Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
hye dear comels,
alang-alang stalking tu..
tinggallah jejak kat sini tau..
nanti senang anis nak
trace and follow u all balik :)

Review : Eko Teat

Logo Design by FlamingText.com
Alkisah bermula bila masuk minggu ke 3, Aijaz dah pandai reject teat TT dan Avent! Again, ingatkan introduced teat awal-awal baby ni oleh accept, rupanya mereka ni cerdik sangat. Sebab Araa dulu 3 weeks nak naik kerja baru introduced. Huhu.

Ramai kawan-kawan suggest guna Pigeon Peristaltic Plus Wide Neck punya teat. So, tanpa berlengah-lengah Anis pun beli kat shopee dulu sebijik. Kasi try dulu. 


Taraa! Udah sampai. ibu ni gigih jugak cepat basuh and sterilized nak bagi Aijaz try.
Dan sememangnya betullah apa yang dikata, kebanyakkan baby refused teat, kalau dapat pigeon yang ni comfirm accept.

Bermulalah episod di mana Anis mula berkira-kira nak tambah botol lagi. Hurmm, biasalah dizaman abang jib ni kena jmat cermat. Belanja berhemah ok. Terjumpa EKO Teat, yang kononnya dikatakan sama seperti pigeon ni. So, Anis pun try lah beli.


Alhamdulillah. EKO Teat ni memang superb lah. Teat dia lagi lembut dari pigeon tu tau. Muat dengan botol Avent Natural pulak tu. Kalau beli teat Pigeon tu kecik sikit, memang tak muat. So takdelah membazir botol avent tu. Boleh digunakan jugak kan? Hehehe. EKO Teat ni murah lah nak di compare dengan pigeon. RM16 dah boleh dapat 2 EKO Teat ni. Jimat kan? Lepas tu boleh fit dengan mana-mana standard wide neck bottle. Yay!! Aijaz happy ibu more happy!!

Tapi pencarian botol susu si Aijaz ni belum berakhir. Masih berkira-kira nak tambah botol susu. Yelah, nanti senang nak naik kerja esok, bagi kat pengasuh EBM siap-siap dalam botol susu. Tunggu panaskan je (anis ajar aijaz minum ebm disuhu bilik, so tak panaskan pun takpe), niat nak mudahkan kerja-kerja pengasuh. 

Tengah belek-belek shopee jumpa offer storage bottle pigeon yang wide neck 4 botol RM35, ape lagi terus beli laju-laju. Nanti beli asing cap dengan hood je. 

Storage botol yang anis beli yang gemuk camni la. Gambar ihsan gugel.
Beli kat shopee rm35 untuk 4 bijik ni.


Yang ni hood and cap, anis beli kat 11 sreet dapat rm8 each free postage. 




Tadaa!! Bila bergabung, montok-montok je kejadiannya. Teat tu pakai EKO teat.

Ok mommy yang suka berjimat cermat macam anis ni boleh la try eko teat pulak lepas ni. Hehehe. Daa salam sayang dari ibu awesome beranak 2. =)







Logo Design by FlamingText.com

3 comments:

Orked V. said... reply to comment

eko teat tu anis beli kt mne??

sya so far tak pernah tukar teat botol. cukup 6 bulan je teros humban dalam dustbin. bottle lak, sya suka ppsu. sbb ppsu tu mcm berkilat berkilau. hahaha. tu je sbb die =)

anis suryanie said... reply to comment

Beli eko tu sbb nk buh dekat wide neck botol y lain..beli botol wide neck fifi ka, okbb ka.. sng.. nk masuk dustbin pun xterasa sgt..sbb teat tu je y bleh diterima.. mcm araa dlu botol susu biasa2 je.. 3 bijik rm20.. asalkan bpa free.. tak tunggu 6 bulan.. 3 bulan je dh let it go.. hehehe..
ppsu.. bagi anis a bit pricy lah, y kedua botol dia npk kuning2.. mcm botol dh lama pakai.. hehehe..

Nil Soft said... reply to comment

Thanks Anis share idea.. Td saya gi kedai mmg cari teat dan storage bottle pigeon mcm ni.. Nak guna urgent.. Tak dan nak order online..