tu boleh fit dengan mana-mana standard wide neck bottle. Yay!! Aijaz happy ibu more happy!!

Tapi pencarian botol susu si Aijaz ni belum berakhir. Masih berkira-kira nak tambah botol susu. Yelah, nanti senang nak naik kerja esok, bagi kat pengasuh EBM siap-siap dalam botol susu. Tunggu panaskan je (anis ajar aijaz minum ebm disuhu bilik, so tak panaskan pun takpe), niat nak mudahkan kerja-kerja pengasuh. 

Tengah belek-belek shopee jumpa offer storage bottle pigeon yang wide neck 4 botol RM35, ape lagi terus beli laju-laju. Nanti beli asing cap dengan hood je. 

Storage botol yang anis beli yang gemuk camni la. Gambar ihsan gugel.
Beli kat shopee rm35 untuk 4 bijik ni.


Yang ni hood and cap, anis beli kat 11 sreet dapat rm8 each free postage. 




Tadaa!! Bila bergabung, montok-montok je kejadiannya. Teat tu pakai EKO teat.

Ok mommy yang suka berjimat cermat macam anis ni boleh la try eko teat pulak lepas ni. Hehehe. Daa salam sayang dari ibu awesome beranak 2. =)







Logo Design by FlamingText.com

Review : Real Bubee Double Breastpump

Logo Design by FlamingText.com
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ok seperti yang dijanjikan Anis nak buat review pasal double BP real bubee. 

Malas nak bebel panjang. Anis buat review berdasarkan point je la eh.

1. Bunyi
 Agak tak senyap jugaklah, kalau dalam ofis kecik yang ada 5- 6 orang pekerja still boleh dengar vibrate pump tu.

2. Suction
Ok best. Tak sakit and agak smooth jugaklah bagi Anis. Ada 2 auto phase.

3. kadar pengosongan cik B
Kurang memuaskan. 30 minit baru betul-betul kosong. Huhu.

4. Corong 
Corong tak best bagi Anis, sebab sangat pendek. Unless add on silicone breasthield, baru selesa and sedap diguna. Hehe. Ataupun uols yang mempunyai cik b mantap and cik N jenis besar and memanjang, boleh upgrade corong lain yang panjang and besar. cari je kat shopee tu. 2 set tak sampai rm80 pun.

5. Saiz
Sangatlah kecil dan comel. Senang nak dibawa ke mana-mana.

6. Light duty
Tak leh lasak-lasak and lama-lama. Nanti dia tido sendiri. hahaha. So sangat tak sesuai untuk power pumping.

7. Power supply
Sangatlah senang, sebab pakai usb port. Lupa bawak cable, boleh pinjam charger fon sesape je. Except iphone! huhu. Cucuk kat cpu, power bank, lappy.. ok ready to pump! Hehehe

8. Jangka hayat
So far (3 bulan penggunaan) masih ok, cuma usb port macam loose dah sikit. Huhu.

So keseluruhan ok lah. Anis bagi 3.5 bintang. Hehehe. Ni tengah berangan nak angkat Youha Essence Duo Advance + Freemie. Kah kah. Berangan sangat. Jelez tengok ofismate Anis pump on the go je. 

Dengan Real Bubee sebelum naik kerja ni Alhamdulillah stok frozen ebm yang berjaya dikumpul lebih kurang 500oz. Bayangkan kalau pakai YEDA, perghh! bergelen-gelen stok gamaknya. Hehehe. Ok lah kelaut dah ni. Daaa. =)
Logo Design by FlamingText.com